Iya, mereka berdua. Pasangan kekasih di waktu remaja.
Bukankah ada pepatah yang mengatakan 'right person but wrong time'?
Begitulah mereka. Berpisah walaupun hati saling mencintai.
Kenapa?
Bukan kerana masalah keluarga melainkan si gadis yang tidak mampu untuk meneruskan hubungan jarak jauh mereka.
Menyesal?
Semestinya dia menyesal.
Emir terlalu mencintainya. Emir tidak sanggup melepaskannya. Emir takut kehilangannya. Emir menangis kerananya.
Tapi dia tidak dapat berbuat apa. Kerana nasi sudah menjadi bubur.
Tanpa sedar, 9 tahun telah berlalu. Si gadis telah menjadi wanita yang berjaya. Mampu berdiri tanpa ada lelaki.
Tapi hatinya masih terkunci kemas untuk satu nama.
Semestinya dia ialah 𝐄𝐦𝐢𝐫 𝐇𝐚𝐫𝐢𝐭𝐡.
Dalam bahagianya, hatinya merindukan seseorang yang selalu bertahta di hatinya. Jujur dia tidak mampu untuk melupakan Emir. Dia selalu berdoa untuk mempertemukan dia kembali dengan Emir. Dia ingin menebus kesilapan masa lalunya.
Dan doa'nya terkabul.
Dia bertemu kembali dengan Emir. Jejaka yang telah dia lukai tanpa sebab.
Tapi...
Dia tidak tahu bagaimana mahu memulai percakapan mereka. Lantas itu dia membiarkan pertemuan mereka berlalu begitu sahaja.
Tapi ternyata, pertemuan mereka tidak berhenti di situ. Mereka berterusan terserempak seolah takdir ingin menyatukan mereka.
Si gadis cuba memberanikan diri untuk memperbaiki hubungan mereka. Dia tanpa lelah ingin perbaiki hubungan mereka. Mujur sahaja Emir bertindak positif. Hubungan mereka semakin rapat dan rapat.
Tapi dunia tidak seindah dan semudah itu. Ujian mendatang dan agak mempengaruhi hubungan mereka.
Dapatkah mereka memyambung kisah mereka? Dapatkah kisah mereka diselamatkan? Atau mereka memang tidak boleh bersama?
⋅•⋅⊰∙∘☽༓☾∘∙⊱⋅•⋅
Jangan berharap kepada cinta tapi berharaplah kepada tuhan.
Sesungguhnya tuhan maha mengetahui apa yang terbaik buat kita.
Jika dia bukan untuk kita maka ikhlaskanlah. Doakan kebahagiannya bukan kesedihannya.
-𝐄𝐦𝐢𝐫 𝐇𝐚𝐫𝐢𝐭𝐡
Jangan terlalu bergantung kepada manusia. Hidup kita bukan sepenuhnya sempurna.
Terdapat beberapa ujian yang akan kita hadapi.
Jadi, belajarnya untuk berdiri dengan kaki sendiri.
Jika jatuh bangun dengan sendiri. Jangan mengharapkan pertolongan orang.
Kerana belum tentu ada yang menolong dengan ikhlas.
-𝐀𝐦𝐚𝐲𝐚 𝐕𝐞𝐫𝐞𝐧𝐚
Dunia ini penuh dengan sandiwara.
Jangan mengharapkan orang untuk memahami kita. Kerana masing-masing mempunyai masalah sendiri.
Jika kita bersedih ingatlah ada yang lagi merana dari kita.
-𝓲𝓵𝓼𝔂𝓪𝔃
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.