setelah meletakkan begnya ke dalam but kereta, kahar memeluk semua rakan-rakannya. sempat dia meninggalkan pesanan kepada hakeem.
" good luck, kapla interim. " ucap kahar sambil menepuk bahu hakeem dengan senyuman yang sinis. hakeem hanya membalas dengan senyuman yang serupa dengan kaplanya.
sebelum kahar masuk ke dalam perut kereta itu, sempat dia menoleh ke belakang, seakan-akan mencari seseorang, menyebabkan zahrin menelengkan kepalanya kehairanan.
" kau ada tunggu someone ke kahar ? "
kahar tersentak mendengar soalan zahrin namun cepat-cepat dia menyembunnyikan ekspresi wajahnya dengan senyuman.
" takdelah, saja tengok belakang. mana la tahu, ada orang datang nak jumpa aku-"
" kau tunggu aira eh ? " fahmi memotong percakapan kahar dengan soalan.
kahar tidak menjawab namun keluhan berat yang dilepaskan cukup menjadi jawapan bagi soalan fahmi itu.
zahrin menepuk perlahan bahu kahar dengan senyuman simpati. dia faham perasaan kaplanya itu kerana dia juga berusaha untuk mendapatkan maaf gadis itu.
" zahrin, kalau aku nak mintak tolong kau, boleh ? " tanya kahar sambil menarik zahrin ke tempat yang sedikit jauh daripada hakeem dan fahmi.
zahrin tidak dapat menyembunyikan rasa terkejutnya apabila kahar meminta tolong darinya. " tolong apa ? "
" tolong tengokkan aira. checkkan dia selalu. kalau boleh kau jenguk dia kat bilik, just in case, you know ? " tanya kahar dengan senyuman terpaksa.
zahrin terdiam seketika sebelum matanya membuntang apabila dia sudah faham apa yang kaplanya ingin sampaikan.
" please don't tell me, kahar. it's not the one that i think, right ? " zahrin bertanya dengan cemas.
" kau rasa kenapa tangan dia selalu berbalut ? "
" shit. "
" aku tak tahu apa yang dalam kepala dia but mata dia zahrin.. sumpah macam mayat hidup. aku just takut yang.... please help me, zahrin. " rayu kahar dengan wajah yang gelisah.
zahrin melepaskan keluhan yang berat sambil mengurut pelipisnya.
' aku terlepas benda apa sampai kau jadi macam ni, aira ? kenapa sampai jadi macam ni ? '
" just call me if things got worse. please call me first , zahrin. "
zahrin menganggukkan kepalanya dengan senyuman yang nipis. " will try my best. "
kahar pun melangkah ke arah keretanya dan sekali lagi dia menoleh ke belakang, dengan harapan aira datang berjumpa dengan dirinya namun hampa apabila dia tidak melihat kelibat gadis itu.
baru sahaja dia ingin mengeluh, matanya menangkap kelibat gadis itu yang sedang melihatnya dari koridor tingkat 3.
sebaik saja mereka bertatapan mata, aira mengangkat tangannya sebelum berlalu pergi, meninggalkan kahar yang masih terkaku.
keluhan dilepaskan sebelum bibir menguntumkan senyuman lembut. " dapat tengok muka kau pun jadi la, pendek. " ucap kahar dengan perlahan sebelum memasuki perut kereta.
++++
aira melepaskan keluhan berat setelah dia melihat kereta yang dinaiki kahar berlalu pergi.
" kenapa tak turun, jumpa dia ? "
aira menoleh ke arah suara tersebut. serta-merta reaksi wajahnya bertukar dingin. kaki mula melangkah untuk pergi dari situ, meninggalkan jejaka tersebut namun lengannya ditahan.
ANDA SEDANG MEMBACA
lacuna . phc
Romance• Lacuna (noun) a blank space or missing part "are you the missing part of my heart , kirana ?"
