BAB 18

26 2 0
                                    

“SAMPAI hati tak hubungi umi. Tak rindu umi ke? Umi hubungi Rissa, orang lain yang jawab,” kata Puan Humairah. Maksud orang lain yang jawab adalah operator.

“Rissa rindu. Rissa minta maaf umi,” ucap Qharissa. Itu saja ayat yang mampu terluah. Memang salahnya kerana berhenti menghubungi Puan Humairah.

“Tak apalah. Umi faham Rissa rasa tak selesa sebab Haidan. Umi tahu Rissa dengan Haidan gaduh,” kata Puan Humairah dengan nada lembut. Makin menebal rasa bersalah Qharissa.

“Semua ni salah Rissa. Rissa punca persahabatan kami retak,” ujar Qharissa. Puan Humairah ukir senyuman tawar.

“Masih ada perasaan untuk Haidan?” tanya Puan Humairah. Qharissa ukir senyuman janggal.

“Qharissa dah lama buang perasaan tu terhadap Haidan. Lagipun Rissa dengar Haidan nak kahwin kan? Dia dah jumpa kebahagiaan dia,” balas Qharissa. Dia tahu Haidan nak kahwin pun daripada Zahran. Jujurnya, Qharissa rasa terkilan dengan perilaku Haidan. Lelaki itu seolah-olah mahu membuang terus dirinya dalam hidup lelaki itu. Tidak ada rasa rindukah Haidan dengan persahabatan mereka?

“Ya. Rasanya Rissa tahu siapa bakal isteri dia,” kata Puan Humairah. Qharissa menguntum senyum tipis. Yang itu lagilah dia tahu siapa bakal isteri Haidan.

“Naraliyana. Panjang jodoh depa.”

“Depa tu jumpa balik 2 tahun lepas Kak Rissa. Tapi Haira tengok abang tu macam tak gembira nak kahwin. Padahal, dia yang ajak Kak Yana kahwin,” celah Haira. Qharissa bingung. Kenapa pula Haidan tak gembira? Dia akan kahwin dengan perempuan yang dia cinta.

“Mungkin dia takut. Jadi suami kan berat tanggungjawabnya. Bersangka baik jelah.”

Jawapan selamat Qharissa berikan. Malas sebenarnya nak bahas tentang Haidan. Menyedari ketidakselesaan Qharissa, Puan Humairah terus menukar topik.

“Berapa lama duduk KL?” tanya Puan Humairah. Qharissa diam sejenak. Memikirkan beberapa lama dia sudah menapak di Kuala Lumpur ini.

“Dah setahun. Rissa minta kerja dekat sini. Jadi, cikgu tabika,” beritahu Qharissa. Tersenyum Puan Humairah.

“Alhamdulillah. Tinggal dengan siapa?”

“Dengan abang Qhafael.”

“Abah Rissa sihat? Siapa jaga abah Rissa?”

“Sihat alhamdulillah. Abang Zafran ada.” Qharissa tenang menjawab segala pertanyaan Puan Humairah.

“Maaf umi banyak tanya. Kali terakhir umi jumpa abah Rissa masa kenduri abang Zafran Rissa,” kata Puan Humairah. Qharissa menggeleng kepala.

“Tak apa. Biasalah kalau dah lama tak jumpa. Mesti ada je soalan nak tanya. Umi dengan abi sihat juga kan?”

“Sihat alhamdulillah,” balas Puan Humairah.

“Alhamdulillah. Baguslah. Oh ya, Harraz sambung belajar ke?” Qharissa Cuma hendak tahu. Bukan ada niat apa-apa pun.

“Ha’ah. Belajar dekat UiTM. Haira ni saja tak nak. Habis SPM, duduk rumah je,” balas Puan Humairah. Haira sudah tayang muka cemberut. Uminya nak perlilah tu.

“Oh. Tak kerja?”

“Haira kerja dekat kafe Kak Rissa. Jangan percaya cakap umi tu,” celah Haira. Puan Humairah tertawa kecil. Seronok pula mengusik.

“Baguslah tu. Cari duit sendiri,” kata Qharissa. Tiba-tiba, Puan Humairah capai tangannya lalu menggenggam erat. Qharissa sedikit tersentak.

“Umi harap Rissa tak lari dari masalah. Umi nak sangat Haidan dengan Rissa berbaik macam dulu,” ujar Puan Humairah seakan merayu.

[COMPLETED] Dia, BUKAN UNTUK AKU Where stories live. Discover now