𝐂2│𝐇𝐚𝐫𝐢𝐭𝐡 𝖋𝖙 𝐕𝐞𝐫𝐞𝐧𝐚

3K 111 0
                                    

Mata Amaya berkaca. Amaya mengenggam kemas tangannya.

Emir melangkah mendekati Amaya. Dia berhenti dihadapan Amaya dan menghulurkan lipstick di tangannya.

Amaya memandang lipstick di tangan Emir tanpa mengambilnya.

"Do you still remember me?" Pelan Amaya.

Emir diam sebentar sebelum dia membalas.

"Semestinya aku kenal. Even kau berubah sekalipun aku tetap kenal" datar Emir.

Emir menarik tangan Amaya. Dia melatakkan lipstick di tangan Amaya. Emir melepaskan tangan Amaya.

Emir memandang kaki Amaya kemudian dahi Amaya.

"Kena apa?"

"H-hah?" Amaya memandang Emir terkulat-kulat.

"Kaki and dahi kau." Emir hanya memandang dahi Amaya yang berbalut.

"Ouh. Batu. Cedera semasa kerja."

"Kau kerja apa sampai ada batu." Dingin Emir.

"Arkitek" singkat Amaya.

Emir mengangguk. Mereka kembali diam.

Amaya menahan gugup. Dari pada canggung macam ni baik aku lari.

"Err.. Saya pergi dulu kalau tiada apa apa lagi." Pamit Amaya.

Emir mengangguk.

Amaya turut mengangguk. Dia berjalan melepasi Emir.

"Rena!"

Amaya terhenti. Rena...

Hanya Emir seorang memanggilnya Rena. Begitu juga dia, hanya dia seorang yang memanggil Emir dengan 'Har'.

Amaya berpaling. "Ye?"

Emir menarik tangan Amaya. Dia meletakkan sesuatu di tangan Amaya, dan menutupnya. Terus dia berlalu pergi tanpa mengucapkan apa-apa.

Amaya hanya melihat sehingga kelibat Emir menghilang.

Dia melihat tangannya yang digenggam sendiri oleh Emir. Dia membuka secara perlahan.

Gula-gula sour...

Amaya tersenyum kecil. Emir masih mengingat kegemarannya.

Amaya tergelak. Dia mengelap air matanya yang jatuh.

"Kenapa aku nangis ni!"
.

 "Lambatnya kau pergi toilet

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

.
"Lambatnya kau pergi toilet. Membuang ke?" Pelik Tania.

"Taklah aku jumpa Harith." Jujur Amaya.

"Harith? Setahu aku Harith yang kau kenal hanya seorang je." Tania memandang Amaya.

Amaya mengangguk."ye Harith yang itu. Yang satu-satunya panggil aku Rena."

"WHAT?!" Jerit Tania mengejut.

Terhinjut bahu Amaya. "Kau kenapa?! Kita dekat cafe lah!"

"Ouh" Tania baru teringat. Dia menunduk maaf kepada customer-customer yang memandang mereka.

Amaya menutup mukanya. Memalukan aku lah minah ni!

Tania memandang Amaya serius.

"Seriuslah weh? Kau jumpa mamat yang kau putuskan dengan kejam tu?!"

"Ish kau ni! Jangan lah ungkit pasal tu." Marah Amaya tak suka.

"Ups! Sorry." Tania tersengih.

"Habis tu macam mana reaction dia? Dia ada cakap apa-apa tak?" Kepoh Tania.

"Ermm.. Tak. Aku terjatuhkan lipstick. Dia tolong ambil then pulangkan dekat aku. Aku tanyalah dia sama ada dia masih ingatkan aku ke tidak." Amaya mengacau airnya.

"Lepastu? Dia jawab apa?" Soal Tania ingin tahu.

"Semestinya aku kenal. Even kau berubah sekalipun aku tetap kenal" Amaya mengulangi semula apa yang dikata Emir.

"Uish! Lepastu lepastu?" Teruja Tania.

Amaya menjeling Tania. "Takde lepastu. Dia tanya pasal luka aku then aku jawab. Lepastu aku blah sebab dia banyak diam je. Dari pada aku duduk dalam suasana canggung tu baik aku cabut."

Amaya memilih untuk tidak menyebut tentang gula-gula yang diberi Emir.

Tania terangguk-angguk.

"Apa kau nak buat lepas kau jumpa dia ni?"

"Nak buat apa? Buat biasa je lah. Pertemuan ni hanya kebetulan je. Dah 9 tahun dah pun. Mana tahu dia dah menikah ke dah ada kekasih ke. Baik aku lupakan je pasal dia. Lagipun lepas apa yang aku dah buat dekat dia, mesti dia taknak dah dekat aku." Amaya hanya berpura-pura bermain telefon untuk menutupi rasa sedihnya.

"Alah! Bukan teruk pun apa yang kau buat." Tania mencebik.

"Tak teruk apanya! Masa dia kesusahan di tempat kerja dia bukannya aku faham! Asyik pentingkan diri! Nak suruh orang je faham aku! Aku ni taknak pula faham Harith yang lebih susah dekat negeri lain tu! Lepastu mula la buat hal minta putus sebab hal kecil! Harith telefon berpuluh kali aku tak angkat! Dia ajak jumpa pun aku taknak! Nampak tak betapa selfishnya aku?!" Bengang Amaya dengan diri sendiri.

Tania mengangguk. "Selfish selfish."

"But kau tak matang lagi kan masa tu. Kau baru masuk umur 17. "

"Tak matang pun. Benda dah jadi. Nak tak nak aku kena terima akibat kebodohan aku sendiri."
.
.
.

Tbc

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tbc

SEPERATE LOVE ║CWhere stories live. Discover now