Bab 30

28 0 0
                                    

KAKI yang terhincut-hincut menahan sakit sudah tidak lagi dipedulikan. Andai kakinya patah sekalipun, dia tetap akan melangkah untuk mencari isteri dia.

Eshan mengetap giginya sambil menekan loceng rumah Mukhriz. Kalau ikutkan hati dia yang sedang panas membara, memang dia sudah ceroboh masuk saja rumah Mukhriz walaupun terpaksa pecahkan pintu.

"Mukhriz, aku cakap keluar! Jangan jadi pengecut, Mukhriz!" teriak Eshan. Rahangnya bergerak-gerak dan urat mula muncul pada lehernya. Menahan amarah yang semakin menggunung. Apabila dia mendengar khabar yang isterinya dipaksa mengikuti Mukhriz, tiada lagi kesabaran untuknya.

Memang dia terus mengamuk!

Punat loceng ditekan berkali-kali dengan begitu kasar. Kalau Mukhriz tetap tidak memberi respon, dia akan pecah masuk juga. Biarlah orang nak kata apa pun!

"Kalau kau betul anak jantan, kau keluar! Kau hadap aku dulu sebelum kau libatkan bini aku, Mukhriz!" teriak Eshan lagi. Matanya memandang sekeliling kawasan rumah Mukhriz.

Sunyi sepi. Jiran-jiran pun tak berani tunjuk muka gamaknya. Mungkin takut kena tetak dengan Eshan agaknya memandangkan Eshan naik hantu bagaikan tak ada sinar untuk dia kembali 'sejuk'.

"Esh, sabar. Kita pusing dulu kawasan sini. Mungkin mereka tak ada dekat dalam rumah ni. Cuba kau fikir balik. Mungkin ada tempat lain yang mungkin Mukhriz akan pergi?" soal Safwan. Dia terus tiba di KL selepas mendengar khabar mengenai adiknya. Nasib baik dia tunggang motosikal, jadi mudah untuk dia tiba tanpa kesesakan lalu lintas.

"Kau pecah pintu pagar ni, bang. Aku dah tak boleh sabar ni. Aku tahu, dia mesti ada dekat dalam. Dia tak ada tempat nak tuju selain rumah dia sendiri. Jantan pengecut macam dia tak akan berani pergi tempat lain untuk berlindung." Mata Eshan tetap memandang rumah yang tersergam di hadapannya.

Menunggu masa untuk menerkam sekiranya Mukhriz keluar menunjuk muka.

"Kau yakin ke? Takkanlah dia nak ambil risiko untuk untuk balik ke rumah dia ni lepas culik anak orang?"

"Aku yakin, bang! Aku dah kenal dia bertahun-tahun! Dia tak ada kawan lain selain aku. Dia memang tak akan pergi tempat lain selain rumah dia sendiri. Rumah dia ni ibarat sarang dia. Aku yakin, dia bawa Sara ke sini!" ujar Eshan. Dia terus mendesak Safwan untuk memecah masuk ke dalam rumah Mukhriz.

Serba salah Safwan dibuatnya. Tak pernah dia ceroboh masuk rumah orang. Bukan itu yang diajar oleh ayahnya. Dia dididik untuk menjaga adab dengan orang lain.

Tapi, sekarang lain! Nak tak nak, terpaksalah dia kentalkan hati untuk pecahkan pintu pagar rumah Mukhriz ini demi menyelamatkan adiknya.

Pintu pagar rumah Mukhriz ditendang oleh Safwan. Beberapa kali cubaan untuk pecah masuk, akhirnya pintu pagar itu berjaya juga terbuka. Itu pun hampir buat kaki Safwan cramp. Rosak kunci mangga pintu pagar tersebut.

Ah! Biarlah!

"Nak masuk ke?" soal Safwan. Dia memandang Eshan.

"Masuk ajelah. Dah pecahkan pintu dia ni, takkan nak jadi tunggul lagi tunggu dia keluar? Takkan nak tunggu mayat adik kau terdampar dekat depan rumah ni baru kau nak ambil tindakan? Bengap." Eshan terus masuk ke dalam ruang halaman depan rumah Mukhriz.

Safwan tercengang. Punyalah sakit kaki dia tendang pintu pagar tu, akhirnya itu yang dia dapat dari Eshan?

Sabar, Safwan!

Safwan merengus dan mengikut jejak Eshan. Matanya memandang sekeliling dan mencari sesuatu yang mungkin boleh dijadikan sebagai bukti.

Eshan melihat sekeliling dan kakinya melangkah ke arah pintu masuk. Pintu masih berkunci dari dalam. Selipar dan kasut pun bersepah. Daun-daun kering pun mula bersepah di halaman rumah. Nampak sangat Cik Jiha dah lama tak balik rumah ni. Takut sangat dengan anak lelaki dia yang dah jadi buas tu.

Aku PengantinnyaWhere stories live. Discover now