| FAMILY |
~~~~~
DI pagi yang indah pada hari Ahad ini. Semuanya sedang bersantai di rumah. Bosan melanda mereka pada hari ini. Taeil dan Jungwoo sepertinya sedang mengemas halaman rumah mereka. Hendery dan Xiaojun juga ingin ikut membantu tetapi di halang oleh Jungwoo kerana dia mengatakan bahawa kerja sudah hampir selesai.
Taeyong mendapatkan suatu idea. Sepertinya dia perlu mengumpulkan bujang-bujang itu di ruang tamu rumah.
Seperti yang dimahukan, semuanya sudah duduk sambil menunggu kehadiran Taeyong dan Taeil.
Selepas 5 minit menunggu akhirnya kedua pemuda itu tiba. Taeil mengambil duduk di sofa kusyen antara Johnny dan Doyoung. Manakala Taeyong berdiri melindungi acara televisyen.
"Apa ni bang! Sanalah!" Haechan berujar tidak terima apabila Taeyong menghalang acara televisyen kegemarannya.
"Diam! Abang nak cakap ni." Ujar Taeyong sambil kedua tangannya disilang di dada.
Haechan yang mendengar itu hanya pasrah. Dia menyandarkan kepalanya di bahu Renjun.
Merajuk lah tu.
"Kenapa abang nak suruh kami berkumpul dekat sini?" Sungchan membuka suara terlebih dahulu. Yelah pelik. Tiba-tiba kena berkumpul macam ada mesyuarat antara negara je.
"Okey! Memandangkan raya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Abang rasa hari ni kita keluar pergi bandar."
"Bandar? Buat apa?" Tanya Jaemin pula.
"Kau orang tak nak baju raya ke?"
"NAK!" Semua bersorak ria kecuali Taeyong dan Taeil.
"Kalau macam tu! Jom kita siap sekarang!" Jungwoo bersorak tidak sabar.
"Sabar! Belum habis lagi abang nak cakap. Duduk dulu, tenangkan diri."
"Memandang kereta kita ada 3 je. Itu pun kereta Qal, Dafi dengan abang sahaja. Jadi abang nak John dan Talib tolong drive kereta sewa dekat depan tu."
"HAH! APA! KENAPA AKU!" Tanya Johnny tidak terima.
"Alah, bolehlah John. Talib tak cakap apa-apa pun." Kali ini Taeil yang berujar.
Tetapi, apabila Taeil yang berujar, sepertinya Johnny harus mengiakan walaupun dia sebenarnya tidak mahu.
"Sempat eh abang sewa kereta." Jeno bersuara.
"Sempatlah! Abang kan Lutfi Tahfiz. Kau apa tahu." Taeyong berujar bangga dan Jeno hanya tersenyum tipis dengan ujaran itu.
"Baiklah untuk pembahagian kereta. Memandangkan kereta abang paling besar. Abang nak bawa empat orang. Siapa nak naik dengan abang?" Tanya Taeyong.
"Abang pilih sendirilah." Ujar Jaemin dan Taeyong hanya mengangguk sahaja dengan ujaran adiknya.
"Najmi, Shariff, Syafiq dan Naqib naik dengan abang." Ujarnya muktamad.
"Alah, nak ikut juga!" Jeno berujar tidak terima. Mana boleh dia naik dengan orang lain sedangkan abang dengan adik dia naik satu kereta.
YOU ARE READING
[✓] Family | NCT
Fanfictionɴᴄᴛ ᴏᴛ23 ғᴀɴғɪᴄᴛɪᴏɴ ~ FAMILY ~ Mahukan keluarga yang harmoni aman dan sentosa walaupun kadangkala rumah boleh roboh kerana mereka? Di sinilah tempat anda. Pelbagai jenis manusia yang ada di sini. Tiada hari tanpa masalah dan teriakan kekesalan. Me...