BAB 1

102 6 0
                                    

"HOI Qharissa, tunggu!"

Qharissa yang sedang berjalan terus berhenti dan menoleh ke belakang. Terlihat susuk tubuh seorang lelaki berlari ke arahnya. Haidan Luthfan. Lelaki yang sudah lama menjadi sahabatnya. Dari zaman tabika sehingga mereka sudah berusia 17 tahun, persahabatan mereka masih utuh dan tak pernah renggang.

"Pagi-pagi dah uji mikrofon," kata Qharissa. Haidan tertawa kecil. Mereka sama-sama melangkah untuk ke kelas.

"Sampai hati tak tunggu aku. Kata kawan," kata Haidan dengan nada berjauh hati. Qharissa putar mata ke atas.

"Hang lambat. Bersiap macam orang perempuan. Aku yang perempuan ni tak macam hang," balas Qharissa. Dia dan Haidan duduk satu taman. Rumah pun dekat sahaja. Ada kalanya, mereka datang sekali. Kalau Haidan lambat, Qharissa terus ke sekolah. Lagipun sekolah mereka dekat sahaja. Nak jalan kaki pun tiada masalah.

"Pergi sekolah kenalah kacak-kacak. Tak adalah orang nak kutuk," balas Haidan. Tak mahu kalah. Qharissa senyum senget.

"Dekat siapa hang nak tunjuk kacak hang tu? Awek pun tak dak," sindir Qharissa. Haidan tersenyum nakal.

"Aku nak tunjuk dekat hanglah. Hang kan kawan aku. Hang patut bangga dapat kawan kacak macam aku," ujar Haidan penuh bangga. Qharissa rasa nak muntah mendengar pujian Haidan. Tahap perasan Haidan, tak boleh bawa bincang.

"Nak muntah aku dengaq hang memuji diri sendiri. Esok hang lambat lagi, aku tak mau kawan hang satu jam. Aku ni nak jadi pelajar yang cemerlang. Tahun ni kita SPM tau!" Haidan ketawa kecil.

"Lambat lagi nak SPM Rissa," balas Haidan. Qharissa jeling Haidan. Itu dia orang pandai bercakap. Mudah saja berkata-kata.

"Hang tu budak pandai. Tak ulang kaji pelajaran pun masih boleh skor A+. Aku ni tak pandai macam hang," ujar Qharissa dengan nada tidak puas hati. Haidan ketawa lagi.

"Weh, jangan merajuk. Aku kan ada? Hang tak faham apa-apa subjek, hang tanyalah aku," ujar Haidan.

"Yalah. Siapalah yang boleh jadi mentor aku selain hang? Apa pun terima kasih Haidan," kata Qharissa bersama senyuman kecil. Terserlah barisan gigi putihnya

"Kalau hang adik aku, dah lama aku peluk hang ketat-ketat. Hish aku geram dengan kecomelan hang," kata Haidan.

Qharissa tertawa kecil. Walaupun Qharissa hanya bertudung ketika berada di sekolah, itu bukan tiket untuk dia bergaul bebas dengan orang yang bukan mahram dengannya. Batas antara dia dan Haidan perlu dijaga. Mereka bukan kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa. Mereka sudah dewasa yang mampu berfikir baik, buruk, halal bahkan haram. Dia akan bertudung apabila sudah betul-betul bersedia. Doakan Mawar Qharissa.

"Hang berani, hang buatlah. Aku beritahu abang-abang aku nanti. Biar depa belasah hang cukup-cukup," kata Qharissa penuh dengan ugutan. Haidan mencebik bibir.

"Hang jangan. Abang-abang hang tu macam singa. Menakutkan betul." Tak mahulah cari fasal. Abang-abang Qharissa bukan boleh buat main. Tambahan pula, Qharissa ni adik kesayangan mereka.

"Hang macam-macam dengan aku memang hang kena. Jadi sila berjaga-jaga."

"Hang jangan risau Rissa. Aku hormat hang. Selagi aku masih bujang, aku akan jaga hang baik-baik," kata Haidan, penuh yakin.

"Hang ada niat nak cari awek ka?" soal Qharissa.

"Kalau aku ada awek pun, aku tetap akan jaga hang. Yang aku maksudkan tu bila aku dah jadi suami orang nanti. Masa tu aku tak boleh nak jaga hang lagi. Aku kena utamakan bakal isteri aku kelak," balas Haidan. Pecah tawa Qharissa. Haidan yang melihat akan itu mengerut dahi. Riak bingung terserlah.

[COMPLETED] Dia, BUKAN UNTUK AKU Where stories live. Discover now