C36│𝐇𝐚𝐫𝐢𝐭𝐡 𝖋𝖙 𝐕𝐞𝐫𝐞𝐧𝐚

1.6K 68 1
                                    

4 tahun kemudian

Amaya mencelikkan matanya. Dia memandang kosong siling biliknya.

4 tahun....

4 tahun dia hidup dengan keliru. 4 tahun dia mencari kehidupannya yang sebenar. 4 tahun dia tersiksa. Tapi untung dengan kehadiran seseorang dia mampu bertahan hingga ke tahap ini.

"Mummy!" Si kecil menepuk pipi Amaya lembut.

Amaya berpaling. Dia tersenyum. Amaya bangun dan mengangkat si cilik comel itu.

"Hi my dear son. How are you?"

"I'm good! How about you mummy?" Soal Amyqi.

"Ermmm.. Maybe good?" Amaya tersenyum.

"Where is my kiss Amyqi Hardiy?" Soal Amaya serius.

"Oops!" Amyqi menutup mulutnya dengan tangan.

"Cowy mummy. Iqi lupa." Amyqi memuncungkan mulutnya dan mencium pipi Amaya.

Amaya tersenyum lebar. Dia membalas dengan mencium dahi Amyqi.

Amaya membuka lebar tangannya. "Come"

Amyqi masuk kedalam pelukan ibunya.

Amaya termenung. Dia mengusap rambut Amyqi. Sejujurnya dia masih keliru dengan kehadiran Amyqi. Dia percaya yang Amyqi anaknya pun kerana dia sendiri yang melahirkannya.

Tapi kalau budak ni anaknya mana bapanya? Dia tahu dia sudah berkahwin, gambar perkahwinan pun dia sudah lihat. Tapi kemana suaminya? Bila ditanya ke ahli keluarganya, mereka semua hanya diam dan lebih memilih untuk mengelak. Tania pun begitu, takkan dia janda?

Kalau janda, berpisah ke meninggal?

Kenapa semua mengelak bila ditanya perihal ayah kepada Amyqi? Kenapa mereka harus berahsia? Kenapa dia tidak tahu menahu tentang lelaki itu? Kenapa dia langsung tak ingat?

Siapa sebenarnya awak? Walau saya tak kenal saya mohon awak berjumpa dengan saya. Jangan gantung saya tidak bertali. Dengan kehadiran Amyqi.....

Amaya memandang Amyqi yang tertidur.

saya tak yakin Iqi takkan tanya langsung tentang awak. Bila sampai masanya, apa yang saya akan balas? Saya pun langsung tak ingat tentang awak...

Amaya memejamkan matanya. "Please... Siapa pun awak.... Please jangan biar saya hidup dengan kekeliruan. Tolong jangan biar Amyqi membesar tanpa sosok ayah.... Please..."

Air matanya mengalir... "Tolonglah munculkan diri..."
.

 "Paksuuuu!!" Amyqi berlari masuk kedalam pelukan Amirul

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

.
"Paksuuuu!!" Amyqi berlari masuk kedalam pelukan Amirul.

Amirul mengangkat Amyqi. "Iqiii! Paksu rindu awak!" Amirul mencium pipi Amyqi bertalu-talu.

"Ish paksu! Tak mau! Mummyyy!" Rengek Amyqi.

"Don't do that Amirul." Larang Amaya yang baru masuk.

Amirul tersengih. Dia menurunkan Amyqi. Amyqi terus berlari ke sofa.

Amirul menghampiri Amaya. Dia menyalam tangan Amaya.

"Datang juga kau, kak. Ingat nak bagi alasan lagi macam yang kau buat tahun-tahun lepas." Perli Amirul.

Amaya menjeling Amirul. "Anak aku yang rindu korang semua. Nak tak nak kena datang juga."

Amaya berjalan masuk ke dapur diekori Amirul.

"Mana abang dengan kak Elis?" Tanya Amaya apabila dia tidak melihat kelibat abang dan kakak iparnya.

"Jalan jem. Kejap lagi sampailah kut." Amirul membuka peti ais. Dia mengambil aiskrim, baru dia ingin keluarkan tapi terhenti apabila teringat sesuatu. Dia memandang Amaya dan senyap-senyap menyorokkan aiskrim. Dia menutup peti ais dan berjalan secara mengundur.

"Jangan ingat akak tak perasan, Amirul Veren" datar Amaya tanpa memandang Amirul. Dia tenang meminum air.

Amirul tersengih. "Ala kak, sekali sekala Iqi makan aiskim. Kesian dia aku tengok kau larang dia makan aiskrim."

Amaya memusingkan badannya. Dia memandang Amirul kosong sambil menyandar di kabinet. Dia meneguk air tin cola.

"Only for this time."

"Yes!" Amirul tersenyum. Dia terus berlari menghampiri Amyqi.

"Iqi! Paksu bought you an ice cream!"

Amaya tersenyum nipis. "Sekurangnya dia ada paksu."

"Mama ingat kan kamu taknak datang lagi." Sampuk Amila.

Amaya berpaling. Dia membuang tin kedalam tong sampah.

"Iqi rindu nak balik. Dia yang merayu nak balik sini."

Amila tersenyum. Dia memandang Amaya dan mengeluh.

"Maya masih terasa lagi ke?"

Terhenti perbuatan Amaya. Dia memandang air yang mengalir dari paip.

"No. Tak terasa pun but Maya just kecewa. I'm okay kalau korang taknak bagitahu langsung tentang dia. Tapi Amyqi." Amaya menutup paip air dan mengesat tangannya.

"Maya taknak dia membesar tanpa tahu asal usul dia. Macam mana dia bila besar nanti? Mesti dia tertanya-tanya tentang daddy dia. Maya taknak dia anggap diri dia anak luar nikah sebab ibu dia sendiri pun tak tahu menahu tentang daddy dia. Amaya tak kisah siapa pun dia, tapi tolonglah, jangan buat Amyqi hidup macam tu. Amaya tak sanggup tengok anak Maya sedih lihat budak-budak lain bergembira dengan sosok seorang ayah."

Amaya memusingkan tubuhnya. Dia memandang ke hadapan dimana Amyqi sedang bergurau dengan Amirul.

"Sebab Maya tahu sakit dia macam mana bila orang lain yang seumur kita dapat rasa kasih sayang seorang ayah tapi hanya kita tak. Cuma mampu memandang kebahagian yang kita langsung tak dapat merasai."

Amila terdiam. Dia memandang kepergian Amaya dengan sedih.

Amaya dah berubah....
.
.
.

Tbc

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tbc

SEPERATE LOVE ║CWhere stories live. Discover now