Seorang gadis berjalan keluar dari cafe dengan santai. Dia baru sahaja menyiapkan kerjanya di cafe itu.
"Amaya!"
Amaya berpaling bila namanya disebut. Dia tersenyum lebar bila melihat rakan baiknya, Tania.
Tania berhenti dihadapan Amaya dengan termengah-mengah.
"Kenapa kau lari?" Soal Amaya kepelikan.
"Kaulah! Aku panggil dari tadi bukannya nak dengar!" Kasar Tania.
"Ouh ye ke? Sorry." Amaya tersenyum serba salah.
"Kenapa cari aku?"
"Ouh ya!" Tania berdiri tegak, dia mengambil nafas.
"Bos suruh kita pergi kl. Ada tapak yang kita kena lawat."
"Bila?"
"Kita kena lawat pagi. So, kita otw malam ni. Okay dak?"
Amaya melihat jamnya. Dia kemudian memandang Tania. Amaya mengangguk.
"Ok good! Jom packing baju!" Tania menarik tangan Amaya.
"Wait!" Amaya mengeraskan diri.
Tania berkerut. Dia memandang Amaya pelik.
"Kenapa?"
"Kau balik dulu. Aku ada hal. Sempat lagi ni. Aku pergi dulu. Bye!"
Amaya terus berlari tanpa sempat Tania menahan.
"Maya!" Tania menjerit kegeraman.
"Ish budak ni!"
..
Amaya berjalan sambil memerhati tapak banggunan yang masih baru dibina. Dia mencatat setiap apa yang dia merasa kurang.Ktak!
"Eh hati-hati!!"
Amaya terkejut. Dia memandang ke atas. Terbuntang matanya. Amaya hanya kaku berdiri memandang batu yang sedang menuju kearahnya.
Buk!
"Aahh!" Amaya terjatuh.
"Maya!!"
..
"Ish kau ni! Yang tercegak macam tu dah kenapa? Dah tahu benda tu jatuh bukannya nak lari! Nasib batu je!" Marah Tania."Alah sikit je ni."
"Sikit apanya! Tengok dahi kau yang berbalut tu! Nasib kena jahit sikit. Kaki tu! Tak memasal jalan kau tak betul!" Bebel Tania.
Amaya mencebik. Dia memandang kakinya yang dibalut. Terseliuh je kut. Melebih la minah ni.
"Diamlah kau ni! Memekak je! Jom balik." Amaya berdiri.
"Yelahhh.. Eh kau boleh jalan tak?" Tanya Tania risau.
"Aku terseliuh je. Bukan lumpuh!" Amaya menjeling Tania.
Tania tersengih. Dia berjalan seiring dengan Amaya.
"Kita pergi makan dulu la. Aku lapar.." Ajak Amaya.
"Eh kau ni. Sakit sakit pun ingat makanan lagi?" Perli Tania.
"Makan itu penting!"
Tania memutarkan matanya.
..
"Nia, aku pergi toilet kejap.""Nak aku teman?" Tawar Tania.
"Tak payah" tolak Amaya.
"Ok then hati-hati. Takut tergelincir nanti." Pesan Tania.
"Ye Taniaku" Amaya tersenyum paksa.
Amaya mula pergi ke toilet. Dia masuk ke dalam toilet. Selepas beberapa saat dia keluar semula.
Amaya menyelongkar begnya untuk mencari tisu. Tapi lipsticknya terkeluar dan tergolek di lantai. Amaya terhenti, dia mengeluh.
Dia mengikuti gincunya. Tapi disebabkan kakinya terseliuh maka pergerakannya perlahan. Amaya mengeluh lega bila gincunya berhenti.
Amaya mempercepatkan lagi langkahnya. Tapi lagi beberapa inci dia ingin sampai ada tangan seseorang yang terlebih dahulu mencapai lipsticknya.
Amaya berhenti bila jejaka itu menghampirinya. Tapi semakin dekat semakin kelu lidah Amaya.
Jejaka itu turut berhenti apabila melihat Amaya. Dia memandang Amaya dengan kosong.
"Harith..."
.
.
.
Tbc..
YOU ARE READING
SEPERATE LOVE ║C
Romance"𝐈 𝐬𝐭𝐢𝐥𝐥 𝐚𝐧𝐝 𝐚𝐥𝐰𝐚𝐲𝐬 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐲𝐨𝐮" 𝐄𝐦𝐢𝐫 𝐇𝐚𝐫𝐢𝐭𝐡 𝖋𝖙 𝐀𝐦𝐚𝐲𝐚 𝐕𝐞𝐫𝐞𝐧𝐚 -𝐈𝐟 𝐭𝐰𝐨 𝐩𝐞𝐨𝐩𝐥𝐞 𝐚𝐫𝐞 𝐦𝐞𝐚𝐧𝐭 𝐭𝐨 𝐛𝐞 𝐭𝐨𝐠𝐞𝐭𝐡𝐞𝐫, 𝐭𝐡𝐞𝐲 𝐰𝐢𝐥𝐥 𝐞𝐯𝐞𝐧𝐭𝐮𝐚𝐥𝐥𝐲 𝐟𝐢𝐧𝐝 𝐭𝐡𝐞𝐢𝐫 𝐰𝐚𝐲 𝐛𝐚𝐜𝐤...