BAB 14

24 2 0
                                    

QHARISSA memandang kalender di telefon pintarnya. Nafas dihela berat. Esok keluarga Haidan akan berpindah ke Kuala Lumpur. Kejap sahaja masa berlalu.

“Jauh mengelamun. Dah sampai mana Rissa?” Qharissa tersentak kecil apabila disergah oleh umi Haidan, Puan Humairah. Qharissa tersenyum kecil.

“Umi.... Tak sempat sampai destinasi, dah kena sergah dengan umi,” balas Qharissa. Puan Humairah tertawa kecil. Dulang berisi air teh dan sepinggan biskut cip coklat dihidangkan kepada Qharissa.

“Minum dulu Rissa. Haidan lambat lagi nak siap. Tadi sibuk kemas barang-barang dia,” beritahu Puan Humairah.

“Terima kasih umi.” Qharissa capai sekeping biskut cip coklat lalu disuap ke mulut. Sedap macam biasa. Mesti Harraz yang buat ini. Dah tak ada orang lain.

“Banyak lagi ka barang nak kena angkut umi?” tanya Qharissa. Beberapa hari lepas dia tengok banyak juga barang dalam lori.

“Sama-sama Rissa. Tinggal barang-barang penting ja. Barang-barang yang senang angkut dengan kereta,” jawab Puan Humairah. Qharissa angguk kepala.

“Oh. Rissa sedihlah umi,” ujar Qharissa bersama mimik wajah sedih.

“Kenapa nak sedih pulak?” soal Puan Humairah.

“Sebab lepas ni Rissa dah tak jumpa umi,” kata Qharissa. Sedih mengenangkan wanita yang selama ini dia menumpang kasih pergi jauh. Selepas kematian ibunya, Puan Humairahlah tempat dia dapat kasih sayang.

“Rissa telefon ja umi kalau rindu. Jauh tak bermakna tak boleh berhubung. Umi dah anggap Rissa macam anak umi sendiri tau. Jangan segan-segan telefon umi,” ujar Puan Humairah. Dia juga sedih kerana faham yang Qharissa dahagakan kasih sayang seorang ibu.

“Terima kasih umi sebab sudi layan Rissa macam anak sendiri. Rissa tak akan lupa jasa umi.”

“Sama-sama sayang. Umi harap sangat Rissa ni jadi menantu umi kelak.” Terkejut Qharissa mendengar ucapan itu. Sangat tiba-tiba.

“Eh? Tiba-tiba ja umi ni.” Qharissa tertawa janggal. Jadi menantu? Maknanya kena jadi isteri Haidan. Kirim salam sajalah.

“Rissa dengan Haidan kan dah lama kawan. Takkanlah tak dak perasaan suka? Usia-usia kamu berdua biasanya dah timbul perasaan macam tu,” kata Puan Humairah. Dia dah pernah berada di alam remaja jadi dia tahulah.

“Tak adalah umi. Kita orang kawan ja.” Qharissa cuba mengawal riak sedihnya.

“Tak apalah. Kalau bukan dengan Haidan, Harraz ada. Anak bongsu umi tu serba boleh. Tak mau ka?” tawar Puan Humairah lagi. Bulat mata Qharissa. Dengan Harraz? Yang muda 5 tahun darinya? Mustahil!

“Apa umi ni? Harraz tu muda lagi. Lagipun Rissa anggap Harraz macam adik Rissa sendiri,” ujar Qharissa. Dia tertawa kecil.

“Rissa tahu ka jodoh Rissa siapa?” soal Puan Humairah. Qharissa tersentap sebelum menggeleng kepala. Jodoh itu rahsia Tuhan. Tapi, kenapa nak babitkan Harraz pula?

“Mai! Humairah!” Terus kedua-duanya paling dari mana arah datangnya panggilan itu.

“Saya ada dekat luar ni bang!” balas Puan Humairah.

Tidak lama kemudian, muncul susuk tubuh tinggi Encik Hisyam. Qharissa ukir senyuman buat abi. Ibubapa Haidan sebaya dengan abahnya. Puan Humairah dan Encik Qhairi satu sekolah suatu ketika dahulu. Cuma lepas sahaja tamat sekolah, jodoh Encik Qhairi sampai awal. Itu yang dia boleh ada tiga orang abang. Sedangkan umi Haidan berkahwin pada usia 24 tahun.

“Eh Qharissa. Dah lama datang?” tanya Encik Hisyam bersama senyuman kecil. Timbul lesung pipit di pipi kanan Encik Hisyam. Baru Qharissa ingat, Harraz juga ada lesung pipit. Bukan satu tapi dua.

[COMPLETED] Dia, BUKAN UNTUK AKU Where stories live. Discover now