PUAN Humairah memandang pelik anak sulungnya yang termenung jauh. Entah apa yang difikirkan anaknya itu. Haidan tampak runsing. Mungkin Haidan sedih kerana akan meninggalkan sahabat baiknya, Mawar Qharissa. Tetapi firasat seorang ibu mengatakan anak sulungnya itu ada masalah. Bila ditanya, Haidan hanya menggeleng kepala dan ukir senyuman.
“Abang tau dak pasaipa Haidan tu? Anak abang tu nampak lain lepas balik dari taman semalam,” soal Puan Humairah. Encik Hisyam terus memandang Haidan yang duduk termenung dikerusi batu.
“Mungkin sedih sebab nak berjauhan dengan Qharissa. Mai pun tau kan depa tu rapat sejak kecil lagi. Ni bila nak berjauhan, mestilah sedih,” balas Encik Hisyam.
“Mai tau. Tapi takkanlah sedih sampai macam tu sekali? Depa tu boleh ja berhubung melalui media sosial. Sekarang kan zaman canggih. Hati Mai rasa tak sedap. Mai rasa Haidan dengan Qharissa bergaduh. Sebab Mai nampak ayaq muka Haidan kusut berbanding sedih.” Puan Humairah tetap dengan firasatnya itu. Dia ibu, mestilah dia tahu segala-galanya perihal anak-anaknya. Encik Hisyam diam. Sukar untuk dia percaya tetapi kadang kala firasat seorang ibu itu betul.
“Tapi gaduh sebab apa? Semalam depa tu elok ja. Kita fikir baik-baik. Mungkin ada masalah dengan orang lain. Mana tau,” kata Encik Hisyam. Puan Humairah angguk kepala. Akur dengan kata-kata sang suami.
“Yalah. Kita nak gerak dah ka?” tanya Puan Humairah.
“Kita gerak lepas jumpa Qhairi. Qharissa pun tak datang lagi,” balas Encik Hisyam. Puan Humairah tepuk dahi. Terlupa pula nak jumpa Qhairi dan Qharissa buat kali terakhir.
“Baiklah. Saya masuk rumah kejap. Nak periksa rumah lagi,” kata Puan Humairah. Encik Hisyam hanya mengangguk kepala.
“Haidan dah masukkan barang dalam kereta?” tegur Puan Humairah apabila melihat anak sulungnya menghadap telefon pintar. Wajah Haidan yang tidak ceria seperti selalu itu direnung dalam-dalam. Makin membuak-buak rasa ingin tahu kenapa dengan anak sulungnya itu.
“Dah umi. Tinggal nak gerak ja,” balas Haidan. Dia ukir senyum paksa.
“Haidan okey kan?” tanya Puan Humairah lagi.
“Okey ja. Pasaipa umi?” Haidan menatap wajah si ibu yang tampak kerisauan itu.
“Maksud umi, Haidan okey kan dengan Qharissa? Tak ada gaduh-gaduh kan?”
Haidan tersentak kecil. Namun, sedaya upaya mengawal riak terkejutnya. Dia tak mahu uminya tahu dia dan Qharissa bergaduh.
“Tak ada umi. Haidan macam ni pun sebab banyak fikir. Nanti kami jumpa lagi tak? Itu ja,” balas Haidan. Dia senyum tipis.
‘Maaf umi. Haidan terpaksa tipu umi. Haidan tak mau umi risau,’ kata Haidan dalam hati.
“Yalah. Umi terima jawapan Haidan walaupun umi ragu-ragu,” kata Puan Humairah. Haidan tidak membalas apa-apa. Hanya tersenyum kecil. Setelah Puan Humairah menghilang ke dalam rumah, Haidan hela nafas.
‘Persahabatan kami dah retak umi.’
Haidan kuak rambut ke belakang. Ucapan Qharissa semalam masih terngiang-ngiang dikepala. Sungguh tidak sangka bahawa Qharissa menyimpan perasaan terhadapnya. Sejak bila Qharissa sukakannya?
Kawan bertahun-tahun, sekelip mata sahaja hancur. Haidan bangun dan melangkah ke arah kereta. Fikirannya serabut gara-gara Qharissa.
“KAMI gerak dulu Qhairi. Takut sampai tengah malam pula,” ujar Encik Hisyam.
“Yalah. Elok-elok memandu. Kalau penat tu berehat dekat RNR dulu,” pesan Encik Qhairi pula.
YOU ARE READING
[COMPLETED] Dia, BUKAN UNTUK AKU
Teen Fiction1st Malay Fiksyen 🌹🌹 Mereka sentiasa bersama sehinggakan ada yang menyangka mereka adalah pasangan bercinta. Tetapi, status hubungan mereka hanyalah sekadar sahabat baik. Berkawan sejak kecil sehingga mereka ke alam remaja. "Kau pandang aku lama...