TEMASYA sukan tahunan sekolah kali ke-63 bakal berlangsung beberapa hari lagi. Atlet yang mengambil bahagian perlu membuat latihan dan ahli-ahli rumah sukan yang tidak terlibat juga wajib hadir pada hari yang ditetapkan. Bagi mendapatkan markah untuk rumah sukan masing-masing. Rumah sukan yang memiliki jumlah markah paling tertinggi akan dinobatkan sebagai juara.
Qharissa duduk bersila di atas rumput padang. Dia sudah selesai membuat latihan dengan acara yang diambilnya. 100 meter dan 200 meter. Qharissa tak mampu ambil banyak acara, pengsan tengah padang nanti. Anak matanya memerhati suasana padang yang meriah dengan pelajar-pelajar yang sedang membuat latihan.
“Kak Qharissa kan?”
Qharissa dongak kepala memandang gerangan yang menegurnya. Mengecil matanya cuba mengenal pasti identiti gerangan itu. Jika tidak silapnya, itu adalah budak perempuan yang duduk di sebelahnya tempoh hari.
“Ya saya. Ada apa ya?” tanya Qharissa. Budak perempuan itu tersenyum kecil sebelum mengambil tempat di sebelah Qharissa.
“Oh tak ada apa. Saja saya tegur akak. Sebab nampak akak seorang aje dekat sini. Nama saya Naraliyana. Boleh panggil saya Yana,” ucap Naraliyana. Qharissa tersenyum janggal. Siap perkenalkan diri lagi. Padahal, tak tanya pun.
“Oh. Tingkatan berapa ya?” Sengaja berbasa basi.
“Tingkatan tiga, Kak Qharissa,” jawab Naraliyana.
“Oh. Panggil Kak Rissa aje. Mudah untuk awak sebut,” kata Qharissa.
“Okey.” Tersenyum manis Naraliyana.
Qharissa pandang sekilas sebelum fokus pada hadapan semula. Sebenarnya dia pelik dan janggal. Kenapa Naraliyana ini tiba-tiba tegur dia? Kenal pun tidak. Malah, terserempak dekat sekolah pun tak pernah.
“Akak, saya nak tanya sikit boleh?” tanya Naraliyana.
“Tanyalah.”
“Akak dah lama kawan dengan Haidan?” Penuh berhati-hati Naraliyana bertanya. Qharissa tercengang sekejap. Tak sangka budak perempuan itu bertanya soalan begitu. Qharissa rasa curiga.
“Kami rapat sejak kecil. Yana ingat kami ni bercinta ke?” tebak Qharissa. Sengaja mahu melihat reaksi Naraliyana.
“Banyak orang cerita fasal akak dengan Haidan. Dia cakap akak dengan Haidan bercinta. Yalah, rapat semacam aje,” kata Naraliyana. Qharissa tersenyum nipis.
“Sebab tu jangan percaya sangat cakap orang. Oh ya, kenapa tak panggil Haidan tu dengan gelaran abang?” Qharissa menanti balasan Naraliyana itu. Yalah, dia pelik kenapa Naraliyana tak panggil Haidan itu abang. Sedangkan dia dipanggil kakak.
“Sebab nanti orang cakap saya gedik nak berabang-abang dengan Haidan tu. Tak mahulah saya. Tak fasal-fasal kena kutuk pula,” ujar Naraliyana. Pecah tawa Qharissa.
“Kenapa perlu pedulikan kata orang? Akak ni pun ada saja yang tak puas hati dengan akak. Sebab terlalu rapat dengan Haidan. Orang cakap akak ni gedik, akak sombong. Yang sombong tu akak faham, mungkin dia orang nampak akak ni cuma bergaul dengan Syafiqah, Haidan dan Zahran. Tapi cuba kenal dulu baru tahu akak macam mana. Ini tidak, kenal pun tidak. Lepas tu, senang aje cakap bukan-bukan,” kata Qharissa. Dia cukup tak suka dengan tanggapan orang. Kenal pun tidak tapi dah hakimi bukan-bukan.
Naraliyana angguk kepala perlahan. Betullah tu. Dia pun pada mulanya anggap Qharissa ni sombong. Tapi bila kenal, ternyata ramah juga orangnya.
“Akak tak kisah kalau tak ramai kawan sebab akak pun sebenarnya tak berapa percaya orang. Kalau ramai kawan; kawan perempuanlah. Percayalah akan ada seorang atau dua orang yang ada sifat dengki atau cemburu. Persahabatan antara perempuan ni lain dari persahabatan antara lelaki. Kalau lelaki dia jenis masuk air. Kalau gaduh pun, esok lusa dah baik. Yang perempuan ni lain sikit. Ada kalanya, sebulan pun belum tentu berbaik. Lepas tu, siap sindir menyindir lagi. Betul kan Yana?” Qharissa memandang Naraliyana yang tak lepas memandangnya itu.
YOU ARE READING
[COMPLETED] Dia, BUKAN UNTUK AKU
Teen Fiction1st Malay Fiksyen 🌹🌹 Mereka sentiasa bersama sehinggakan ada yang menyangka mereka adalah pasangan bercinta. Tetapi, status hubungan mereka hanyalah sekadar sahabat baik. Berkawan sejak kecil sehingga mereka ke alam remaja. "Kau pandang aku lama...