Emir menghulurkan satu botol air kepada Amaya. Amaya memandang Emir.
"Ambil."
"Ouh!" Amaya mengambilnya. Emir duduk di sebelah Amaya
"Kau, kaki baru baik dapat sekali lagi. Lain kali hati-hatilah sikit." Dingin Emir.
"Mana saya boleh jangka bila saya nak tercedera." Pelan Amaya.
Emir hanya diam tidak membalas. Amaya turut diam. Dia meminum air yang diberi Emir.
"Kenapa kau boleh ada dekat sini? Bukan kau kerja dekat Johor ke?"
"Kerjalah. Ada projek baru. Saya yang kena handle." Jelas Amaya.
Emir mengangguk. Suasana kembali sunyi.
Amaya mengenggam tangannya gugup. Nak tanya ke taknak? Alah tanya jelah!
"How was your life?"
Emir memandang Amaya dengan pandangan yang sukar ditafsir. Lama dia pandang wajah Amaya sampai Amaya terpaksa berpaling arah lain kerana tak tahan dengan pandangan tajam Emir.
"Biasa." Emir berpaling semula ke depan.
Amaya memandang Emir pelik.
"Apa maksud awak dengan biasa?"
"Biasa.. Kerja kerja kerja. Tiada yang istimewa." Datar Emir.
"Ouh so awak ni tiada pasangan lah?"
Zupp!
Amaya berdebar bila Emir memandangnya lama buat sekali lagi. Susah ke soalan dia tadi?
"Err... Awak jangan salah faham. Saya tanya sebab awak cakap awak hanya kerja-kerja-kerja. Tiada maksud lain." Jelas Amaya.
"Aku tak cakap apa apa pun." Selamba Emir.
"Ouh.." Singkat Amaya.
"Kau jangan risau."
Emir berdiri. "Jom aku hantar kau"
Amaya masih duduk. "Jangan risau apa?"
"Tiada apa. Cepatlah. Aku ada kerja lepas ni. " Emir berjalan mendahului Amaya.
"Ow." Amaya berdiri. Dia mengikuti Emir.
..
Kereta Audi Emir berhenti di hadapan satu hotel.Amaya mengambil barang-barangnya. Dia membuka pintu kereta dan keluar dari kereta. Dia menutup pula pintu kereta, baru sahaja dia ingin melangkah Amaya teringat yang dia belum mengucapkan terima kasih.
Amaya mengetuk tingkap kereta. Emir membuka tingkap.
Emir memandang Amaya.
"Terima kasih." Amaya tersenyum.
Emir mengangguk.
Amaya berpaling. Dia melangkah.
"Rena!"
Amaya berhenti. Dia berpaling. "Ye?"
"Kau jangan risau. Even though 9 years have passed, I still love you"
Usai berkata, kereta Emir terus meluncur.
Amaya kaku berdiri.
"W-what?"
..
Emir mengelap rambutnya yang basah. Dia tersenyum kecil bila teringat kejadian petang tadi."Still cute"
"Bro!" Eriq menerjah masuk ke dalam bilik abang sepupunya.
Emir menjeling Eriq. "Berapa kali aku pesan? Ketuk dulu baru masuk hanat!"
Eriq tersengih. Dia menghempaskan tubuhnya selamba di katil Emir.
"Kenapa kau?"
"Kau jumpa dia eh?"
"Siapa?" Pelik Emir.
"Rena kau lah."
Emir memandang Eriq. "Macam mana kau tahu?"
"Kawan aku bagitahu. Kau singgah hospital dia. Mesti dia bagitahu aku. Lagi-lagi kau datang dengan perempuan."
"But macam mana kau tahu 'perempuan' tu Rena?"
"Dia cakap mata perempuan tu warna coklat. So aku just teka je." Terang Eriq.
Emir diam.
"Apa cita kau dengan dia? Jangan kata kau get back pula." Eriq memandang Emir...
"Apa salahnya kalau aku get back dengan dia?"
"Memanglah tak salah. Tapi kau jangan lupa pula apa yang dia dah buat dekat kau dulu. Masa dia minta putus ada dia berbincang dengan kau? Ada dia bagi kau peluang? Kau sanggup balik johor walaupun cuti sehari sebab nak jumpa dia, tapi ada jumpa kau? Kau sampai bermandi hujan sebab nak jumpa dia. Ada dia kisah? Padahal bukannya kau curang pun. Alasan, tak tahan hubungan jarak jauh. Kepala dia! Padahal dia dah tahu kau akan ke kl sebab kerja. Sebelum korang couple lagi kau bagitahu dia yang kau akan ke kl. Tapi dia cakap tak kisahlah apa lah. Habis hari tu apa?! Bodoh je otak!" Bengang Eriq.
"Bahasa kau! Jangan nak kutuk dia macam macam. Dia baru 17 masa tu. Biasalah. Salah aku juga tak beri dia perhatian mana." Emir tetap pertahankan Amaya.
Eriq berdecit. "Suka hati kau lah! Malas aku!" Eriq keluar dari bilik Emir.
Emir hanya diam. Dia mengambil telefonnya. Dia melihat lock screen yang diletak gambar Amaya.
Emir mengeluh. Memang dia sakit hati dengan tindakan Amaya yang melulu. Tapi dia tahu Amaya juga merasakan hari yang sulit semasa ketiadaannya.
.
.
.
Tbc
YOU ARE READING
SEPERATE LOVE ║C
Romance"𝐈 𝐬𝐭𝐢𝐥𝐥 𝐚𝐧𝐝 𝐚𝐥𝐰𝐚𝐲𝐬 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐲𝐨𝐮" 𝐄𝐦𝐢𝐫 𝐇𝐚𝐫𝐢𝐭𝐡 𝖋𝖙 𝐀𝐦𝐚𝐲𝐚 𝐕𝐞𝐫𝐞𝐧𝐚 -𝐈𝐟 𝐭𝐰𝐨 𝐩𝐞𝐨𝐩𝐥𝐞 𝐚𝐫𝐞 𝐦𝐞𝐚𝐧𝐭 𝐭𝐨 𝐛𝐞 𝐭𝐨𝐠𝐞𝐭𝐡𝐞𝐫, 𝐭𝐡𝐞𝐲 𝐰𝐢𝐥𝐥 𝐞𝐯𝐞𝐧𝐭𝐮𝐚𝐥𝐥𝐲 𝐟𝐢𝐧𝐝 𝐭𝐡𝐞𝐢𝐫 𝐰𝐚𝐲 𝐛𝐚𝐜𝐤...