“MANA depa ni? Tak keluaq kelas lagi ka apa?” rungut Zahran.
“Dah sepuluh minit ni. Takkan cikgu tak tau sekarang ni dah waktu balik,” ujar Syafiqah pula. Dua homo sapiens itu mencari kelibat dua sahabat mereka dia kalangan pelajar-pelajar yang lalu lalang di situ. Tiba-tiba, seorang pelajar perempuan di tahan Zahran.
“Eh hang budak kelas 5 Perdagangan kan?” soal Zahran. Mata Zahran jatuh pada tanda nama ditudung pelajar perempuan itu.
“Haah. Pasaipa?”
“Haidan dengan Qharissa tak keluaq kelas lagi ka?” soal Zahran. Syafiqah cuma diam dan memerhati.
“Oh, depa ada dekat taman. Tak silap, depa tengah buat kerja sekolah sebab kena denda dengan Cikgu Nafisah,” balas pelajar perempuan itu.
“Oh. Okey terima kasih Natasha.”
“Sama-sama,” balas Natasha sebelum berlalu pergi.
“Tak pernah aku dengaq Haidan dengan Qharissa ni tak buat kerja sekolah. Ini kali pertama,” komen Syafiqah.
“Kan? Aku macam tak percaya pula. Jom pi dekat depa.” Zahran mengatur langkah diikuti Syafiqah di belakang.
QHARISSA tekun melakukan kerja karangannya. Haidan pula hanya rileks di sebelah Qharissa. Memerhati gadis itu dengan menongkat sisi kepala. Tak lepas memandang Qharissa yang fokus menyiapkan karangan bahasa Inggeris itu. Kesempatan itu, Haidan menganalisis seraut wajah Qharissa. Qharissa memang cantik.
Ramai yang cakap dia dan Qharissa bercinta. Tetapi hakikat sebenarnya, dia tiada perasaan suka atau cinta terhadap gadis itu. Dia hanya pandang Mawar Qharissa sebagai seorang sahabat. Tak lebih dari itu. Kadangkala, dia juga tertanya-tanya apa perasaan gadis itu terhadapnya. Adakah Qharissa anggap dia sebagai sahabat sahaja atau sebaliknya? Makin membuak-buak dia inginkan jawapan itu.
“Hang menakutkan aku Haidan,” ujar Qharissa tiba-tiba.
“Pasaipa?” tanya Haidan.
“Hang pandang aku lama-lama kenapa? Jatuh suka kang, riuh satu sekolah ni,” kata Qharissa tanpa nada. Haidan ketawa kecil.
“Kenapa? Nak naik pangkat jadi awek aku ka?” usik Haidan.
“Boleh juga.”
“Hang suka aku ka?” tanya Haidan, menduga gadis itu.
“Haah. Aku suka hang,” balas Qharissa tanpa riak. Haidan terpempan. Niat dia nak mengusik saja. Tapi tak sangka pula itu yang Qharissa balas. Masing-masing terdiam dan memandang antara satu sama lain.
“Lalu Haidan Luthfan pun percaya,” sambung Qharissa bersahaja. Gadis itu kembali sambung membuat kerjanya. Haidan merengus. Buat terkejut orang saja Mawar Qharissa ini.
“Kau ni... buat terkejut akulah.”
“Hang kan pernah cakap, kita tetap jadi kawan sampai bila-bila. Tak akan ada perasaan suka atau cinta antara kita. Dah tu, pasaipa hang nak terkejut?” kata Qharissa tanpa memandang Haidan. Sibuk nak siapkan karangan dengan segera. Haidan cuma diam. Hilang kosa kata. Qharissa tersenyum tipis apabila tiada respons dari Haidan.
“Dahlah. Lebih baik hang tolong aku buat karangan Inggeris ni. Siap cepat, boleh balik cepat. Sudahlah acah budiman mengaku tak buat karangan,” kata Qharissa, sempat lagi nak menyindir itu. Haidan juling biji mata ke atas.
“Orang dah tolong dia bukan nak ucap terima kasih. Dimarahnya kita lagi adalah. Patutnya aku biarkan hang malu berdiri seorang diri dekat belakang kelas tadi.” Haidan tak mahu kalah. Qharissa tertawa kecil.
YOU ARE READING
[COMPLETED] Dia, BUKAN UNTUK AKU
Teen Fiction1st Malay Fiksyen 🌹🌹 Mereka sentiasa bersama sehinggakan ada yang menyangka mereka adalah pasangan bercinta. Tetapi, status hubungan mereka hanyalah sekadar sahabat baik. Berkawan sejak kecil sehingga mereka ke alam remaja. "Kau pandang aku lama...