QHARISSA memarkir kereta Axia di kotak parkir yang disediakan. Enjin dimatikan dan setelah itu Qharissa melangkah keluar dari perut kereta. Langkah kaki dihayun menuju ke 7-Eleven. Sebelum pulang, dia mahu membeli sedikit jajan untuk anak-anak saudaranya. Selesai membeli apa yang dia mahukan, Qharissa terus melangkah keluar dari 7-Eleven. Tak boleh lama-lama dalam kedai itu. Nanti nafsu nak membeli makanan tidak sihat membuak-buak.
Langkah diorak menuju ke kereta Axianya. Kereta yang dibeli dengan hasil titik peluhnya sendiri. Setibanya dia diparkir kereta, tidak semena-mena matanya terpandang pasangan yang berada di seberang jalan.
Qharissa nampak air muka perempuan itu berkerut seakan marah. Yang lelaki pun juga sama. Mesti tengah bergaduh. Tidak ada rasa malukah bergaduh di tempat terbuka ini? Dia malas nak ambil tahu dan terus meletakkan barang di tempat duduk belakang. Kemudian, dia bergerak ke bahagian memandu. Berura-ura nak buka pintu kereta, matanya memandang pasangan yang bergaduh tadi. Kali kedua dia melihat, baru Qharissa perasaan akan wajah lelaki itu. Seakan kenal. Jika tidak silapnya, itu kawan Haidan.
“Aafan?”
Tidak jadi Qharissa hendak masuk ke dalam perut kereta. Kejung dia di situ sambil memerhati pasangan bergaduh itu. Dia tidak mendengar suara mereka kerana bunyi bising dengan kenderaan yang lalu lalang di situ. Cuma apa yang Qharissa boleh nampak, suasana antara kedua-dua homo sapiens itu sangat tegang.
Tidak lama, perempuan itu melangkah pergi tanpa menoleh belakang lagi. Sang lelaki menguak kasar rambut ke belakang. Nampak benar tertekan. Qharissa malas nak ambil pusing. Apa yang dia fikir mahu segera pulang.
“Cik Qharissa!” panggil Aafan.
Terus terbantut Qharissa mahu memasuki ke dalam perut kereta. Dia toleh memandang Aafan yang melangkah menghampirinya. Senyuman kecil turut dihulurkan buat lelaki itu.
“Encik Aafan.”
Lelaki itu berdiri di hadapan Qharissa bersama senyuman.
“Awak dari mana ni?” soal Aafan.
“Saya dari sana Encik Aafan,” balas Qharissa sambil menunjuk ke arah kedai 7-Eleven. Aafan mengangguk kepala. Terfikir juga, gadis cantik ini nampak kah dia bergaduh dengan tunang dia. Pembetulan, bakal menjadi bekas tunang.
“Awak nampak?” tanya Aafan lagi. Seakan mengerti soalan Aafan itu, Qharissa ukir senyuman tipis.
“Nampak. Encik Aafan okey?”
“Saya okey. Oh ya, panggil saya Aafan. Tak perlu berencik bagai.”
“Baiklah. Awak pun panggil saya Qharissa.”
“Alang-alang saya jumpa awak ni, boleh awak teman saya minum? Boleh juga berbual dengan awak,” pinta Aafan. Suaranya seakan merayu pun ada. Qharissa jadi berbelah bahagi mahu menerima. Dia tak mahu terlibat dalam masalah sebenarnya.
“Tak apa ke? Saya takut perempuan tadi serang saya,” kata Qharissa. Aafan tertawa kecil.
“Dia bakal bekas tunang saya. Baru je tadi dia menjerit nak putus tunang,” ujar Aafan. Qharissa tersenyum janggal. Macam tu pun ada kah?
“Awak ada buat salah ke?” tanya Qharissa. Aafan senyum tipis.
“Kita cari kedai makan dulu. Baru saya cerita dekat awak,” kata Aafan.
“Baiklah.” Qharissa aku sahaja. Harap si tunang lelaki ini tidak datang seranglah. Minta dijauhkanlah.
La Mia Rosa Bakehouse cafe.
QHARISSA memandang sekeliling ruang dalaman kafe itu. Sungguh dia kagum dengan rekaan kafe itu. Ala-ala kafe dekat Itali. Pandai benar pemilik kafe ini tarik pelanggan dengan konsep kafe itu. Bahkan, masuk sahaja dalam kafe tadi pun bau kopi dan roti menusuk rongga hidung. Bau yang sungguh sedap.
YOU ARE READING
[COMPLETED] Dia, BUKAN UNTUK AKU
Roman pour Adolescents1st Malay Fiksyen 🌹🌹 Mereka sentiasa bersama sehinggakan ada yang menyangka mereka adalah pasangan bercinta. Tetapi, status hubungan mereka hanyalah sekadar sahabat baik. Berkawan sejak kecil sehingga mereka ke alam remaja. "Kau pandang aku lama...