| Family |
~~~~~
PADA waktu malam yang gelap ini. Semua anggota sedang sibuk dengan dunia masing-masing kecuali Doyoung. Kerja apa entah dia buat malam-malam buta ni. Tak akan solat tahajud dekat masjid pula? Tapi, dia tu jarang pergi masjid.
Mark sedang sibuk melayan drama jam 10 malam dengan Taeil, Jaehyun dan Kun. Cerita apa entah dia tengok sampai semua perkataan memaki hamun keluar dari mulut dia. Bukan setakat Mark. Lagi tiga orang pun nak ikut memaki juga.
"Ya Allah! Kenapa si Aizril tu ego sangat? Percaya sangat cakap kawan tak berguna dia tu. Kesiannya lah aku tengok Aleya tu." Ujar Mark marah. Mahu sahaja bantal, alat kawalan jauh atau kerusi meja di dalam rumah itu dia baling ke kaca televisyen. Tapi, dia nak hidup lama. Jadi dia batalkan niatnya itu.
Haechan, Yangyang dan Chenle sedang main permainan video di bilik Haechan dan Yangyang. Segala suara keluar dari situ, sampaikan Taeil memarahi mereka kerana suara mereka yang terlalu kuat. Alah, padahal suara dia pun kuat juga.
Jisung dan Sungchan sedang main air,batu dan burung. Siapa kalah tangan dia kena pukul. Yuta pula sedang bermain telefon sambil berbaring di atas sofa. Sempat dia melihat-lihat drama di televisyen sehingga mahu mengikuti Mark untuk memaki watak utama lelaki drama itu.
Lucas, Xiaojun dan Hendery pun ikut bermain permainan video di bilik mereka sendiri.
Yang lain duduk di ruang tamu. Ada yang baring, ada yang duduk ada yang matanya sudah layu dan ada yang sudah terlena.
"Eh! Nak dekat puasa ni tak beli barang ke?" Tanya Taeil sebagai tertua. Berhenti kejap sebab iklan sedang ditayangkan.
"Entah, nak beli apa?" Tanya Jaehyun bersuara.
"Belilah benda yang patut." Kali ini Taeyong bersuara.
"Benda apa? Langsir? Daun palas? Cat?" Itu jawapan dari Jungwoo.
"Ya Allah, kenapa pemikiran begitu anak muda? Kau ingat nak raya? Sabar dulu! Puasa pun belum lagi." Ten mencelah. Mata tiba-tiba segar apabila mereka mula berbual-bual.
"Lah, orang cakap je. Itu pun nak marah." Ujar Jungwoo lalu bersandar di dinding. Matanya menatap layar skrin telefonnya.
"Siapa nak pergi beli?" Tanya Taeyong. Esok dia sibuk. Yang lain pun sibuk rasanya.
"Bang Najmi?" Ujar Jungwoo.
Najmi tiba-tiba tersedak. Semua pasang mata memandangnya. Hah! Najmi Jan tiada kerja. Sudah masuk 1 bulan selepas dia di buang kerja dari menjaga kerbau Pak Hamid.
Orang pun takut nak ambil dia mungkin sebab kes dia pergi lepaskan kerbau sampai kerbau-kerbau itu berlari satu kampung. Ada yang masuk dalam kedai orang, ada yang berjalan-jalan dekat Masjid dan ada pelbagai lagi. Maklumlah Yuta cuai bab-bab begini.
"Aku? Hah! Nak beli apa? Catatlah esok aku beli dengan Jilani dan Shariff." Ujar Yuta dan Taeyong mencatat segalanya.
~~~~
MEREKA tiba di pasaraya di pekan. Doyoung yang menghantar mereka bertiga dan lelaki itu terus hilang selepas menghantar mereka di hadapan pasaraya itu.
YOU ARE READING
[✓] Family | NCT
Fanfictionɴᴄᴛ ᴏᴛ23 ғᴀɴғɪᴄᴛɪᴏɴ ~ FAMILY ~ Mahukan keluarga yang harmoni aman dan sentosa walaupun kadangkala rumah boleh roboh kerana mereka? Di sinilah tempat anda. Pelbagai jenis manusia yang ada di sini. Tiada hari tanpa masalah dan teriakan kekesalan. Me...