2.7

65 7 6
                                    


dengan nafas yang meluru, aira melangkahkan kakinya dengan laju ke arah dorm high council.

pintu diketuk dengan kuat sebelum dirinya menerjah masuk ke dalam dorm tersebut. matanya melihat, semua masih santai berehat di atas katil masing-masing.

zahrin yang berada paling hampir dengan pintu dorm itu mula menegur aira.

" hai cik adik, mintak nombor telefon boleh ? " tanya zahrin dengan senyuman yang mengusik.

aira hanya menjeling tajam wajah zahrin, seakan-akan ingin memberitahu yang dia tidak ingin bergurau pada masa ini.

melihat reaksi yang sangsi dari gadis itu, kahar bersuara, " asal serius sangat ni, pendek ? ada apa-apa yang jadi ke ? "

mendengar pertanyaan kapla mereka itu membuatkan aira tertawa sinis, " lepas apa yang kau dah buat, kau boleh santai baring kat sini macam takde buat salah eh ? and kau tanya aku, ada apa-apa yang jadi ? seriously kahar ? kau tengah acah-acah bodoh dengan aku ke sekarang ni ? "

tidak ada satu suara pun berbunyi. mereka semua faham apa yang dimaksudkan oleh aira dan itu telah menyebabkan mereka tidak mampu bersuara kerana mereka sedar yang mereka salah.

" asal senyap ? takde point dah untuk defend ego korang tu ? korang tahu tak, anak orang tengah terlantar kat bilik rawatan ? eh lupa, korang bukannya kisah pun apa yang jadi dekat anak orang, kan ? asalkan bukan korang yang kena, bolehlah santai baring macam takde buat salah apa-apa walaupun anak orang hampir mati disebabkan kem sial korang tu !"

" aira ! " kahar akhirnya bersuara dan mula berdiri .

" apa ?! "

suasana dalam bilik tersebut semakin tegang apabila kahar dan aira saling meninggikan suara.

" kau nak defend lagi kem sial tu ke ? eh kahar, kalau kau nak sanjung kitab bodoh kau tu pun, aku tak kisah la sial ! tapi jangan main dengan nyawa anak orang ! kau ingat kau tu kapla, kau hebat sangat ke sampai nak main dengan nyawa anak orang ?! "

" aira kirana ! "

" apa lagi ??! "

fahmi cuba untuk mencelah dengan berkata, " aira, pasal kem bulan madu tu, sebenarnya- "

" aku tak nak dengar la fahmi, siapa yang buat siapa . dia kapla, dia ketua. dia sepatutnya handle benda ni macam ketua, bukan join sekali buat benda bodoh macam ni ! "

" aira, aku- "

" kau pun nak defend dia ke, rin ? " tanya aira kepada zahrin sambil memandang tepat ke arah jejaka tersebut. suaranya jelas kedengaran penat.

aira melepaskan keluhan yang berat sebelum berkata, " aku datang sini nak bagi tahu satu benda je. lepas ni, jangan muncul depan aku lagi kalau korang tak nak mampus kat tangan aku. aku benci tengok muka korang. "

dengan itu, aira melangkah keluar daripada bilik tersebut tanpa menoleh ke belakang lagi, meninggalkan mereka yang di dalam bilik tersebut terpempan mendengar kata-kata aira.









++++









semua pelajar tingakatan 4 dan high council telah dipanggil ke pejabat untuk membantu siasatan tentang kem bulan madu tersebut. sebelum disoal siasat, semua pelajar yang terlibat diarahkan untuk membuat urine test.

tipulah kalau aira tidak terganggu dengan pandangan pelajar lelaki di situ namun aira rasa berterima kasih kepada fakhri kerana menjeling tajam pelajar-pelajar lelaki yang asyik memandang aira memegang bekas tersebut.

sempat aira menguntumkan senyuman kepada fakhri sebagai tanda terima kasih sebelum melangkah masuk ke dalam pejabat tersebut.

setelah melabuhkan diri di atas kerusi yang disediakan tersebut, mr.sin terus menyoal aira tanpa membuang masa lagi.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 26 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

lacuna . phcWhere stories live. Discover now