Tahun baru...
NARALIYANA tersenyum kecil melihat Haidan yang tampak sibuk dengan telefon pintar. Tidak sangka bahawa dia akan bertemu semula dengan Haidan setelah 4 tahun terputus hubungan. Bertemu di tempat belajar yang sama. Punca terputusnya hubungan mereka kerana masing-masing sibuk dengan pelajaran. Hubungan yang tergantung sepi selama 4 tahun akhirnya kembali terjalin. Dan sekarang dia sudah menjadi tunang Haidan dan bakal naik pangkat menjadi isteri pula.
Namun, hanya dia seorang sahaja yang teruja. Dia perasan Haidan sudah berubah. Lelaki itu tidak seperti mula-mula dia kenal semasa zaman sekolah menengah dahulu.
“Abang ada masalah ke?” tanya Naraliyana. Haidan yang menatap skrin telefon terus memandang Naraliyana. Dia ukir senyuman kecil.
“Abang tak ada masalah. Kenapa tanya?” Haidan letak telefon di atas meja. Kini dia memberikan tumpuan kepada Naraliyana. Dia tahu gadis itu sedar dengan perubahannya. Dia bukan Haidan yang dulu.
“Sejak kita jumpa balik, Nara nampak abang macam pendam banyak masalah. Abang macam tak ceria. Seolah-olah kunci keceriaan abang tu hilang. Atau lebih tepatnya orang yang menjadi sumber keceriaan abang sudah tiada,” kata Naraliyana.
Haidan tersentak dengan kata-kata Naraliyana. Dia dapat rasa yang gadis itu tahu apa yang berlaku antara dia dan Qharissa.
“Naralah sumber keceriaan abang.” Haidan cuba berdalih. Naraliyana menggeleng kepala bersama senyuman tipis.
“Bukan Nara. Sejak kita jumpa semula, Nara dah nampak abang bukan Haidan yang Nara kenal masa sekolah dulu. Dan orang yang menjadi sumber keceriaan abang adalah Kak Rissa. Nara tahu abang dengan Kak Rissa gaduh. Kalau tak, abang tak akan jadi macam ni. Nara nampak kekusutan dan kesedihan di mata abang,” balas Naraliyana panjang lebar. Mata itu langsung tiada sinar bahagia walaupun lelaki itu ada dengan dia sekarang.
Haidan terdiam. Apa yang dikatakan oleh Naraliyana itu ada benarnya. Dia rasa kesunyian semenjak kejadian luahan perasaan Qharissa itu.
“Kami dah macam adik beradik. Tapi kerana satu kejadian tu, kami bergaduh. Abang tak boleh terima semua tu. Tapi sekarang, abang baru sedar yang hidup abang tak tenang. Mungkin juga abang rasa bersalah pada Qharissa.” Haidan akhirnya membuka cerita. Tak boleh nak berahsia lagi dengan Naraliyana.
“Abang nafikan yang Kak Rissa tu hanya kawan abang. Abang sebenarnya cintakan Kak Rissa. Tapi abang ego. Abang tak mahu mengaku. Itu yang abang jadi macam ni. Abang patut cari Kak Rissa dan selesaikan semua ni,” luah Haidan. Naraliyana senyum tawar. Dia sudah menjangkakannya.
“Kalau abang cintakan dia pun, semuanya sudah terlambat. Lagi sebulan kita akan berkahwin. Abang tak nak rosakkan majlis kita dengan benda-benda begini. Abang juga tak nak sakitkan perasaan Nara. Mungkin Qharissa sudah jumpa kebahagiaan dia,” kata Haidan lagi. Naraliyana geleng kepala.
“Semua tu lebih teruk kalau kita sudah berkahwin. Bahagiakah kita kalau hati abang masih berbelah bahagi?” Naraliyana memandang Haidan yang terdiam seribu bahasa itu.
“Masih ada masa untuk abang buat keputusan yang tepat. Abang perlu cari Kak Rissa dan selesai semua ni. Abang perlu buang rasa tidak enak dalam diri abang. Nara tak nak perkahwinan ni diteruskan dalam keadaan abang begini. Sebab bukan Nara je yang sakit. Tapi abang juga turut sakit,” kata Naraliyana.
“Jadi, Nara nak abang buat pilihan sama ada pilih Nara atau Qharissa?” duga Haidan. Naraliyana angguk kepala.
“Ya. Hanya seorang sajehaja yang boleh buat abang bahagia. Nara nak abang yang dulu. Yang gembira dan sentiasa tersenyum. Bukan dingin. Senyum pun macam tak ikhlas,” ujar Naraliyana.
YOU ARE READING
[COMPLETED] Dia, BUKAN UNTUK AKU
Teen Fiction1st Malay Fiksyen 🌹🌹 Mereka sentiasa bersama sehinggakan ada yang menyangka mereka adalah pasangan bercinta. Tetapi, status hubungan mereka hanyalah sekadar sahabat baik. Berkawan sejak kecil sehingga mereka ke alam remaja. "Kau pandang aku lama...