BAB 12

16 2 0
                                    

SEBAIK sahaja keluar dari dewan peperiksaan, calon yang mengambil subjek ekonomi asas bersorak gembira. Subjek ekonomi asas kertas dua adalah subjek terakhir bagi pelajar yang mengambil subjek tersebut. Maka berakhirlah peperiksaan SPM bagi mereka.

Qharissa gapai tote begnya. Segala peralatan menulis dimasukkan ke dalam kotak pensel. Kemudian, dia melabuhkan punggung di situ. Siap sandar belakang badan pada tiang. Dia betulkan awning tudung sekolah sambil mata memandang sekeliling. Nafas dihela. Hari ini adalah hari terakhir dia berada di sekolah ini. Tamat sudah perjalanannya sebagai seorang pelajar sekolah menengah.

Bermakna, Haidan pun bakal berpindah ke Kuala Lumpur. Belum pasti bila, tetapi rasa sedih sudah mula terasa. Sedang melayan perasaan sendiri, bahu kanannya dicuit. Terus dia pandang sebelah kanan. Wajah Haidan menyapa anak matanya.

“Kenapa hang lambat?” tanya Qharissa.

“Aku pi tandas dulu. Lepas tu sembang dengan Firdaus kejap,” balas Haidan. Qharissa mengangguk kepala.

“Oh. Jom balik.” Qharissa bangun dari duduknya. Haidan turut bangun. Mereka mula mengorak langkah.

“Tak mau lepak dulu ka? Raikan kebebasan kita?” Haidan menyoal Qharissa. Gadis itu geleng kepala.

“Dengan pakai baju sekolah ni? Memang taklah,” bantah Qharissa. Memang tidaklah dia nak pergi lepak dengan berpakaian sekolah. Sudahlah lepak dengan Haidan. Orang pandang pelik sahaja. Haidan terdiam. Lagaknya seakan memikirkan sesuatu

“Hmmm... kalau macam tu petang ni kita keluaq,” ajak Haidan. Dia memandang Qharissa. Menunggu balasan gadis itu.

“Pi mana?”

“Lepak kedai makanlah. Aku belanja,” balas Haidan. Qharissa terus tersenyum.

“Okey,” balas Qharissa. Haidan tertawa sinis.

“Laju ja jawab bila dengar perkataan belanja,” kata Haidan. Qharissa tak balas apa-apa. Dia cuma ketawa.

Orang nak belanja, kenapa nak tolak pula? Rezeki jangan ditolak.

 





SEPERTI yang dijanjikan, Qharissa dan Haidan lepak di kedai makan. Kedai yang terletak bersebelahan dengan sekolah rendah.

“Kenapa hang tak ajak Zahran dengan Syafiqah?” tanya Qharissa. Teh o ais disedut perlahan.

“Aku nak lepak berdua dengan hang. Sebab lepas ni aku tak tau boleh jumpa hang lagi atau tak,” kata Haidan. Qharissa tersentak. Berdebar jantungnya kerana tahu apa yang ingin di sampaikan oleh Haidan.

“Pasaipa?”

“Macam yang aku pernah cakap dulu, lepas SPM aku pindah KL. Ya, hari Khamis minggu depan,” beritahu Haidan. Qharissa senyum tipis. Sudah menjangkakannya.

“Cepatnya.”

“Abi aku tak boleh lama-lama dekat sini. Risau tinggal kedai dia dekat KL lama-lama,” kata Haidan. Dia perasan wajah Qharissa berubah mendung.

“Masa ambil keputusan nanti, balik tak?” tanya Qharissa. Haidan angkat bahu. Tanda tidak tahu.

“Tak tau lagi. Kalau hang nampak aku dekat sekolah, nampaklah. Kalau tak, tak baliklah tu.” Haidan memberikan jawapan yang selamat.

“Aku harap hang tak cari kawan perempuan baru dekat sana,” kata Qharissa. Haidan tersenyum kecil. Sampai ke situ Qharissa fikir.

“Hang seorang ja kawan perempuan aku. Sampai bila-bila pun hang tetap kawan baik aku, Mawar Qharissa,” ujar Haidan. Dah kenal lama, tak akan dia nak buang Qharissa pula.

[COMPLETED] Dia, BUKAN UNTUK AKU Where stories live. Discover now