2.6

76 9 59
                                        


malam pun menjelang tiba, semua pelajar kudrat duduk dalam bulatan, mengelilingi ungun api tersebut. aira menoleh ke arah ayam yang meneguk air teh itu macam tidak ada hari esok.

" woi, dahla gila. ko dah kenapa kemaruk sangat minum benda alah tu ? " aira menepuk perlahan bahu ayam.

ayam tidak membalas, namun tangan masih meminta zahrin untuk menuang air teh ke gelasnya. aira yang melihat hanya mampu menggelengkan kepalanya sahaja.

" ko pun sama je aira. kau dah tiga gelas kan ? " fakhri melagakan bahunya ke bahu aira dengan lembut. bibirnya terukir senyuman mengusik.

" ala okay la tu daripada ayam kok kok ni. aku minum pun sebab nak tahu, rasa dia macam mana. tu je. " aira membalas sambil memutarkan bola matanya, tidak mahu mengaku.

belum sempat fakhri membalas, suara kahar telah memotong percakapannya.

" amacam semua ? santai ? " dengan senyuman sinis, kahar bertanya.

" santaiiiii ! " dengan penuh bersemangat pelajar tingakatan 4 menyahut. aira dan fakhri hanya saling berpandangan, muka jelas terpampang bosan.

" kalau santai, cantikk.. kita mulakan dengan team building sikit. " ujar kahar sambil tersenyum sinis.

" game team building ni telah diturunkan dari generasi ke genarasi. khas untuk kita main masa kem bulan madu. sesuai dengan motto kudrat yang pertama, taat. nama game yang kita bakal main ni ialah 'taat atau terajang'. "

aira tertarik setelah mendengar penjelasan kahar itu. dia menoleh ke arah fakhri dan ternyata, jejaka itu juga kelihatan tertarik dengan game yang bakal mereka main itu.

semasa mereka masih ralit mendengar penjelasan kapla mereka itu, hakeem telah mengarahkan setiap pelajar untun mengambil kertas kecil yang terdapat di dalam bekas hitam yang dipegangnya itu.

" jangan buka sampai turn korang. " sempat kahar berpesan setelah semua pelajar selesai mengambil kertas kecil tersebut.

" dalam kertas kecil tu, ada arahan-arahan yang kitaorang salin direct dari kitab high council. sampai turn korang, berdiri, baca arahan lepas tu korang boleh pilih, sama ada untuk taat atau tidak. siapa yang pilih untuk tidak taat pada arahan tersebut, mereka akan diterajang oleh partner khemah mereka sendiri. " panjang lebar kahar menjelaskan peraturan game tersebut.

" hmm, sebagai contoh, ayam. sini . " kahar memanggil ayam. dengan rasa takut, ayam bangun dengan perlahan lalu berdiri di samping kahar.

" baca arahan kau. kuat-kuat, biar semua orang dengar. " arah kahar kepada ayam.

" sebutkan satu benda yang kau tak puas hati tentang partner kau. " setelah dia membaca arahan tersebut, dia menoleh ke arah kahar.

' hm banyak sebenarnya, satu je tak cukup. tapi kalau aku sebut, ada chance tak aku keluar hidup-hidup dari hutan ni ? haduhmakk ' ayam mengomel dalam hati.

" ha, cepatlah. apa yang kau tak puas hati tentang aku ?" tanya kahar sambil memandang ayam dengan wajah yang menakutkan sehingga terkebil-kebil ayam dibuatnya.

kahar mengeluh lalu melingkarkan lengannya dibahu ayam. " okay. "

" apa yang okay-" belum sempat ayam berkata apa-apa, kahar menghentakkan lututnya ke perut ayam dengan kuat. ayam terduduk lalu mengerang kesakitan.

lacuna . phcTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang