FAMILY | 17

26 9 0
                                    

| FAMILY |

~~~~~

MATANYA memerhatikan dengan saksama ruang tamu rumah pusaka itu. Langsir, sarung kusyen, alas meja dan pelbagai lagi belum dia tukar. Bernasib baik hari ini dia cuti. Kalau tak? Tidad dapatlah dia membeli barangan baru lagi.

Taeyong saat ini sedang melihat keseluruhan ruangan. Banyak yang perlu di tukar ni.

"Abang Lutfi buat apa?" Hendery yang baru sahaja keluar dari biliknya bertanya apabila melihat Taeyong berdiri seperti pengawal keselamatan tengah-tengah jalan.

"Kau busy tak hari ni?" Tidak mengendahkan soalan lelaki itu. Dia malah bertanya soalan lain pula.

"Tak. Kenapa?"

Matanya memandang Taeyong pelik. Sihat ke tidak mamat ni?

"Jom."

"Pergi mana?"

"Teman aku pergi bandar beli barangan rumah. Lepastu kita cari barang dapur. Raya nak dekatkan. Jadi kena ada stok barang dapur. Lebih-lebih lagi mak ayah kita nak buat rumah terbuka. Jadi, belilah barang sekali." Ujarnya panjang lebar. Hendery yang menganggukkan kepala sahaja.

"Bila nak pergi? Sekarang? Kalau sekarang Hanafi bersiap dulu."

"Sekaranglah. Kau pergi bersiap abang tunggu dekat kereta. Hah! Lepastu kau mesej John suruh beli ais. Nak banyak tau. Nak buat stok nanti tak payah susah pergi kedai hanya untuk beli ais." Ujar Taeyong dan sekali lagi angguk patuh oleh Hendery.

PERJALANAN jauh itu akhirnya telah berakhir setelah mereka tiba di pusat membeli belah membeli barangan rumah. Barang dapur nanti mereka beli di pasaraya.

"Nak cari apa bang?" Mark bertanya.

Mesti tertanya-tanya mengapa dan kenapa Mark ikut? Kan?

Lelaki itu hanya menghabiskan masanya sahaja. Dia bosan duduk di rumah. Bukan buat apa pun. Kalau menonton drama tentunya dia perlu menemukan cerita yang bagus. Tetapi....

"Kita beli langsir dekat sana." Ujar Taeyong sambil jari telunjuknya menunjuk kearah sebuah kedai.

Taeyong berjalan meninggalkan Hendery dan Mark di belakang.

Lebih 30 minit mereka di kedai yang menjual langsir. Maklumlah Taeyong rambang mata bila tengok corak dan kau di sana.

Setelah membeli langsir dia ke kedai yang menjual alas meja. Dia membeli alas meja di ruang tamu dan alas meja di ruang makan.

Taeyong yang membayar dan kedua mereka tadi membawa barangan belanja.

Setelah menghabiskan lebih 2 jam di pusat membeli belah. Taeyong memandu ke pasar raya. Membeli barangan dapur. Dia juga ingin membuat biskut raya.

"Beli ayam 4 ekor, daging dan jangan lupa beli sekali serai, kunyit, halia dengan sayur sekali? Okey? Abang cari barang nak buat biskut raya. Kau orang pergi beli barangan nak makan pagi raya nanti." Panjang lebar Taeyong berujar dan kedua manusia itu hanya diam.

~~~~~

MEREKA telah tiba di rumah setelah selesai membeli barang. Taeyong mula menyimpan barangan mereka di bantu oleh Xiaojun dan Johnny yang baru sahaja pulang setelah membeli ais batu di kedai. Lebih kurang 2 beg besar ais dia beli dan sudah pun di simpan di dalam peti sejuk besar.

Esok dia akan memulakan sesi mengemas rumah bersama Kun dan Yuta. Dua manusia itu meminta untuk menolongnya dan dia hanya mengiakan sahaja.

Kun yang baru sahaja pulang dari kerja mula masuk dapur untuk membuat biskut raya. Tentunya di bantu oleh Taeyong dan Jungwoo. Memandangkan Ten tidak bekerja. Dia di minta untuk keluar rumah mencari daun nipah untuk membuat ketupat dan daun palas bersama Yangyang.

Chenle dan Hendery mencari batang buluh dan daun lerek untuk membuat lemang.

Jaemin dan Jeno pula di tugaskan mengutip kelapa dan memarut kelapa untuk di simpan.

"Apa lagi abang nak buat sekarang ni?" Tanya Sungchan yang baru pulang dari meronda-ronda kampung.

"Tak ada apa dah. Tapi tolong ambil ayam 2 ekor dekat tempat Haji Lazim. Dia kata nak sedekah ayam dua ekor. Dia kata sembelih sendirilah. Pergi, ajak Jilani atau Syafiq." Ujar Taeyong yang sedang sibuk membuat biskut raya.

Sungchan yang menerima arahan itu hanya menjalankan tugasnya.

Proses mengejar ayam tidak mudah ya kawan-kawan. Sudah lebih 1 jam Sungchan dan Jisung mengejar ayam tetapi tidak dapat-dapat. Yang mereka dapat adalah sakit.

Kepala mereka berapa kali terhantuk kepala satu sama lain di tambah lagi dengan terhantuk kayu.

Jatuh, tergolek dan segalanya sudah di terima.

"Lambat lagi ke kamu berdua?" Tanya Haji Lazim yang sudah menunggu lama mereka berdua. Bukannya membantu. Dia malah membaca akhbar harian di pondok kecil tidak jauh dari reban ayamnya.

"Haji! Macam mana ni? Dia orang larilah!" Sungchan berujar kesal.

Sudahlah panas terik begini di ajak pula main kejar-kejar dengan ayam.

"Alah, itu pun susah. Kalau kamu kejar dia, dia larilah. Cuba buat kerja tu buat senyap-senyap. Ini tidak, terjerit terlolong. Tak tenang nak baca akhbar."

Setelah mengatakan itu, dia kembali membaca akhbar. Malas mahu melayan kedua pemuda itu lebih baik dia tahu masalah dunia.

Jisung dan Chenle saling berpandangan. Tak membantu langsung. Ingat tadi datang ambil ayam yang dah kena ikat ke apa. Rupanya kena kejar ayam. Memang sampai raya pun tak selesai gamaknya.

BAGAI menunggu crush menyukai kita balik Jisung dan Sungchan akhirnya selesai juga. Nasib baik Lucas datang tepat waktu kalau tidak? Habis raya pun tak selesai lagi.

"Nak letak kat mana ayam ni?" Tanya Sungchan.

"Letak dulu belakang rumah. Esok baru sembelih." Balas Lucas.

Mereka bertiga akhirnya tiba di rumah pada waktu petang.

Mereka yang membuat biskut raya telah selesai. Di dapur sedang sibuk memasak juadah berbuka puasa. Siapa lagi kalau bukan Kun? Kan? Taeil sedang sibuk memotong bawang dan sayur-sayuran.

Jaehyun dan Yuta ke bazar untuk membeli air minuman mereka.

~~~~~

Akan bersambung...

~~~~~

Rasanya, raya hari Jumaat ke Sabtu?
Hmmmm....

[✓] Family | NCTWhere stories live. Discover now