FAMILY | 10

34 9 2
                                    

| FAMILY|

~~~~~

"KAU rasa tahun ni dia pakai baju warna apa?" Tanya Haechan.

Jeno dan Jaemin memandang satu sama lain lalu menaikkan kedua bahu tanda tidak tahu.

"Okey, apa kata kita teka? Siapa yang betul orang yang salah kena belanja air katira dekat bazar. Macam mana? Boleh?" Ujar Haechan dan kedua manusia itu masih berfikir keras.

"Boleh!" Ujar Jeno dan Jaemin serentak.

"Tahun ni mesti dia pakai baju warna kuning." Jaemin berujar yakin.

"Tak! Tahun ni mesti dia pakai hitam." Kali ini Jeno bersuara tidak mahu kalah.

"Tak! Tahun ni mesti warna ungu." Haechan berujar sambil tersenyum penuh yakin.

"Kenapa pula?" Tanya Jeno.

"Entahlah, aku teka je. Tapi firasat Haziq Danial kuat mengatakan bahawa tahun ni ungu."

Jeno dan Jaemin memandang Haechan dengan side eyes.

"Hoi! Buat apa duduk dekat luar malam-malam? Masuk! Kejap lagi ada pengumuman." Itu Taeyong bersuara.

Ketiga lelaki itu hanya mengangguk dan terus masuk ke dalam rumah.

Di dalam rumah itu, semua anggota sudah duduk di ruang tamu. Penuh jugalah ruang tamu untuk 23 manusia. Mark sedang sibuk membuka siaran televisyen. Di lihat setiap siaran yang akan mengumumkan puasa.

"Dah nak mula!" Ujar Yuta.

Dan semua orang di situ memfokuskan pendengaran dan penglihatan mereka melihat ke kaca televisyen.

"Saya mengisytiharkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ialah pada hari Khamis, 23 haribulan Mac 20**."

"YEAY! ESOK PUASA!" Jerit semua manusia itu.

"Aku dah kata dia pakai ungu." Haechan berujar. Maknanya dia menanglah kan?

"Mana ada itu kelabu!" Ujar Jaemin tidak mahu kalah.

"Kau buta warna ke? Itu ungu." Haechan menatap Jaemin dengan tajam.

"Apa yang kau orang berdua gaduhkan ni? Sudah! Baju pun nak gaduh." Ujar Doyoung.

"Aku sedih..." Ujar Taeyong tiba-tiba.

Kesemua orang memandang Taeyong pelik. Kenapa pula tiba-tiba sedih? Tak akan Taeyong sedih sebab puasa?

"Kenapa kau bang?" Tanya Renjun.

"Aku sedih nanti aku dah tak dapat jumpa kau orang semua. Kau orang dah nak kena ikat selama sebulan." Ujaran Taeyong membuatkan kesemua manusia di situ memandang tajam Taeyong.

"Abang, kau memang..."

"Memang apa?" Tanya Kun kerana ucapan Yangyang tidak habis.

"Untuk kali ini, abang nak kamu semua jaga diri elok-elok. Nanti lepas sebulan aku jumpa kau orang balik." Taeyong bangun lalu masuk ke bilik. Emosional benar dia malam ni.

[✓] Family | NCTWhere stories live. Discover now