| Family |
~~~~~
"APA kata kita buat jamuan akhir tahun." Rancang Taeyong dan semua pemuda itu ternganga. Jamuan akhir tahun? Tahulah dah akhir bulan tapi dia orang bukannya tingkatan 5 nak buat jamuan akhir tahun.
"Kenapa pula?" Soal Winwin ingin kepastian lebih. Malam-malam buta macam ini ada aje nak di bincangkannya. Tak tahu ke esok orang kerja perlu rehat?
"Inikan dah akhir bulan. Mestilah macam ada makan-makan. Tak kan tak nak?" Soal Taeyong hairan. Tak ada siapa teruja pun. Selalunya kalau cakap bab makan ni riuh satu kampung.
"Nak buat bila?" Soal Haechan.
"Lusa!"
Semua memandang satu sama lain. Wajah Taeyong sedang tersenyum cerah. Dia tak sabar sebenarnya.
"Barang ada ke? Nak masak apa? Pagi ke petang?"
Taeyong tayang wajah geram. Banyak pula soal kembarnya ni.
"Tugas kau lah semua tu." Taeyong berujar tanpa rasa bersalah. Yuta membulatkan mata. Dia lagi. Tak ada orang lain ke? Selain wajah kacak bak putera raja ni?
"Duit?"
"Tu minta Abang Taj kesayangan semua tu. Banyak betul soalannya." Taeyong duduk di sofa. Lelah berdiri sambil mencekak pinggang.
Taeil sudah mula tutup muka dengan bantal. Asyik dia aje jadi mesin ATM.
"Nak buat dekat mana?" Jaemin menyoal. Tempat mesti adakan?
"Rumah je lah. Habis tu kau nak buat kat mana? Tengah sawah padi?" Doyoung bersuara.
"Boleh je buat dekat tempat lain kan? Asyik marah je. Jangan marah-marah nanti lekas tua, tau." Jeno bersuara memihak sang adik.
Doyoung tayang wajah tak puas hati. Terus tertawa Jeno dan Jaemin melihat riak wajah itu.
"Sudah... Ini adalah senarai barang yang perlu kau, Shariff, Syafiq dan Ilan beli esok. Yang lain kemas rumah esok." Taeyong hulur selebar kertas kepada Yuta. Yuta pula hanya angguk patuh.
"Dah.. itu je. Duit minta Abang Taj." Jelas Taeyong dan Taeil hanya pasrah apabila namanya sekali lagi di petik.
Semua mula masuk ke bilik masing-masing setelah perbincangan mereka selesai. Maklumlah jam sudah tunjuk jam 11 malam. Masing-masing esok ada yang bekerja.
~~~~~
SEPERTI yang dijanjikan. Hari ini keempat manusia ke pasar raya untuk membeli bahan masakan untuk esok.
"Seperti biasa, Ilan akan ikut abang. Kau orang dua pergi uruskan bahan basah." Arah Yuta di angguk tiga pemuda itu. Terus mereka melakukan kerja mereka.
Sungchan dan Shotaro yang di tugaskan ke bahagian bahan basah. Terus membeli beberapa ekor ayam untuk di BBQ malam esok dan makanan laut untuk hidangan makan malam mereka.
Sementara Yuta dan Jisung sedang berjalan ke sebuah lorong untuk membeli santan kotak dan beberapa barang lain. Rempah dan pelbagai lagi.
Troli juga sudah penuh dengan barangan. Yuta dan diikuti 3 adik-adiknya terus menuju ke kaunter bayaran.
Setelah selesai mereka pulang ke rumah menyiapkan. Ayam terlebih dahulu.
Selain ayam, ada daging kambing yang Taeyong beli dan sudah di perap.
Ayam yang sudah siap dipotong dan di bersihkan di perap oleh Kun di bantu Doyoung.
Pelbagai karenah yang ada demi menyiapkan jamuan akhir tahun mereka.
"John, kau nampak tak tempat bakar?" Soal Taeil.
Dari tadi dia mencari benda tu. Langsung tak jumpa.
"Rasanya ada dekat stor belakang. Abang Taj dah cari betul-betul?" Johnny terus memberhentikan kerjanya yang sedang menyapu halaman.
"Dah, tapi tak jumpa. Lagi pun stor belakang tu penuh sangat barang." Rungutnya. Dah banyak barang, bersepah pula tu. Memang tidaklah dia nak selongkar satu-satu. Dengan debunya, bersawang sekali di dinding.
"Oh, tak apa. Kejap lagi John tolong." Johnny senyum lebar. Terus Taeil angguk dan menapak masuk ke dalam rumah. Banyak kerja lagi belum selesai di dalam tu.
Johnny kembali melakukan kerjanya.
"Abang! Mana nak cari kelapa tua?" Soal Lucas dari kejauhan. Lelaki itu telah berjalan lebih 1 jam hanya nak mencari kelapa tua. Akhirnya dia menyerah. Dia ambil keputusan untuk pulang ke rumah semula.
"Lah, tak jumpa lagi?" Bukan Johhny yang menyoal tapi suara Jungwoo yang sedang berdiri di anak tangga sambil mencekak pinggang.
"Susahlah, bang." Lucas labuhkan punggung di kerusi kayu. Penat seharian berjalan. Motor tak ada, semua orang bawa pergi kerja. Yang tinggal hanya motor pakai bawa pergi kebun. Itupun kalau mati tengah jalan tak ke sia-sia?
"Engkau apa je yang tak susah..." Bebel Jungwoo.
Lucas sudah tayang wajah menyampah. Ada aje nak di bebel seorang ini. Ada sahaja benda tidak kenalah, senang kata.
Johnny hanya mendengar sahaja. Malas nak mencelah.
"Hafiz, tak apa... Santan cukup. Masuklah, tolong Muhaimin dekat dapur." Taeyong muncul bersama sudip di tangan.
Tanpa membantah, terus dia berlalu pergi masuk ke dapur dari pintu belakang.
~~~~~
Malam sudah tiba, Jaemin, Jeno dan Haechan di tugaskan untuk membakar makanan utama mereka. Manakala Yang yang dan Ten sedang sibuk siapkan mikrofon dan speaker nak buat konsert percuma. Yang lain pula sibuk makan sambil berbual. Memang meriahlah.
Taeyong sudah siap mikrofon di tangan bersedia menyanyikan sebuah lagu rock jiwang leleh dari kumpulan Spoon yang bertajuk Memori Sekuntum Rindu.
"Dikala sepi ini,
Hatiku, terluka lagi,
Engkau, telah mendustai,
Sebuah janji, oh sayang...Tak pernah ku menduga,
Engkau curang dalam cinta,
Rindu yang seindah dulu,
Hiasan, cuma..."Setelah tamat nyanyiannya, giliran Jungwoo pula dengan lagu Kamelia.
Lebih 3 jam berlalu, akhirnya mereka akan tamatkan jamuan akhir tahun mereka dengan mengambil keluarga beramai-ramai.
"Semua sedia!" Renjun mula membetulkan kamera. Dia betulkan kamera itu supaya dapat memfokus kepada mereka.
Beberapa gambar telah di ambil sebagai kenangan. Mereka mula mengemas. Namun...
"Haziq! Kau jangan lari! Aku robohkan pintu bilik kau kalau kau tak keluar! Kuang ajar! Orang tengah sibuk kemas kau boleh main game dekat dalam bilik!" Bebel Taeyong geram.
~~~~~
Tamat
~~~~~Tamat sudah... Ingat nak habis lagi beberapa Chapter. Tapi terpaksa tamat sampai sini untuk cerita ini.
Terima kasih segala komen dan vote anda sekalian. Semua saya hargai. Kita jumpa di buku yang lain, ya!
~ Family menutup tirai ~
YOU ARE READING
[✓] Family | NCT
Fanfictionɴᴄᴛ ᴏᴛ23 ғᴀɴғɪᴄᴛɪᴏɴ ~ FAMILY ~ Mahukan keluarga yang harmoni aman dan sentosa walaupun kadangkala rumah boleh roboh kerana mereka? Di sinilah tempat anda. Pelbagai jenis manusia yang ada di sini. Tiada hari tanpa masalah dan teriakan kekesalan. Me...