Imbas kembali 4 tahun lepas...
“SELAMAT hari tua Rissa,” ucap Haidan. Tersenyum lebar Qharissa.“Terima kasih Haidan. Hadiah takdak ka?” Qharissa tersengih menyerlahkan barisan gigi putihnya. Haidan tayang muka jengkel.
“Dah tua pun nak hadiah lagi ka?” kutuk Haidan. Jegil mata Qharissa.
“Hey! Aku baru 13 tahun. Muda lagilah!” tempelak Qharissa. Haidan tergelak kecil.
“Ceh! Nah hadiah hang.” Haidan hulur bungkusan hadiah kepada Qharissa. Usik saja tadi. Terus bersinar mata gadis itu melihat hadiah dari Haidan itu.
“Wah! Terima kasih Haidan,” ucap Qharissa. Tak lekang senyuman di bibirnya.
“Sama-sama. Bukalah. Aku harap hang suka.” Haidan tak lepas memerhati Qharissa. Gadis itu terus buka bungkusan hadiah itu. Melihat isi hadiah itu membuatkan Qharissa tertawa kecil.
“Tudung bawal lagi. Sejak aku darjah lima hang bagi aku hadiah yang sama. Apa pun terima kasih,” ucap Qharissa. Haidan tak jemu bagi dia tudung dan menasihatinya supaya kekal bertudung. Tapi itulah, dia belum bersedia nak bertudung kekal. Dia mahu bertudung, menutup aurat sepenuhnya kerana Allah, bukan kerana manusia. Dia mahu melakukannya dengan rela hati.
“Aku harap suatu hari nanti hang bertudung kekal. Aku akan tunggu hari tu. Jadi, tiap-tiap tahun aku bagi hadiah sama ja. Biaq bertambah koleksi tudung bawal hang,” ujar Haidan. Mana nak cari kawan yang membawa ke syurga ini?
“Jarang betul ada kawan lelaki berharap kawan perempuan dia pakai tudung kekal. Untung betul siapa dapat hang ni,” ujar Qharissa. Kedua-dua mereka tertawa.
Qharissa simpan tudung bawal ke dalam beg. Dia memandang Haidan yang turut memandangnya. Tipulah kalau dia cakap Haidan tak kacak. Usia baru sahaja 13 tahun, tapi Haidan sudah nampak sedikit matang.
“Hang ada apa-apa nak cakap ka?” tanya Qharissa. Dia perasan riak Haidan seakan memikirkan sesuatu.
“Rissa... aku harap kita kekal jadi kawan baik. Salah seorang dari kita tak boleh jatuh cinta. Aku tak mau persahabatan kita hancur. Janji tau?”
Qharissa tergemap mendengar ujaran Haidan itu. Kata-kata yang menghempap diri sendiri.
“Ya janji,” balas Qharissa. Mahu tak mahu, terpaksa juga mengucap kata janji. Terpaksa menahan rasa kecewa. Kecewa kerana Haidan hanya menganggap dia sebagai seorang kawan sahaja. Sedang dia, perasaan dia terhadap Haidan lebih dari seorang kawan.
Bahayanya hubungan persahabatan antara lelaki dan perempuan apabila salah seorang daripada mereka jatuh cinta. Jika dua-dua ada perasaan yang sama, tidak menjadi masalah. Tetapi jika seorang sahaja ada perasaan itu, maka retaklah hubungan persahabatan yang dibina.
Tamat imbas kembali.
“Aku dah mungkiri janji kita Haidan. Maafkan aku.” Merintih Qharissa.
Qharissa hela nafas berat. Penat menahan rasa sakit di hati. Apa yang ada pada Naraliyana dan apa yang tiada pada dia? Sehinggakan Haidan mudah jatuh cinta terhadap Naraliyana. Perempuan yang baru dikenali terus menjadi pilihan hati Haidan.
Sedang melayan perasaan sendiri, Pintu biliknya diketuk.
“Adik, keluaq kejap.” Suara Qhafael kedengaran. Qharissa terus turun dari katil dan melangkah ke arah pintu.
“Ada apa angah?” tanya Qharissa.
“Haidan ada dekat luaq. Dia nak jumpa adik,” ujar Qhafael. Terkejut Qharissa mendengar berita daripada Qhafael itu.
YOU ARE READING
[COMPLETED] Dia, BUKAN UNTUK AKU
Teen Fiction1st Malay Fiksyen 🌹🌹 Mereka sentiasa bersama sehinggakan ada yang menyangka mereka adalah pasangan bercinta. Tetapi, status hubungan mereka hanyalah sekadar sahabat baik. Berkawan sejak kecil sehingga mereka ke alam remaja. "Kau pandang aku lama...