FAMILY | 20

18 5 0
                                    

| FAMILY |

~~~~~

SUASANA Pagi yang indah tiba-tiba sahaja menjadi buruk apabila Taeyong dan Doyoung bergaduh kerana baju yang baru sahaja di basuh Taeyong di basuh sekali lagi oleh Doyoung.

Yang menonton, Johnny dan Taeil. Entah mahu memecahkan pun tidak tahu caranya.

"Kenapa kau basuh lagi!"

"Kenapa tak boleh basuh lagi?"

"Kan membazir air?!"

"Alah! Kau basuh bukan wangi pun!" Doyoung pandang tajam lelaki di hadapannya.

"Yang tak wangi tu baju kau! Dasar anak Ahad!" Balas Taeyong.

"Ahad tu pak long aku. Bapa kau! Bapa aku Rashid!" Jerit Doyoung membalas. Habis semua keturunan mak ayah, atok nenek terlibat.

"Lah! Kenapa nak libatkan bapa pula?"

"Kau dulukan!" Mahu sahaja Doyoung masukkan Taeyong dalam mesin basuh. Biar sekali bersihkan otak dia.

"Bila nak habis ni, bang?" Bisik Johnny. Ada juga kena sumbat kapas dalam telinga. Bising benar ya!

"Tunggu sahajalah sampai habis. Nak buat apa lagi kan?"

Johnny hanya mengangguk menyetujui ujaran yang tertua. Taeil hanya diam.

"Kejap? Kau ada bau sesuatu tak?" Tanya Doyoung. Menukar topik.

"Bau? Hangit?"

Doyoung angguk.

"YA ALLAH! Karipap aku!" Taeyong terus berlari masuk ke ruang dapur. Bergaduh dengan Doyoung sampai lupa karipap Frozen yang di goreng beberapa minit tadi.

Johnny dan Taeil hanya menepuk dahi. Aduh! Penat ya kadang-kadang melihat karenah dua manusia ni.

~~~~~

"DI balik selendang sembunyi Nur Kasihmu.
Tersimpul hatimu hatiku, Satu.
Persis si Majnus menagih,
Kasihnya Laila.
Terbelah dunia tetap bersama

Bawaku bersamamu gapai sejahtera.
Dikenangi kau, aku suci titisan kasih.
Seisi alam pun pastikan merestui.
Moga kasih Laila ku kan tetap abadi."

Akhirnya lagu Kasihnya Laila nyanyian asal Jinbara telah habis dinyanyikan oleh Jungwoo bersama beberapa kawannya. Hari ini Jungwoo sedang menghabiskan masa dengan gitar kapor turun temurun itu di tepi sawah padi. Menikmati angin petang yang segar.

"Wow! Okey? Sekarang kita nyanyi lagu apa lagi?" Tanya Jungwoo.

Zaki atau senang dengan panggilan Zack selaku pemain gitar meminta Jungwoo menyanyikan lagu Langkah Seiringan nyanyian kumpulan terkenal pada tahun 1990an hingga 2000, Exist. Namun, lagu-lagu nyanyian mereka selalu menjadi salah satu top list apabila karaoke.

"Di saat ku keseorangan,
Kenangan pun datang menjelma lagi.
Terbayang saat-saat yang manis.
Ketika bersama dahulu.

Oh, sayangku.
Hulurkan tanganmu,
Bersama kita bergandingan,
Berdua, menuju arah bahagia.

Melalui, liku-liku kehidupan-"

"Dah tak reti balik ke budak-budak ni?"

"Kenapa pakcik?" Salah satu dari mereka bersuara. Terhenti terus nyanyian lagu jiwang tadi.

"Kenapa kamu tanya?"

"Yelah, kan baru pukul berapa. Awal lagi Pak cik. Kita ni sebagai hamba Allah kena menikmati keindahan alam ciptaan Allah." Ujar Zack.

"Nak menikmati tu bagus..."

"Tapi.... INI DAH NAK MAGHRIB! TAHU PUN MENIKMATI ALAM CIPTAAN TUHAN! TAPI KEWAJIBAN KENA BUAT JUGA!"

"Aku kira sampai tiga. Siapa tak pergi masjid ni. Esok aku cari dia sampai lubang cacing. PERGI SEKARANG!"

"AMPUN PAKCIK!" Semua pemuda itu lari lintang-pukang apabila pakcik lingkungan usia 50 tahun itu memegang cangkul. Entah dari mana dia dapat.

~~~~~

WAKTU malam telah pun tiba. Ke semua 23 bujang senang menikmati waktu mereka selepas pulang dari masjid menunaikan kewajipan mereka.

Ada yang sedang bermain permainan video. Ada yang menonton televisyen. Menonton drama jam 10 malam. Ada juga yang sedang sibuk bersama telefon menonton drama Korea atau drama China.

"Kena scam ke kita ni? Aku ingat minggu lepas episod akhir tau. Rupa-rupanya dia tambah lagi berapa episod. YA ALLAH! STRES AKU!"

"Ini ada kentang. Sesiapa nak? Ambillah aku baru lepas goreng tadi." Kun tiba dengan sepinggan kentang goreng dan sos perisa tomato dan sos cili.

"Abang! Kau tak ada...." Ujaran Lucas terhenti seketika.

"Tak ada apa?" Tanya Kun.

Masing-masing diam. Dengan tenang mengambil satu per satu kentang di pinggan.

Mereka saling berpandangan antara satu sama lain dan...

"HAHAHAHAHAHA." Semuanya tertawa terbahak kecuali Kun yang tidak memahami apa-apa pun.

Dia sendiri tidak tahu apa yang lawak sangat. Tak apalah dia layan sahaja. Ikut tertawa walaupun apabila dia tertawa semuanya senyap. Dasar!

~~~~~

Hi, guys!

Saya comeback selepas sebulan. HAhahaha... Lamanya.
But, tak apa. Start minggu ni mungkin akan kembali aktif. Maybe? Tengoklah kalau tak busy. Minggu ni busy memanjang sebab training.

Okey sekian untuk hari ini. Untuk book lain saya akan update after dapat idea dan ada masa lapang.

Buku ini tetap sama ya....

Sekian, terima kasih.

[✓] Family | NCTWhere stories live. Discover now