PERNIKAHAN Haidan dan Naraliyana berlangsung di dewan yang terletak bersebelahan masjid. Sekarang ini mereka menunggu ketibaan pengantin perempuan. Qharissa duduk bersimpuh di sebelah Haira. Dia mengenakan baju kurung sedondon dengan keluarga sebelah lelaki. Berwarna maroon. Itu semua atas permintaan Puan Humairah. Selendang berwarna kelabu gelap hanya di selempang ke bahu. Buat syarat tutup rambut saja.
“Haira ingat Kak Rissa dengan abang Haidan. Alih-alih dengan orang lain,” kata Haira. Wajah gadis muda itu tampak sedih.
“Kenapa nak sedih? Haira dapat kakak ipar yang cantik juga,” kata Qharissa.
“Sedih sikit je. Kak Rissa janji tau, jangan hilang macam dulu. Penat Haira cari akak dekat Instagram. Hubungi akak pun tak dapat-dapat. Kesian umi tanggung rindu,” kata Hairan, terselit amaran juga. Qharissa tersengih.
“Ya janji. Kak Rissa tak buat dah.”
Qharissa memerhati segenap dewan itu. Ada mata-mata memerhatinya. Mungkin tertanya-tanya siapa dia pada keluarga Haidan. Yalah, tetamu yang ada dalam dewan itu semuanya saudara mara Haidan. Qharissa abaikan semua tu. Dia sebenarnya dia cari seseorang.
“Akak tak nampak Harraz. Dia tak balik ke?” tanya Qharissa kenapa Haira. Ya, dia cari Harraz Luthfi. Mana tahu dia balik untuk melihat abangnya selamat jadi suami orang. Dalam masa yang sama, Qharissa mahu melihat Harraz. Mesti lelaki itu tampan seperti abangnya.
“Umi cakap pagi ni dia ada kelas. Jadi, tak dapat nak tengok abang nikah. Masa sanding nanti mungkin dia ada. Kutlah. Haira pun tak pasti. Sebab takut dia muncul tak bagi salam. Budak Harraz tu bukan boleh percaya sangat,” balas Haira. Qharissa angguk kepala tanda faham.
“Kak Rissa bukan apa. Dah lama tak jumpa dia. Mesti kacak macam abang dia,” kata Qharissa. Tidak tahu kenapa dia rasa membuak-buak nak tengok Harraz? Petanda apakah ini?
“Haira ni malas nak puji dia kak. Tapi tak boleh nak nafikan. Memang betul pun. Kalau abi dah kacak teruk macam tu, anak-anak dia mesti elok. Lagi-lagi anak perempuan dia yang nama Haira Luthfiya tu. Comel dan cantik,” kata Haira tanpa menayangkan apa-apa reaksi bangga. Tayang muka biasa saja. Qharissa geleng kepala. Semua adik-adik Haidan ni sama saja. Jenis suka puji diri sendiri. Tahap konfident cukup tinggi.
Tidak lama kemudian, Haidan muncul di hadapan Qharissa. Lelaki itu melabuhkan punggung menghadap Qharissa. Bosan duduk seorang diri di hadapan sana, itu yang dia datang lepak dengan Qharissa. Masa-masa terakhir hendak dihabiskan dengan Qharissa sebelum dia bergelar suami kepada Naraliyana. Aafan menggeleng kepala melihat Haidan. Sampai hati tinggalkan dia seorang diri di sini. Namun, tidak pula dia pergi sertai Haidan di sana.
“Wah kacaknya abang saya ni. Berseri-seri ya muka. Dah sedia nak jadi suami orang?” seloroh Haira. Haidan guling biji mata ke atas.
“Baru tahu abang kau kacak Haira?” tanya Haidan.
“Ha’ah. Selama ni abang mana kacak pun.” Selamba dia kutuk abangnya sendiri. Qharissa tergelak lagi. Tadi bukan main puji abang dia. Sekarang ni apa cerita? Tidak dijangka langsung perangai budak Haira ni.
“Kurang ajar punya adik.” Menjegil mata Haidan. Wah, wah, wah budak ni? Mahu saja Haidan luku kepala adik perempuannya itu.
Haira tayang muka diva dia sebelum mengesot mendekati uminya. Dia tahu abangnya hendak berbual dengan Qharissa. Haidan senyum kecil apabila melihat Haira menjauh. Macam tahu-tahu dia mahu masa berdua dengan Qharissa. Haidan pandang Qharissa dan Qharissa pandang Haidan.
“Kenapa pandang aku macam tu?” tanya Qharissa. Haidan hela nafas.
“Kau yakin dengan keputusan kau? Tak menyesal?” tanya Haidan.
YOU ARE READING
[COMPLETED] Dia, BUKAN UNTUK AKU
Teen Fiction1st Malay Fiksyen 🌹🌹 Mereka sentiasa bersama sehinggakan ada yang menyangka mereka adalah pasangan bercinta. Tetapi, status hubungan mereka hanyalah sekadar sahabat baik. Berkawan sejak kecil sehingga mereka ke alam remaja. "Kau pandang aku lama...