Sudah sebulan berlalu. Amaya pun hanya melalui harinya seperti biasa. Pertemuannya dengan Emir pun diabiarkan lupa begitu saja.
Amaya tekun melakar projek baru yang diberikan kepadanya. Dia sudah berjaga dua hari tanpa tidur hanya untuk menyiapkan kerja ni.
Amaya menguap. Dia mencabut cermin matanya. Matanya kemudian terarah di jam.
3 pagi..
Amaya mengeluh lega. Nasib sempat. Esok merupakan tarikh untuk dia menghantar lakarannya.
"Ada masa lagi tiga jam. Tidur jelah."
Amaya berdiri. Dia melangkah ke sofa yang berada di pejabatnya. Nak balik rumah rasa malas pula. Lagipun, baju-baju dia juga turut ada di pejabat, dia cuma tinggal mandi dan tukar baju.
Amaya berbaring. Dia tertidur dengan senang.
..
"What?!" Amaya terjerit."Akak seriuslah! Maya baru je siapkan lakaran yang akak nak sampai tak tidur 2 hari. Now you nak I terbang ke kuala lumpur for another project?! Are you kidding me? Ingat Maya robot ke?" Amaya memandang bos aka kakak sepupunya dengan bengang.
"I'm sorry Maya. But akak tiada pilihan hanya Maya seorang je yang akak percaya. You dah 3 tahun kerja dengan akak so akak harapkan you. Please Maya, projek ni penting untuk syarikat akak. Only one month, Maya. Please.." Rayu Alissa
Amaya mengeluh. Dia mengurut dahinya.
"Ok fine! But lepas projek ni selesai I nak cuti panjang." Syarat Amaya.
"Boleh! Akak bagi Maya cuti sebulan. Deal?" Setuju Alissa
Amaya mengangguk malas.
"Thanks Maya! Love you!"
..
Amaya berjabat tangan dengan rakan kongsi syarikat."Baiklah dato' Harun. Saya akan pastikan projek ni dapat disiapkan seperti masa yang telah ditetapkan."
Dato' Harun tersenyum. "Saya percaya dengan syarikat kamu. Pastikan tiada sebarang masalah yang akan merugikan syarikat saya."
Amaya mengangguk beserta senyuman.
"Kalau tiada apa apa saya pergi dulu." Pamit Dato'Harun
"Baiklah dato'. Terima kasih kerana telah memilih syarikat kami untuk bekerjasama." Amaya menunduk.
Dato'Harun mengangguk sebelum melangkah pergi dengan pembantunya.
Amaya melabuhkan duduk usai Dato'Harun berlalu.
"Ahhhh! Penatnya... Rehatlah kejap."
Amaya memilih untuk tinggal lebih lama di restoran tempat mereka berbincang. Amaya bermain dengan telefonnya.
"Beri perhatian! Diminta semua pelanggan keluar secepat mungkin dari restoran ni!"
Amaya berkerut dahi. Dia masih diam di tempat duduk. Amaya hanya terkulat-kulat memerhati pelanggan-pelanggan lain melarikan diri dengan kalut.
"Weh cepatlah lari! Ada bom gila!"
Amaya terdengar salah satu dari pelanggan menjerit kepada kawannya.
Bom? Amaya terkejut. Dia mengemaskan barang-barangnya dengan laju. Dia turut berlari di kerumunan. Tapi disebabkan terlalu ramai yang berlarian Amaya dilanggar dan terjatuh.
"Auch!" Amaya mengaduh sakit. Dia memegang kakinya. Dahlah kaki dia baru sembuh dari terseliuh.
Amaya mengeluh. Dia mengutip semula barang-barangnya. Manusia-manusia yang kalut lari tanpa memikirkan orang lain sudah keluar. Tinggal dia seorang yang tinggal.
Sedang leka dia mengutip kertas-kertas yang bertaburan. Ada satu tangan turut mengutipnya.
"Ouh thank you." Amaya mengambil kertasnya tanpa memandang manusia yang menolongnya. Kemudian dia terdiri.
"Auw!" Amaya hampir terjatuh tapi satu tangan memeluk pinggangnya.
Amaya memandang jejaka yang menolongnya. Dia terkejut.
"Har?"
Emir mengeluh. Dia mengangkat Amaya.
"Eh? Apa ni?" Amaya terkejut.
"Diam. Kami tiada masa untuk tengok drama kertas bertaburan kau tu. Kang bom meletup, sia-sia mati." Dingin Emir.
Amaya terdiam.
Emir meletakkan Amaya di satu bangku.
"Tunggu sini. Lepas kerja selesai aku datang balik." Emir terus berlari masuk semula ke dalam restoran selepas memberi pesan kepada Amaya.
"Okay..."
.
.
.
Tbc
YOU ARE READING
SEPERATE LOVE ║C
Romance"𝐈 𝐬𝐭𝐢𝐥𝐥 𝐚𝐧𝐝 𝐚𝐥𝐰𝐚𝐲𝐬 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐲𝐨𝐮" 𝐄𝐦𝐢𝐫 𝐇𝐚𝐫𝐢𝐭𝐡 𝖋𝖙 𝐀𝐦𝐚𝐲𝐚 𝐕𝐞𝐫𝐞𝐧𝐚 -𝐈𝐟 𝐭𝐰𝐨 𝐩𝐞𝐨𝐩𝐥𝐞 𝐚𝐫𝐞 𝐦𝐞𝐚𝐧𝐭 𝐭𝐨 𝐛𝐞 𝐭𝐨𝐠𝐞𝐭𝐡𝐞𝐫, 𝐭𝐡𝐞𝐲 𝐰𝐢𝐥𝐥 𝐞𝐯𝐞𝐧𝐭𝐮𝐚𝐥𝐥𝐲 𝐟𝐢𝐧𝐝 𝐭𝐡𝐞𝐢𝐫 𝐰𝐚𝐲 𝐛𝐚𝐜𝐤...