POV Sara
"Terima kasih sebab sudi bagi kami tumpang satu malam di sini." Eshan tersenyum manis. Syukur, dia dapat bakal keluarga mentua yang baik dan sangat memahami.
"Nanti datanglah lagi. Jangan lupa ajak Encik Halim sekali. Lama dah tak jumpa dia,"ujar Encik Mokhtar. Bila dia dapat tahu Eshan datang semalam, dialah yang paling seronok.
Seronoklah sebab geng pisang goreng dia ada dekat sini. Senang dia nak berbual malam-malam. Boleh ajak mengopi sekali.
Tapi, sayang. Eshan dengan Kak Lina tak boleh duduk di sitiu lama-lama sebab Kak Lina perlu bekerja. Jadi, mereka hanya dapat bermalam satu malam saja disitu. Lagipun, Kak Lina ada suami yang perlu dia uruskan makan minum. Tak manis pula dia nak berjauhan dengan suami lama-lama macam ni walaupun suami Kak Lina tak ada di rumah sebab kerja di laut.
"Ayah ni kalau boleh nak awak tinggal sini terus. Nasib baik dia tak suruh kita nikah esok,"kata Sara. Dia menahan senyum sambil memandang Encik Mokhtar.
"Boleh aje pakcik. Tapi, sekarang bulan puasa. Kalau nak cepat, kita boleh jalankan majlis bulan depan. Raya kedua. Okay tak?" Eshan ikut sama berloyar buruk. Macam biasalah, dia bersama sengihan dia.
Tapi, loyar buruk dia ni kadang-kadang memang serius. Kalau ikutkan idea gila Eshan, memang dia nak nikah awal. Nasib baik keluarga masing-masing dapat halang idea gila dia tu. Kalau tak, mesti orang akan fikir yang bukan-bukan.
Yalah, kahwin terburu-buru. Macam ada udang di sebalik batu. Siapa saja yang tak salah sangka?
Risau!
"Amboi.. Eloklah tu kau orang berdua ni berjodoh. Sama-sama gelojoh. Cubalah bawa bersabar sikit. Jangan risau, hanya kau aje yang gilakan adik aku ni. Kau tak ada pesaing lain,"kata Safwan.
"Eh, ingat Sara tak laku ke? Bukan setakat Eshan yang gilakan Sara, tapi anak lelaki Pak Wahid tu pun sukakan Sara sejak zaman sekolah lagi. Cuma, Sara aje yang tolak cinta dia."
Pandangan Eshan terus beralih pada Sara. "Betul ke?"
Sara menekup mulut untuk menahan tawa. Ada bau-bau orang cemburu ni.
"Betul la. Kenapa? Ingat saya tak laku ke?" Sara memeluk tubuh. Sengaja dia buka cerita lama untuk lihat reaksi Eshan. Memang betul pun kisah yang dia cerita.
Farhan, anak lelaki Pak Wahid tu memang dah lama sukakan dia. Sejak sekolah lagi, dia asyik nak dekat dengan Sara. Tapi, lepas habis sekolah.. Sara dah tak nampak dia. Dengar khabar, dia sambung belajar di luar negara untuk mendapatkan gelaran doktor pakar.
Mungkin sekarang lelaki tu pun dah ada pilihan hati yang baru. Biarlah dia teruskan kehidupan dia sebagai seorang yang bakal menjadi seorang doktor.
"Oh. Mestilah laku. Anak dara Pak Mokhtar ni cantik orangnya." Eshan pula mencebikkan bibirnya.
"Ha, tak payah nak tarik muncung tu. Jomlah kita gerak. Nanti lambat sampai KL. Pakcik, kami beransur dulu ya? Terima kasih sekali lagi.." Kak Lina mencelah. Cepat-cepat dia meminta diri sebelum Eshan buat drama lagi.
Encik Mokhtar ketawa kecil. Melayan kerenah bakal menantunya memang tak pernah bosan. Sihat atau tidak, sama aje perangainya. Suka bergurau senda. Mudah benar mereka menjadi rapat.
"Ya. Pandu dengan cermat ya?"pesan Encik Mokhtar.
"Aku pergi dulu." Eshan berkata pada Sara.
"Jangan lupa pesanan aku. Dengar cakap ayah dan abang kau. Jaga diri baik-baik. Jangan sampai demam lagi. Faham?"
"Baik, Encik Eshan Hadid. Saya mengerti." Bibir Sara terukir senyuman. Bahagia apabila kekasih hati mengambil berat tentang diri dia. Rasa dihargai sungguh.
YOU ARE READING
Aku Pengantinnya
RomanceDia memang bukan lelaki yang romantik seperti Romeo. Dia kasar dan pandangannya matanya juga dingin sedingin ais batu. Itulah dia Eshan Hadid. Namun, setelah pertemuannya dengan Sara selepas mereka bertemu dalam dua tragedi membuatkan pandangan Esha...