𝐂8│𝐇𝐚𝐫𝐢𝐭𝐡 𝖋𝖙 𝐕𝐞𝐫𝐞𝐧𝐚

2.1K 91 1
                                    

Pang!

Amaya memegang pipinya yang baru ditampar.

Amila menarik Venis menjauhi Amaya. Venis menepis tangan Amila.

"Kau jangan tak sedar dirilah! Pandai kau cakap bukan salah kau! Miya mati sebab kau lah bodoh! Dia mati sebab kau hidup! Kau yang patutnya mati bukan Miya! Anak aku!" Tengking Venis.

"Venis!"

Amaya tergelak. Dia memandang Venis dengan air mata mengalir.

"Anak you? Habis I ni siapa?! I pun anak you! Kembar Amiya! Dia mati bukan sebab I! Tapi sebab you all!"

Amila terkedu.

"You yang pilih untuk selamatkan I! Doctor yang suruh pilih antara I dan Miya! Dan you pilih I untuk hidup! Now kenapa nak salahkan I?! Kenapa tiba-tiba letakkan semua kesalahan dekat I?!" Soal Amaya emosi.

"Sebab you baru tahu yang Amiya lebih berguna dari I kan?! Sebab you tahu atuk akan wariskan syaarikat dia dekat anak sulung sahaja kan?! Sebab dia anak sulung kan?! Kan?!" Tengking Amaya.

"Ye! Memang sebab harta! Kalau aku tahu kau tak berguna langsung aku akan pilih Miya untuk hidup. Bukannya kau!" Luah Venis tak berperasaan.

"Dan aku kahwin dengan mama kau pun sebab harta bapak dia! Bukan sebab dia! Hahahaha! Tak sangka korang bodoh percayakan aku!" Venis tergelak.

Amila terkedu. Dia memandang Venis tak percaya.

"ENOUGH!! I tak sangka you sebusuk ni! You jangan harap akan dapat sesen pun harta dari atuk I! I takkan benarkan!" Marah Amaya.

Venis memandang Amaya sinis. "Kau? Apa kuasa kau? Kau lupa ke? Atuk kau sendiri cakap yang setiap menantu dia akan dapat harta dia. Jadi kau siapa untuk masuk campur?"

"Aku cucu dialah setan!! Kau tu orang luar! Sedar diri lah orang tua! Kau tunggu! Kau jangan ingat aku tak tahu apa yang kau buat dibelakang kami!" Ugut Amaya.

Venis memandang tanpa gentar."apa yang aku buat?"

"Jangan tunjuk muka tak bersalah kau lepas bunuh orang. Jijik tahu tak!" Sinis Amaya.

Venis terdiam. Dia mengepal penumbuknya.

"Bu-bunuh? Apa maksud kamu?" Amila memandang Amaya.

Amaya tersenyum sinis. "Nanti mama akan tahu. Maya cuma nak mama tahu yang suami mama ni sebenarnya syaitan terlepas. Maybe dia ingat dia boleh terlepas dari polis. Tapi tidak dengan Maya. Maya balik dulu. Jaga Mirul baik-baik."

Amaya terus keluar tanpa melarang Amila yang berterusan menyoal Venis.

Amirul memandang benci bapanya. "You're to much!"
.

 Amaya keluar dari keretanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

.
Amaya keluar dari keretanya. Dia duduk di salah satu bangku di tasik yang selalu dia pergi ketika ada masalah.

Amaya memandang bulan. Air matanya perlahan menitis. Dekat mana dia nak cari bukti? Kerja Venis terlalu clean. Dah bertahun-tahun dia mengupah orang untuk mencari bukti kerja kotor bapanya. Tapi langsung tak membuah hasil..

"Hiks..."

Amaya kalah. Setelah sekian lama dia tunjuk dirinya kuat akhirnya kalah juga. Amaya sudah tidak mampu untuk menahan segala keperitan yang dia lalui.

Penat....

Ya dia penat dengan kehidupannya. Lantas itu dia menyibukkan diri dengan kerja untuk melupakan masalah yang menggunung.

Satu tangan yang menghulurkan tisu muncul di depannya. Amaya berkerut dahi. Dia memandang gerangan yang menghulurkan tisu.

Membulat mata Amaya. Laju dia mengambil tisu dan mengelap air matanya.

Amaya memandang gerangan dihadapannya. "Bila awak balik Har?"

Emir duduk bersebelahan dengan Amaya. "Semalam"

"Ouh... Bercuti?"

Emir menggeleng.

"Habis-"

"Diam Rena. Just cry." Datar Emir.

Amaya tergelak janggal. "Apa maksud awak? Siapa nangis?"

Emir memandang Amaya kosong. "Kau nak tipu budak kecil boleh lah."

Amaya tersenyum nipis. Dia kembali memandang bulan.

Emir beralih duduk di bangku belakang Amaya. Hanya terhalang oleh meja.

Amaya kembali menangis. "Hiks..."

Emir hanya diam mendengar tangisan Amaya. Walaupun dia tak tahu apa masalah yang dihadapi Amaya tapi dia tak berniat untuk bertanya. Jika Amaya ingin berkongsi dia sedia mendengar.

"Just one look into your eyes and I knew
I was gonna spend my life with you" suara merdu Emir kedengaran.

Amaya terdiam. This song...

" I promise I'm yours" nyanyi Emir.

"Always and forever"

Amaya tergelak kecil. Lagu yang selalu dinyayikan Emir.

Emir tersenyum. "Through the good and the bad"

"For worse or for better" Amaya mengelap air matanya.

"For the rest of my days" Amaya berpaling menghadap Emir. Dia kaku.

"I promise I'll love you" Emir sudah memandang Amaya.

"Forever and ever and always..." Emir tersenyum.

Amaya tenggelam dalam pandangan mata Emir.

Emir mengusap pipi Amaya. "Stop crying. You hurt me, princess"
.
.
.

Tbc

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tbc

SEPERATE LOVE ║CWhere stories live. Discover now