𝐂24│𝐇𝐚𝐫𝐢𝐭𝐡 𝖋𝖙 𝐕𝐞𝐫𝐞𝐧𝐚

1.4K 58 1
                                    

Amaya memeluk tubuhnya. Dia memandang Emir. Sekarang mereka berada di luar rumah kerana taknak Amzar turut dengar.

"Kau okay?"

"Hm? Ok je kenapa?"

"Aku dengar kau nangis sampai pengsan."

Amaya mengetap bibirnya. Amirul ni! Benda macam tu pun nak cerita!

"Oh ahaha... Takde papelah." Amaya tergelak canggung.

Emir mengangguk.

"Awak nak bincang apa?"

"Actually, dengan kertas tu kita dapat detect cap jari. Apa yang aku dapat jumpa, cap cari ibu bapa kak Elis, kak Elis, kau, aku dan Anas."

"So?"

"Bukti ni memang dah cukup, kami pun memang dah nak tangkap dia tapi sekarang Anas larikan diri. Dia menghilang, kami tak dapat jumpa dia."

"What? Habis macam mana ni? How about kak Elis? Bukan ke dia dalam bahaya sekarang?" Risau Amaya.

"Jangan risau. Aku dah arahkan sekumpulan pegawai polis awasi keluarga kak Elis. Mereka dalam pemerhatian kami. Aku cuma risaukan keselamatan kau."

"Hah saya? Kenapa saya pula?" Hairan Amaya.

"Dia tahu kau yang bongkarkan semua ni. Sekarang dia tengah incar kau. Dia tunggu masa je nak serang kau." Emir mengeluh.

"H-hah?" Amaya meneguk air liurnya.

Emir menggenggam tangan Amaya. Dia merenung tepat kedalam mata Amaya.

"Kau dengar sini. Aku minta kau duduk dalam rumah buat sementara. Jangan keluar rumah. Pasal kerja tu kau ambil cuti urgent. Ni demi keselamatan kau. Dan aku nak kau terus terang perihal kak Elis dekat abang Am." Arah Emir.

"Tapi..."

"Jangan degil Rena. Aku taknak kau terluka. Kita tak tahu perencanaan Anas. Dia tu gila. Jadi dengar cakap aku. Boleh?" Pujuk Emir.

Amaya mengeluh. Dia mengangguk.

"Good girl." Emir mengusap kepala Amaya.

"Now, masuk. Cerita dekat abang Am tentang semua. Aku kena balik balai."

"Masuk cepat. Aku akan pergi lepas kau masuk"

"O" Amaya memasuki rumah.
.

 "Kenapa Maya buat benda membahayakan diri?!" Marah Amzar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

.
"Kenapa Maya buat benda membahayakan diri?!" Marah Amzar.

"Maya buat untuk abang.." Amaya menunduk takut.

"Apa guna kalau sekarang Maya dalam bahaya?! Abang tak kesah kalau Elis tak ingat abang! Tapi abang kesah bila orang yang abang sayang dalam bahaya! Sekarang Maya dan Elis dalam bahaya! Kenapa Maya suka buat hal tanpa fikir akibatnya?"

"Maya minta maaf... Maya cuma taknak abang bersedih je.."

"Abang sudahlah. Walaupun tindakan akak tu salah dan membahayakan diri tapi dia buat untuk abang. Lagipun abang Emir ada."

"Mirul tak faham! Emir tu polis! Dia pun sibuk. Tak pasal-pasal kita dah susahkan dia."

"But abang Emir tu polis. Dah memang tanggungjawab dia handle benda macam ni. Susahkan pebendanya? Abang ni terlalu risau." Keluh Amirul.

"Memanglah risau! Abang taknak benda yang berlaku dekat Elis berulang semula! Dan yang paling teruk Maya pun kena tempias sekali! Abang dah tak sanggup nak hadap kehilangan lagi." Amzar jatuh terduduk.

Amaya memandang Amzar serba salah. Dia menggigit bibir. Dia tak tahu kalau tindakan dia membuat kejadian jadi semakin teruk.

Amaya tekad ingin memperbetulkan semua kesilapan yang dia buat. Dia akan berdepan dengan Anas.

Ye dia akan gunakan diri dia sebagai umpan! Lantaklah kalau dia mati sekalipun. Yang penting Amzar dan Elisa dapat bersama. Lagipun semua orang taknak dia hidup. Jadi rasanya kematian dia tak merugikan sesiapa.

Amaya memandang Amzar yang sedang ditenangkan oleh Amirul.

'Maafkan Maya abang...'
.
.
.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Tbc

SEPERATE LOVE ║CWhere stories live. Discover now