Bab 28

26 0 0
                                    

MATA dia berterusan merenung beberapa keping gambar yang diberi oleh abahnya. Otaknya pula ligat berfikir dan berusaha keras untuk mencerna punca sebenar Mukhriz melakukan semua ini kepada keluarga dia.

Bingung. Adakah dia ada buat apa-apa kesalahan kepada Mukhriz ada masa lalu sehingga Mukhriz menyimpan satu perasaan dendam kepada dia sekeluarga? Kalau bukan dia, takkanlah abah dia pula yang menimbulkan dendam di dalam diri Mukhriz? Atas sebab apa?

Eshan meraup wajah dan menguak rambutnya. Walaupun biliknya sejuk dengan penghawa dingin, namun keringat tetap membasahi kepalanya.

"Mukhriz.. Mukhriz. Kenapa dengan kau sebenarnya? Takkanlah kau marah dengan abah aku hanya disebabkan abah aku putuskan hubungan dia dengan mama kau? Abah aku pun baru tahu kau anak perempuan tu," gumam Eshan sendirian di dalam bilik. Sehingga sekarang, dia masih terkejut dengan kenyataan yang Mukhriz, iaitu kawan sebiliknya di kampus dulu kini menyimpan dendam kepada dia sekeluarga.

Memang dia tak jangka langsung. Pada dia, Mukhriz seorang kawan yang baik. Selalu menolong dia sewaktu dia berada di dalam kesusahan. Tak ada apa-apa yang mencurigakan langsung pada diri Mukhriz.

Bila Eshan mendengar berita mengenai Mukhriz, sungguh dia terkejut. Memang susahlah nak percaya. Tapi, bukti pun dah ada. Cik Jiha sendiri yang bagi bukti tu semua. Nak nafikan apa lagi selain akur dengan kenyataan sebenar?

Eshan beristighfar. Dia melabuhkan punggung di atas katil dan mengusap belakang tengkuknya untuk meredakan rasa ketegangan yang ada dalam diri dia. Rasa bersalah pula pada isteri dia kerana sudah mengherdik dan meninggi suara. Dia terlalu mengikut perasaan yang marah sehingga meminggirkan perasaan isteri sendiri.

Eshan menghela nafas berat. Apa nak jadi ni?

Bunyi notifikasi dari telefon mengalihkan perhatian Eshan. Skrin telefonnya menyala dan nama Sara tertera pada skrin telefon menunjukkan mesej yang dihantar beberapa saat yang lalu.

Abang, saya keluar pergi kedai sekejap dengan Kak Lina. Kami nak beli barang masak untuk makan malam nanti. Kalau ada apa-apa, telefon ya? I love you.

- Sara.

Bibir Eshan terus terukir senyuman. Rasa marahnya terus reda dalam sekelip mata selepas melihat pesanan isterinya. Rasa 'panas' dalam hati tadi terus bertukar menjadi 'sejuk'. Benarlah. Dia adalah api dan Sara adalah air.

"Terima kasih Sara sebab tak marahkan abang," ucapanya perlahan. Lega hati dia. Syukur, Sara bukan jenis yang cepat merajuk dan sentap, malah Sara memang seorang yang memahami diri dia.

Bagaikan terlupa dengan masalah tadi, Eshan terus meregangkan tubuhnya dan menyimpan telefon di atas meja bersebelahan dengan katil. Baju yang tersarung pada tubuhnya dibuka dan sehelai tuala mandi terus dicapai. Kemudian, kakinya melangkah masuk ke dalam bilik mandi untuk membersihkan dan menyegarkan tubuhnya yang kepenatan.

Hebatnya penangan seorang perempuan yang bernama Sara sehingga mampu membuat bara api kemarahan Eshan Hadid terpadam begitu saja.

***

"SARA terasa hati dengan Eshan?" Kak Lina bersuara. Dia berjalan seiring dengan Sara di dalam pasaraya. Tangan dia menolak troli dan kakinya diatur mengikut langkah Sara untuk memilih barang yang perlu mereka beli. Kalau ikutkan, dia tak mahu Sara ikut dia ke pasaraya memandangkan Sara dan Eshan baru pulang dari Langkawi awal pagi tadi. Tapi, Sara yang berkeras mahu mengikut dia. Jadi, dia hanya mampu akur dan membiarkan adik iparnya mengikut ke pasaraya.

"Tak adalah, kak. Sara okey aje." Sara tersenyum. Dia berhenti di bahagian sayur hijau. Kemudian, tangannya mencapai sayur bayam dan ralit memeriksa keadaan sayur tersebut.

Aku PengantinnyaWhere stories live. Discover now