BAB 13

28 2 0
                                    

“HARRAZ?”

Terkejut Qharissa apabila melihat adik Haidan berada di sini. Budak ini buat apa di sini?

“Harraz buat apa kat sini?” tanya Qharissa. Harraz senyum tipis. Budak lelaki itu turut berdiri di sebelah Qharissa.

“Saya dari sekolah. Main bola sepak dengan kawan-kawan. Tak sempat balik, dah hujan,” balas Harraz. Qharissa mengangguk kepala.

“Oh. Mana kawan-kawan Harraz?” Qharissa bertanya.

“Dekat perhentian bas sana tu.”

Qharissa terus memandang arah yang ditunjukkan Harraz. Terlihat di situ ada dua budak lelaki yang melambai-lambai bersama sengihan. Serupa monyet saja gayanya. Harraz geleng kepala.

“Maaflah. Kawan-kawan saya tu adik beradik monyet. Memang perangai macam tu.” Selamba Harraz mengutuk. Qharissa kemam bibir. Tahan nak ketawa.

“Tak baik tau cakap macam tu. Kecik hati depa kalau dengaq Harraz cakap macam tu,” kata Qharissa. Harraz tayang muka tidak kisah.

“Depa tu hati batu. Kutuklah macam mana pun, depa tak peduli,” kata Harraz.

“Macam tu pun ada ya?” Qharissa menggeleng kepala.

“Oh lupa pula. Keputusan UPSR Harraz dengan Haira macam mana? Okey?” Baru Qharissa ingat yang Harraz ambil keputusan UPSR beberapa hari yang lepas.

“Cukup-cukup makan ja Kak Rissa. 4A 1B. Haira dapat 3A 2B,” balas Harraz. Qharissa tengadah. Pandai rupanya adik-adik Haidan ini.

“Terlebih cukup makanlah tu. Tahniah ya,” ujar Qharissa. Harraz ukir senyum nipis.

“Terima kasih. Oh ya, Kak Rissa dari mana?”  Harraz bertanya.

“Dari kedai makan,” jawab Qharissa.

“Dengan abang Haidan ka?” tebak Harraz. Qharissa angguk kepala.

“Ha’ah.” Dah agak. Dengan siapa lagi Qharissa nak keluar sampai ke pekan ini kalau bukan dengan abang dia.

“Mana dia?” tanya Harraz lagi. Qharissa hela nafas berat.

“Dia dah pergi. Nak jumpa kawan,” jawab Qharissa penuh kesabaran. Banyak pula Harraz tanya.

“Kawan yang mana? Abang Zahran?”

“Bukan. Kawan perempuan istimewa dia,” balas Qharissa. Bibir Harraz tersungging senyuman sinis.

“Oh. Jumpa awek rupanya.”

Harraz tidak terkejut. Kerana dia tahu abangnya ada teman wanita. Dia boleh tahu pun sebab kawan-kawan dia yang lain nampak abang dia dengan seorang perempuan. Dia fikir perempuan yang dikatakan mereka itu adalah Qharissa. Ternyata bukan.

“Harraz tau Kak Rissa suka abang Haidan,” kata Harraz tiba-tiba.

Qharissa terpempan mendengar ucapan Harraz. Jantung berdebar-debar. Bagaimana Harraz boleh tahu? Yang tahu semua tu hanyalah Zahran dan Syafiqah.

“Macam mana Harraz tahu Kak Rissa suka Haidan?” tanya Qharissa dengan riak tertanya-tanya. Membuak-buak rasa ingin tahu. Harraz memandang Qharissa. Tersungging senyuman nakal dibibir budak lelaki itu.

“Jadi betullah Kak Rissa suka abang Haidan?” Harraz jongket sebelah kening.

Qharissa tersentak. Terkebil-kebil matanya memandang Harraz. Pipi terasa membahang. Harraz perangkap dia ke?

“Harraz kenakan Kak Rissa ka?” soal Qharissa polos. Tertawa halus Harraz apabila melihat wajah polos Qharissa.

“Saya sengaja cakap macam tu. Tak sangka pula Kak Rissa mengeyakan. Kantoi Kak Rissa suka kat abang Haidan,” usik Harraz. Tawanya masih tersisa.

[COMPLETED] Dia, BUKAN UNTUK AKU Where stories live. Discover now