FAMILY | 14

26 7 0
                                    

| FAMILY |

~~~~~

"WAFIY! Jom ikut abang pergi beli barang. Abang nak buat kuih raya malam ni."

Yang di panggil hanya menayangkan wajah lelah. Baru sahaja dia pulang dari kerja. Sudah di ajak keluar lagi oleh Kun. Penatlah! Dia rasa peluh tadi pun tak kering lagi.

"Alah! Ajaklah Muhaimin. Daripada dia layan drama melayu tu baik ikut abang Qal. Ada faedah sikit. Daripada duduk rumah je macam anak dara." Lucas bersuara lelah. Dia sedang berbaring di sofa sambil-sambil melihat media sosial manatahu ada benda yang boleh di tonton sementara menunggu masuk waktu Asar. Kan?

"Jomlah, Fiy. Nanti abang belanja kau makanan dekat bazar. Nak?" Kun memujuk lagi kali ini dia menayangkan wajah minta dikasihani.

"Yelah, Wafiy ikut tapi jangan belit cerita eh bila Wafiy ajak pergi bazar belanja itu ini." Ujar Lucas sambil bangun dari sofa. Tak akan nak pergi pasar raya pakai baju bau ayam pulakan?

"Yelah! Cepat! Abang tunggu dekat kereta." Kun berucap sambil tangannya mengambil kunci kereta yang di sangkut di dinding.

Selepas 10 minit menukar pakaian, akhirnya Lucas keluar dari biliknya. Hanya baju kemeja t berwarna coklat dan seluar track hitam.

"Hah, sudah." Lucas berujar setelah selamat masuk ke tempat penumpang di sebelah Kun.

Kun tersenyum ceria. Ada juga yang nak teman dia beli barang buat kuih. Itupun kena paksa dulu.

"Wah! Lambat betullah abang Wafiy ni."

Lucas automatik memandang kerusi penumpang belakang. Di situ sudah ada Renjun dan Chenle. Macam mana dua manusia tu boleh ada dekat sini?

"Haih, buat apa dekat sini?" Tanya Lucas pelik. Dia pandang Kun di sebelahnya yang hanya tersenyum tipis.

"Nak ikutlah. Ingat abang Wafiy seorang nak kena belanja? Kami berdua pun nak juga!" Chenle berujar lancar.

Renjun hanya tertawa pelan melihat riak wajah Lucas yang sedang menahan kesal.

"Sudah! Jom kita gerak sekarang!" Kun berujar meleraikan ocehan Chenle dan Lucas. Kalau tak di hentikan sampai ke pasar saya juga dia orang mengoceh.

SETELAH menempuh perjalan lebih 30 minit. Akhirnya mereka tiba di pasar raya. Kun memarkir keretanya dengan rapi.

Chenle dan Renjun di tugaskan mengambil troli dan Lucas menolong mengambil barang-barangan yang terletak di rak yang tinggi.

Segala barang di masukkan ke dalam troli tersebut.

Mentega, gula pasir, tepung gandum, white chocolate dan pelbagai barangan lain.

Setelah selesai membeli belah, Kun membayar barangan mereka. Ada makanan ringan yang masukkan oleh Renjun, Chenle dan Lucas. Terpaksa Kun bayar dengan rela hati. Melayang juga duit 1 ratus dia tiga keping.

"Lepas ni pergi mana?" Tanya Kun sambil memandu keretanya.

"BAZAR!" Teriak Chenle, Renjun dan Lucas. Kun yang mendengar hanya tertawa pelan. Wah, ingat mereka dah lupa. Rupanya ingat lagi.

[✓] Family | NCTWhere stories live. Discover now