"Akak! Maya minta cuti seminggu! Urgent!" Jerit Amaya tanpa memberi Salam.
"Eh apa-"
Amaya mematikan panggilan sebelum sempat Alissa membalas.
Dia tersenyum senget. "Siapa cakap aku perlu masa untuk fikir? Hei perasaan aku dah jelas sejak dulu lagi la!"
"Tengok lah nanti. Kau pasti terkejut punya! Hehe..."
..
Emir termenung. Sudah 5 hari berlalu. Dan 5 hari dia tak jumpa Amaya. Rindu? Semestinya.Dia pun ingin tahu apa yang dilakukan Amaya. Selama 5 hari langsung tiada kabar darinya.
Emir mengeluh. Kau juga yang suruh dia tak jumpa kau. Sekarang padan la muka!
Ding dong!
Emir bangun. Dia pergi ke pintu rumahnya. Siapa la datang malam-malam ni. Emir membuka pintu. Dia berkerut dahi melihat lelaki dihadapannya.
"Encik Emir Harith?"
Emir mengangguk walaupun dia hairan.
"Ini ada bunga untuk encik. Sila sign dekat sini." Lelaki itu memberikan pen kepada Emir.
Emir mengambilnya. Dia melakukan apa yang di suruh lelaki dihadapannya. Usai selesai lelaki itu memberikan bunga baby breath kepadanya.
"Oh. Terima kasih." Emir mengambilnya.
Lelaki itu menunduk sebelum pergi.
Emir menutup pintu. Dia memandang pelik bunga di tangannya.
"Siapa pula bagi bunga dekat aku ni?" Dia terlihat satu kad.
Emir mengambil dan membacanya.
Hai Har! Kalau awak nak tahu jawapan saya untuk soalan awak haritu sila datang ke📍***. Jangan lambat. Saya hanya berikan masa 30 minit. Kalau awak tak datang kita dah tak kan jumpa lagi.
-Rena
Emir meletakkan bunga di sofa. Kemudian dia berlari ke biliknya dan menukar pakaian.
.
YOU ARE READING
SEPERATE LOVE ║C
Romans"𝐈 𝐬𝐭𝐢𝐥𝐥 𝐚𝐧𝐝 𝐚𝐥𝐰𝐚𝐲𝐬 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐲𝐨𝐮" 𝐄𝐦𝐢𝐫 𝐇𝐚𝐫𝐢𝐭𝐡 𝖋𝖙 𝐀𝐦𝐚𝐲𝐚 𝐕𝐞𝐫𝐞𝐧𝐚 -𝐈𝐟 𝐭𝐰𝐨 𝐩𝐞𝐨𝐩𝐥𝐞 𝐚𝐫𝐞 𝐦𝐞𝐚𝐧𝐭 𝐭𝐨 𝐛𝐞 𝐭𝐨𝐠𝐞𝐭𝐡𝐞𝐫, 𝐭𝐡𝐞𝐲 𝐰𝐢𝐥𝐥 𝐞𝐯𝐞𝐧𝐭𝐮𝐚𝐥𝐥𝐲 𝐟𝐢𝐧𝐝 𝐭𝐡𝐞𝐢𝐫 𝐰𝐚𝐲 𝐛𝐚𝐜𝐤...