𝐂37│𝐇𝐚𝐫𝐢𝐭𝐡 𝖋𝖙 𝐕𝐞𝐫𝐞𝐧𝐚

1.6K 66 0
                                    

"I'm done" Amaya bangun dari duduk. Semua memandangnya.

"Maya nak keluar kejap. Nanti Maya ambil Iqi." Ujar Amaya.

Dia menghampiri Amyqi dan mencium dahi Amyqi.

"Mummy ada hal kejap. Iqi duduk dengan paksu, paklong and tok ma ok?"

"Ok!"

"Good boy" Amaya mengusap rambut Amyqi sebelum dia mencapai begnya dan keluar dari rumah.

Mereka semua saling berpandangan. Amzar memandang Elisa. Elisa yang faham maksud pandangan Amzar terus tersenyum.

"Iqi, sayang jom ikut mama Elis. Kita pergi main toys ok?" Elisa mengangkat anak perempuannya yang berumur 2 tahun.

"Ok!" Amyqi turun dari kerusi dibantu Amirul. Dia memimpin tangan Elisa.

Usai mereka bertiga berlalu Amila memulakan bicara.

"Mama kesiankan Maya. Kenapa kita tak beritahu je dia tentang Emir?" Amila mengeluarkan pendapatnya.

Amirul mengangguk. "Betul tu. Sekurangnya kita bagitahu je la tentang abang Emir. Nanti dia fikir apa pula."

Amzar mengeluh. "Am pun fikir macam tu. Tapi Ahnaf dah suruh rahsiakan sementara mereka masih mencari keberadaan Emir"

"But dah 4 tahun abang. 4 tahun bukan sekejap tau! Kesian akak. Sudah lah dia hilang ingatan. Bangun je dari koma dapat tahu yang dia mengandung tapi suami pula takde. Entah macam mana lah perasaan Akak masa tu." Keluh Amirul.

Amila mengangguk. "Betul tu. Tadi pun Maya dah luah perasaan dia. Dan mama rasa ada betul juga. Kita kena fikir tentang masa depan Iqi. Lagi 2 tahun dia akan bersekolah. Kalau masa tu Emir masih tak dijumpai dan Iqi tengok kawan-kawan dia ada ayah macam mana perasaan dia? Mesti dia akan bertanya kepada Maya. Habis Maya nak jawab apa? Dia pun tak ingat siapa suami dia."

Amzar mengangguk setuju. "Nanti Am cuba bincang dengan Ahnaf."

Amirul memandang Amzar. "Bang, kau rasa abang Emir masih hidup ke?"

Puk!

"Aduh!" Amirul memandang Amila.

"Apa cakap macam tu?" Amila memandang Amirul tajam.

"Entah kau ni! Jangan fikir bukan-bukan. Abang yakin Emir masih hidup."

"Kalau dia hidup, mana dia? Hilang ingatan juga ke sampai tak ingat bini?" Cebik Amirul.

"Mulut tu mama cili juga kang!"

Amirul mengemam mulutnya.

"Abang pun peliklah. Tak kan 4 tahun langsung tak jumpa jejak dia. Plus, takkan Emir tu bodoh sangat? Kalau dia sedar mesti dia akan cuba sedaya upaya untuk meminta pertolongan. Takkan dia hanya berdiam diri je? Emir bukan macam tu." Hairan Amzar.

"Bang, aku rasa kan, abang Emir dah masuk alam bunian lah...." Bisik Amirul.

Amzar memejam matanya. Rasa nak je dia tendang budak ni.

Amila menarik telinga Amirul. "Kamu ni bodoh ke?"

"Aaaaa! Ma sakit ma!" Amirul memegang tangan Amila.

Amzar bangun dari duduknya. Dia meninggalkan mereka berdua dengan selamba.

"Abang! Help me lah!" Jerit Amirul.

Amzar mengangkat kedua tangannya separah bahu.

"Not my problem"
.

Amaya keluar dari keretanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

.
Amaya keluar dari keretanya. Dia memandang pantai di hadapannya. Katakan saja dia gila pergi keluar malam-malam hanya kerana ingin melihat pantai yang tentu suasananya suram dengan sedikit pengunjung.

Amaya tersenyum. Dia mendudukkan diri di satu bangku. Amaya memejam matanya dan menarik nafas panjang. Dia menghembuskannya dengan tenang.

Amaya mencelikkan matanya. Angin yang kuat menerbangkan rambut panjangnya. Laju Amaya menyentuh sisi dahinya.

Senyumannya pudar. Garisan parut yang tidak terlalu panjang tapi terlalu jelas. Dia menutupinya dengan poni yang dia sangat benci sejak kecil kerana merimaskan. Tapi parut ini menyebabkan dia terpaksa menerimanya.

Amaya mengeluh. Dia membetulkan rambutnya dan menutup parut.

Usai kemalangan yang membuat dia hilang semua memori, banyak parut yang menyinggah di tubuhnya. Yang buat dia hilang keyakinan. Parut yang merosak keindahan tubuhnya. Memikirkannya saja sudah membuatkan Amaya benci dengan kehidupannya yang malang.

Dia langsung tak mengingati memori-memori yang dia hadapi sebelum kemalangan. Jika keluarganya dan Tania tidak selalu ada dengannya pasti dia sudah bunuh diri.

Sedar je dari koma, langsung dia tidak ingat wajah-wajah asing yang gembira melihatnya sedar. Ditambah lagi bila dia mengetahui tentang kandungannya. Dia rasa seperti telah jatuh ke dalam gaung yang dalam dan gelap.

Kosong dan sepi.

Itu yang dirasainya.

Langsung tidak mengetahui tujuan hidupnya.

Apa yang dia inginkan hanyalah....

Menghilang dari dunia.

Tapi dia tidak boleh kerana dia ada seseorang yang perlukan kehadirannya. Dia perlu hidup, biarlah dia merana asalkan cahayanya gembira. Kerana cahaya itu yang mencerahkan hidupnya yang gelap.

Amyqi Haydir...

Budak kecil yang langsung tidak bersalah tapi muncul di kehidupannya yang dia sendiri masih keliru.

Dia ibu yang paling tak guna. Amyqi patut dapat yang lebih baik dari dia. Tapi kenapa dia? Kenapa mesti dia yang dipilih?

Amaya memejam kembali matanya.

"Amyqi Haydir. I'm sorry. I'm not good enough for you..." Air matanya menitik.
.
.
.

Tbc

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tbc

SEPERATE LOVE ║CWhere stories live. Discover now