FAMILY | 22

24 5 3
                                    

| FAMILY |

~~~~~

MALAM raya Aidiladha yang sangat-sangat sibuk. Masing-masing sedang menyiapkan bahan untuk memasak menu makan pagi esok.

Taeyong seperti biasa memberi arahan untuk mereka. Kun akan mengetuai kawasan dapur dalam bahagian memasak.

Doyoung mengetuai bahagian luar untuk membakar lemang. Taeyong di bahagian ruang tamu di bantu oleh Renjun, Hendery dan Lucas.

Yuta dan Jisung ditugaskan untuk keluar ke kedai membeli bahan-bahan yang tidak cukup atau tiada.

Beginilah meriahnya rumah pusaka itu apabila tibanya raya. Tidak kesah, raya apa sekali pun. Pasti meriah dengan suara-suara gaduh, ketawa, terjerit tiba-tiba dan sebagainya.

~~~~~

"Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Laa ilaaha illallahu Wallahu Akbar,
Allaahu Akbar Walillahil Hamd'"

Gema takbir berkumandang pagi ini. 23 orang pemuda itu sudah sibuk di dapur. Menyediakan juadah raya.

"Jilani ambil kuah lodeh dalam periuk letak dekat atas meja depan!" Suara milik Taeyong bergema di rumah itu.

Masing-masing sibuk dengan kerja masing-masing. Ada yang baru bersiap memakai baju melayu untuk ke masjid. Menunaikan solat Aidiladha di masjid.

Setelah selesai menyediakan juadah raya. Mereka bersedia untuk ke masjid.

~~~~~

"JOM, kita gerak pergi tengok lembu nak sembelih dekat rumah. Semalam Pak Wan dah hantar lembu tiga ekor ekat belakang rumah.''

Ke semua 23 pemuda itu pulang ke rumah untuk memulakan sesi menyembelih lembu.

Tiba sahaja di rumah, Jisung adalah yangpaling pertama berlari ke arah lembu yang di ikat di belakang rumah.

"Abang tengok tu abang! Kenapa lembu tu comel sangat!" Jerit Chenle.

"lembu pun dia kata comel. Itu baru macam tu, kalau di solek lembu tu. Mesti dia ajak tok kadi datang rumah?" Sungchan pandang Shotaro di sebelahnya.

"Kenapa pula?"

Shotaro pandang Sungchan pula.

"Yelah, nanti dia ajak lembu tu nikah. Buat jadi isteri.

Shotaro gelak besar. Aduh, macam-macam betul, Sungchan ni.

Tiba-tiba suara Jisung terdengar nyaring.

"Abang tolong Jilani! LEMBU TU JAHAT! DIA KEJAR JILANI!'

"Apa kau buat tu Jilani! Aku dah kata jangan di kacau lembu tu!" Taeyong berucap sambil mengelus dada. Dia kena sabar menghadapi adik-adiknya. Lagi-lagi si bongsu, Jisung.

Yang lain hanya mampu menepuk dahi mereka dengan tingkah Jisung. Macam-macam benar. Bukan kali pertama jadi macam ni. Ini dah masuk kali ke sepuluh.

Mungkin keturunan lembu ada dendam dengan dia kut?

~~~~~

MENGAMBIL masa dalam 3 jam untuk menyelesaikan sesi menyembelih lembu . DEngan bantuan beberapa orang jiran dan penduduk kampung. Tiga ekor lembu telah selamat di sembelih.

1 kilogram telah di timbang untuk di berikan kepada beberapa penduduk kampung yang terdekat.

Hendery, Xiaojun dan Lucas di tugaskan untuk mengagihkan daging lembu tersebut.


PADA malam hari pula, mereka mengadakan kenduri kecil-kecilan dan menjemput beberapa orang kampung yang terdekat di rumah mereka selepas solat Isyak.

Menu daging di masak oleh Kun dan Doyoung dan di bantu oleh Taeyong, Taeil dan Jeno. Entah demam apa pemuda itu, tiba-tiba ingin membantu.

Selesai sahaja kenduri, mereka mula mengemas. Ada yang sudah jatuh tertidur di ruang tamu iaitu Jisung. Penat mungkin setelah di kejar satu kampung oleh lembu.

Jadi mereka biarkan dia berehat.

Habis sahaja berkemas, masing-masing berpakat untuk tidur di ruang tamu beramai-ramai. Yang tidur di bilik hanya Jaemin, Jeno dan Haechan. Entah apa yang dilakukan tiga pemuda itu sehinggakan Taeyong rasa jam 2 pagi belum tidur lagi.

~ Akan bersambung ~

Yeay! Sekarang baru ada masa nak updated. Maaflah sibuk beberapa hari ni makan sup daging.

Macam mana hari raya Aidiladha Korang? Meriah ke tidak? Ataupun ada pengalaman kena kejar dengan lembu? Cuba share sikit dengan kita.

Hehehehehe

Tapi, masih tak terlambatkan nak ucapkan selamat hari raya Aidiladha untuk semua umat Islam di dunia.


[✓] Family | NCTWhere stories live. Discover now