𝐂39│𝐇𝐚𝐫𝐢𝐭𝐡 𝖋𝖙 𝐕𝐞𝐫𝐞𝐧𝐚

1.6K 60 0
                                    

Seorang lelaki berhoodie masuk ke dalam cafe. Dia melihat sekeliling seperti mencari seseorang.

"Emir!"

Emir berpaling. Selepas melihat kelibat yang dikenalinya, dia terus pergi ke arah sana.

Emir melabuhkan duduk. "Kenapa kau nak jumpa aku?"

Ahnaf mengusap lehernya. Matanya terarah ke belakang Emir. Dia tersengih kekok.

Emir pelik. Dia melihat arah pandangan Ahnaf.

"A-abang..." Emir terkedu.

Amzar memandang Emir dengan tajam. Dia melabuhkan duduk di sebelah Emir.

"Apa yang kau cuba buat sebenarnya Emir?" Keras nada suara Amzar.

Emir diam.

Ahnaf merasa canggung berada di hadapan mereka berdua.

"Err...korang berbincanglah. Aku duduk dekat meja lain." Ahnaf mempamit diri sebelum duduk di meja lain.

"Kenapa kau lari? Kenapa kau suka lari dari masalah?" Tegas Amzar.

Emir mengeluh. "Kalau aku jumpa dia. Abang ingat dia akan ingat aku?"

"Maya tak kisahlah! Walaupun dia tak ingat kau tapi dia takkan layan kau dengan teruk. Dia lebih berharap kau pulang dari mengelak macam pengecut!" Tempelak Amzar.

Emir tergelak sinis. "Abang yakin? Dengan penampilan aku yang macam ni?"

Muncul kerutan di dahi Amzar. "Apa maksud kau?"

Emir menarik hoodie-nya dari menutup separuh mukanya. Dia turut mencabut mask di mulutnya.

Amzar terkedu.

Emir tersenyum nipis. "Abang yakin ke dia takkan takut dengan aku? Lepas dia tengok parut yang penuh dekat muka aku?"

Amzar terdiam.

Emir menarik nafasnya panjang. "Aku bukan pengecut macam yang abang cakap. Aku dah berjumpa dengan dia. And yes, dia nampak takut dengan aku. Aku tahu dia ada trauma masa kecil yang melibatkan daddy dia. Aku tahu dia pernah kena dera dengan daddy dia. Aku buat semua ni sebab taknak dia teringatkan kenangan buruk dia masa kecil. Aku taknak dia tersakiti lagi..."

Emir memakai semula mask dan hoodie menutup seluruh mukanya. Dia berdiri dan memandang Amzar yang masih terkaku.

"Aku pernah tengok macam mana dia sengsara dengan kehidupan dia."
.

 Seorang gadis berdiri di tingkat paling atas gedung sekolahnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

.
Seorang gadis berdiri di tingkat paling atas gedung sekolahnya. Dia menarik nafas dan melihat ke bawah.

Dia meneguk liurnya dan memejam mata. Dia melebarkan tangan.

"Hoi!"

Gadis itu terkejut. Dia membuka mata dan memandang ke depan. Seorang lelaki memandangnya dengan kosong.

"Kau dah cukup pahala untuk masuk syurga ke?" Soalnya selamba. Dia menyandar di pintu.

Gadis itu terkejut. "A-apa maksud awak?"

"Kau nak bunuh diri kan? Tak payahlah. Buang je niat kau. Kalau kau bunuh diri memang boleh lari dari masalah. Tapi kau tak boleh lari dengan seksaan akhirat. Dekat sana lagi menakutkan. Do Sa." Datar remaja lelaki itu.

Gadis itu tersenyum kelat. Dia menyentuh lehernya canggung.

Lelaki itu mendekatinya. Dia menghulurkan tangan.

Gadis itu berkerut dahi. "Kenapa?"

"Hold my hand. Aku akan tarik kau keluar dari sengsara kau."

Dia teragak-agak hendak menyambut tangan lelaki di hadapannya.

Lelaki itu mengeluh. Dia menarik tangan gadis itu dengan pantas.

"Arhhh!" Dia terjatuh ke dalam dakapan lelaki itu.

Lelaki itu memandangnya. "Aku Emir Harith. Kau?"

"Sa-saya.....Amaya Verena"

"Nama kau cantik macam kau. Sia-sia kau bunuh diri."

Pipi Amaya memerah.

Emir tersenyum nipis. "Aku tak tahu apa masalah kau. Tapi kau kena ingat, tuhan tidak akan mendatangkan ujian jika umatnya tidak mampu. Jadi kau kena kuat. Aku yakin kau akan jumpa 'kebahagiaan' kau nanti."
.
.
.

Tbc

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tbc

SEPERATE LOVE ║CWhere stories live. Discover now