FAMILY | 06

57 8 0
                                    

| Family |

~~~~~

"HAZIQ! KAU PULANGKANG TELEFON AKU!"

Ten, satu-satunya yang paling tua di rumah sekarang ini hanya mampu mengeluh penat. Menjaga 7 orang dewasa dalam rumah ini macam menjaga kanak-kanak usia 5 tahun.

Jeritan itu berasal dari Jeno dan pelakunya sepertinya biasa Haechan.

"Kau pulangkan telefon aku sekarang sebelum aku bakar komputer kau!" Ancam Jeno. Kesabarannya sudah habis menghadapi Haechan.

"Aku buang telefon kau dalam parit." Ujar Haechan tak mahu kalah. Lidahnya mengejek Jeno yang sedang berdiri dengan rambut yang sudah tidak terurus. Ini semua salah Haechan.

"Sudah adik-adik sekalian. Abang penat tengok kau orang macam ni. Cuba duduk layan drama ke atau pun pergi masjid ke?" Ujar Ten sambil menukar siaran televisyen. Dia sedang sibuk di ruang tamu yang luas. Dua manusia tadi di dalam bilik.

Nasib tidak roboh rumah kerana teriakan Jeno.

"Nazhan jangan menjerit. Kalau rumah Tok Ayah roboh. Roh dia cari kau. Baru tahu!" Sambungnya dan kali ini keadaan tiba-tiba sunyi.

"Diam pun. Macam itula-"

"KOMPUTER AKU! KURANG AJAR KAU NAZHAN!"

Sudah! Ten lelah. Dia mengambil keputusan untuk berdiam diri dan menyumbatkan telinganya dengan earphone.

Keadaan di dalam bilik huru-hara kerana Jeno sudah memegang komputer milik Haechan dan sudah bersedia melemparkan ke bawah. Sudahlah rumah itu tinggi dan kalau komputer itu jatuh terus rosak.

"Okey! Aku letak telefon kau dekat sini." Ujar Haechan sambil meletakkan berhati-hati di atas katil milik Jaemin.

"Betul ni? Terima kasih." Ujar Jeno mengambil telefonnya lalu di letakkan kembali komputer itu di meja Haechan.

Tiba-tiba, Jeno tersedar. Ada sesuatu yang tidak kena dan sesuatu itu ialah-

"HAZIQ! BAGI TELEFON AKU BUKAN CASING! AKU SUMPAH KAU JATUH PARIT NANTI!"

~~~~~

"NAZHAN, aku ada sesuatu ni nak tanya kau." Jaemin yang duduk di sebelah Jeno memandang lelaki itu sambil tersenyum.

"Apa dia?" Jeno berujar tidak bersahabat. Mana tidak tadi telefon dia Haechan letak di tanah. Tunggu Haechan, nanti Jeno balas.

"Kau tahu tak apa beza kau dengan selipar." Tanya Jaemin.

Jeno pandang kembarnya dengan penuh tanda tanya. Apa punya soalan ni?

"Apa beza dia?" Jeno yang sedang bosan hanya melayan.

"Tak ada beza sebab dua-dua aku pijak." Ujar Jaemin lalu tertawa besar.

Pak!

"Kembar tak ada akhlak! Sini aku pijak kau pula." Ujar Jeno tidak mahu kalah. Sedaya upaya menarik tangan Jaemin supaya lelaki itu tidak lari.

Namun Jaemin dengan otak yang bijak menyiku dahi Jeno sehingga lelaki itu terjungkal dan jatuh sofa.

"Padan muka kau! Rasakan!" Jaemin terus berlari sebelum Jeno kembali bangun dan dia kena lebih daripada itu.

Jisung yang menonton dari balik pintu hanya memandang penuh hairan. Apa masalah dua manusia ni?

"Kau pandang apa?" Tanya Chenle yang mahu naik ke ruang tamu. Terkejut dia apabila Jisung duduk tepi pintu. Apa masalah adik dia ni?

"Tak ada apa-apa." Jawabnya lalu melihat plastik merah di tangan Chenle.

"Apa tu?" Tanya Ji-Sung sambil mengisyaratkan tangannya ke arah plastik merah itu.

"Snack. Aku nak tengok Marvel sambil makan snack." Jawabnya lalu melangkah masuk ke rumah.

"Abang, nak itu boleh?"

"Beli sendiri. Duit kau ada kan? Mama dan papa dah bagi untuk kita guna." Ujar Chenle lalu meninggalkan Ji-Sung yang dalam kesedihan.

"Mama, abang Zaidan jahat." Ujarnya pelan. Sudahlah, dia nak bergaul dengan pokok ceri depan rumah.

~~~~~

Jungwoo berjalan sambil bernyanyi senang. Hari ini mood dia sangat baik. Entah apa yang membuatkan dia senang hati hari ini.

Jungwoo akhirnya tiba di pondok kecil. Di situ sudah ada geng-geng kampung sebelah. Mereka ingat nak nyanyi sambil main gitar sebelum malam menjelma.

Jangan risau, masing-masing dah solat Asar. Baru sahaja balik Surau.

"Assalamualaikum! Teman-teman sekalian." Ujarnya senang lalu mengambil duduk. Cuaca hari ini sungguh baik. Angin petang bertiup dengan tenang.

"Waalaikummusalam." Ucap ketiga-tiga orang itu serentak.

Sudah lebih 1 jam mereka di situ. Sambil-sambil menyanyi tu mereka tegur orang yang berlalu lalang. Tapi anak gadis je lah. Kalau pakcik. Satu kampung kena kejar sambil bawa parang.

"Eh, Laila?" Ujar Jungwoo sambil mendekati gadis yang memakai payung merah jambu dan berbaju kurung bercorak bunga berwarna kuning.

"Laila apa khabar? Abang Khalid dah lama tak nampak Laila." Ujarnya. Eh, menggatal pula mamat ni.

"Jangan ganggu Laila. Kalau tak Laila report dekat abah." Ujar gadis itu mengancam. Dia cuba melarikan diri namun-

"Laila, Abang Khalid tak habis cakap lagi."

"Cakaplah! Laila bukan nak dengar pun." Ujar gadis itu menyampah. Suka betul Jungwoo mengacaunya di jalan ini. Tak ada kerja ke apa mamat ni?

"Abang tanya je. Garang benar, bakal isteri abang ini." Ujar Jungwoo lalu mengambil sesuatu di poket seluarnya.

"Ambik ini. Bunga ini untuk Laila. Gadis yang ku gambarkan terserlah ayu. Redup kasih purnama tersimpul malu Kerna ku tahu bezanya kau dan aku." Ujar berpuitis padahal ambil dari lagu Kasihnya Laila.

Gadis itu tersenyum palsu. Tanganya mengambil bunga raya yang entah Jungwoo petik di mana laku mencabut satu persatu kelopak bunga itu dan membuangnya di hadapan wajah Jungwoo.

"Bye, Assalamualaikum!" Ujarnya lalu berlalu pergi.

"Waalaikummusalam." Senyuman di bibirnya tidak luput sejak tadi. Tidak apa walaupun buat kali ke 50 kali di tolak, Jungwoo tetap tabah.

"Marah pun cantik." Ujarnya pelan lalu kembali ke arah tiga kawannya tadi.

~~~~~

Akan bersambung...

~~~~~



[✓] Family | NCTWhere stories live. Discover now