FAMILY | 12

30 8 0
                                    

| FAMILY |

~~~~~

"KAU yakin ni tak kantoi?"

"Kau tak percaya aku ke? Kau kena faham. Kau dah terjebak dengan aku, tahu. Lagi-lagi kita dah dekat pun dengan warung tu." Haechan bersuara. Masa beginilah Jeno baru nak kata ini itu. Tadi tak nak cakap.

"Alah cuba kau bayangkan, eh. Aku makan, kau tidak, kau dah kira terjebak tau nanti tak pasal-pasal dekat akhirat nanti aku seret kau sebab tak nasihatkan aku." Haechan berujar lagi.

Jeno hanya mampu pasrah. Kenapa dia boleh ikut rancangan gila Haechan ni. Betullah, pengaruh rakan sebaya orang kata. 

Sekarang ini kedua manusia sedang bersembunyi di balik semak samun berdekatan sebuah warung tertutup sambil menunggu kedatangan Jaemin. Manalah lelaki itu. Tadi berjanji pukul 1 petang. Tengok jam sudah dekat pukul 2. Batang hidup pun mereka tidak lihat.

Inilah orang melayu!

"Eh, Naqib mana? Mana dia?" Haechan bersuara lagi. Kali ini dia sudah tidak boleh menahan sabar.

"Mana aku tahu."

"WOI!"

"EH, ABANG LUTHFI JATUH PARIT."

Jaemin tertawa besar. Terjungkal terus badan Haechan ke depan. Sudah muka dia tersembam ke tanah. Jeno pula melatah sambil buat silat gayung.

"Aduh..." Haechan mengaduh sakit. Dia terus bangun. Wajahnya di raba beberapa kali. Takut-takut hidung dia senget ke apa. Maklumlah raya tinggal berapa minggu lagi. Muka kena jaga. Nanti tak dapat dia sebarkan pesona dia depan masjid nanti.

"NAQIB!" Teriak Haechan dengan kuat.

Jaemin hanya mampu tertawa. Sakit perut dia sebab ketawakan Haechan dan Jeno. Lagi dia ketawa bila melihat wajah Haechan yang sudah kotor kerana betul-betul wajahnya terjatuh terkenal tanah lembap.

"Kau nak join kerbau ke?" Tanya Jeno. Dia hanya mampu melepaskan tawanya. Apabila melihat mata Haechan yang sedang menatap dia dan Jaemin tajam.

"Sudahlah! Kau berdua pergi beli makanan. Aku pergi basuh muka dulu." Ujarnya lalu beredar meninggalkan Jaemin dan Jeno di semak samun itu.

Jaemin hanya membiarkan. Jeno juga sama.

"Nak pergi sekarang ke, Naqib?" Jeno bertanya. Dia pandang kembarnya yang sedang memandang kanan dan kiri. Jaemin perlu pastikan rancangan mereka tidak dapat di hidu oleh orang.

"Jomlah!" Jaemin terus bergerak secara senyap. Jeno hanya mengangguk beberapa kali lalu langkah kakinya mengikuti Jaemin yang sudah jauh tiga langkah darinya.

"Ini kalau pihak berkuasa tahu ni tak pasal-pasal aku terjebak sekali." Jeno berujar pelan. Macam mana dia boleh terjebak, eh?

Jaemin sudah keluar membawa plastik hitam yang Jenis tahu isinya apa.

"Kau beli berapa bungkus?" Jenis bertanya.

"Dua. Untuk aku dengan Haziq." Jaemin berujar sambil langkah kakinya di atur berhati-hati. Mana tahu ada orang terbau nasi putih dengan lauk kari ayam dia.

Jangan lupakan air teh ais dua bungkus. Fuh! Mantap!

"Aku?"

Jaemin memberhentikan langkahnya. Dia pandang Jeno di sebelah. Satu keningnya di angkat.

"Kenapa dengan kau?"

"Aku punya tak ada?" Tanya Jeno. Sampai hati Jaemin tidak membeli makanannya sekali.

"Tak ada. Kau tak bagi duit. Kalau kau bagi aku belikan." Jaemin berujar lalu kembali berjalan meninggalkan Jeno yang sudah mahu menangis. Jeno pun nak juga!

"Aku report dekat Abang Luthfi dengan abang Najmi." Jeno menghentakkan kakinya beberapa kali lalu berjalan meninggalkan Jaemin yang sudah membulatkan matanya.

Apa! Bagitahu Taeyong dan Yuta? Ada juga dia kena halau rumah. Oh my god! Jaemin tak nak! Dia masih tak ada duit simpanan banyak lagi. Mana nak cekup duit beli bilik sewa. Tak mahu! Tak mahu dan tak mahu!

"NAZHAN! OI! JANGAN!"

Jaemin terus mengejar Jeno yang sudah berlari untuk balik ke rumah. Tamat juga riwayat Jaemin dan Haechan hari ini.

~~~~~

"APA masalah kau orang berdua ni? Nak ponteng puasa?"

Taeyong menghela nafas lelah. Tadi, terbantut kejap aktiviti menjahit langsir dapur dia. Mana tidak, Jeno terjerit-jerit depan rumah lepastu mengatakan bahawa Jaemin dan Haechan beli makanan di warung mana entah.

"A-alah, bang. Bukan se-selalu pun." Haechan bersuara sambil tersengih.

Ada juga yang makan selipar tandas hari ini.

"Bukan selalu kau kata! 5 tahun lepas kau buat juga. Tahun lepas pun kau buat juga. Nasib baik Jeno ada. Kalau tidak? Dah berdosa Jeno sebab terjebak." Taeyong terus berdiri. Tanganya mencekak pinggang.

Taeyong rasa dia boleh darah tinggi, kalau selalu macam ini.

"Tak malu ke? Dah besar panjang macam ni nak ponteng puasa? Tak malu? Tak malu dengan adik-adik? Awak berdua tu abang. Patutnya tunjuk contoh yang baik. Ini tidak!" Kali ini Johnny pula bersuara.

Jaehyun dan Kun di situ hanya menggeleng kepala mereka. Macam-macam hal ya.

"Maafkan kami, abang." Jaemin berujar. Dia memandang keempat abang-abangnya disitu dengan wajah bersalah.

"Betul! Haziq pun minta maaf." Kali ini Haechan ikut juga.

"Yelah, abang maafkan. Tapi, ada denda." Taeyong bersuara. Malas sebenarnya mahu berlama-lama. Dia kena siapkan langsir dapur.

"Apa dendanya?"

"Selama seminggu ini, tolong abang Qal, Abang John, Abang Jeff dan Abang. Buat segala apa yang kami suruh. Termasuk tolong abang jahit kain langsir." Ujar Taeyong dan kedua mereka hanya mengangguk pelan.

~~~~~

"KAU buat apa dengan langsir aku! Ya Allah! Berikanlah aku kesabaran yang setinggi Gunung Kinabalu." - LUTFI YANG SEDANG STRES KERANA JAEMIN SALAH POTONG KAIN. JADI BENTUK LAIN KAIN TU.

"ITU KUALI! AKU NAK PERIUK!" - QALEEB YANG SEDANG STRES KERANA HAZIQ TIDAK BOLEH MEMBEZAKAN PERIUK DENGAN KUALI.

"Ya Allah! Itu tepung! Aku suruh buat susu!" - JEFF YANG SEPERTI AKAN DARAH TINGGI SEBAB JAEMIN BANCUH SUSU BAYI DENGAN TEPUNG JAGUNG. MANA DIA DAPAT!

"Kau orang berdua buat masalah. Aku bakar komputer, telefon dan sebagainya." - JOHN YANG SANGAT MUDAH MEMPERDAYAKAN MEREKA.

~~~~~

Akan bersambung....

~~~~~

"Ingat adik-adik, jangan ponteng puasa ya. Tak baik. Jangan ikut perangai dua manusia tu! Ikhlas dari saya Luthfi Tahfiz yang kacak lagi tampan ini. Hehehehe." - Lee Taeyong.





[✓] Family | NCTWhere stories live. Discover now