Alhamdulillah. Kes harini berjalan dengan lancar. Banyak perkara yang berpihak kepada Hamidah. Segala bahan bukti yang dia pernah simpan sejak dia tahu Badrul main kayu tiga terus dia bawa ke muka pengadilan.Ini lah cara untuk mengajar lelaki biadap. Dia fikir dunia ni berlegar di keliling dia sahaja? Dia fikir dunia akan memenanginya? Jangan lupa pada yang maha Adil. Lambat atau cepat sahaja.
Seperti apa yang aku fikirkan sebelum ni Badrul membawa kes Li'an tadi dan menuduh Hamidah bahawa dia ada berhubung dengan suami aku! Kurang ajar.
" Hebat juga eh laki kau boleh buntingkan 2 perempuan dalam satu masa?"
Weh! Aku rasa macam nak sepak je mulut dia ni. Dia lupa agaknya aku pemegang tali pinggang hitam dalam karate. " Hey jantan keparat. Aku takkan biarkan sesiapa yang mencalarkan maruah suami aku. Jaga sikit eh, Badrul? Kau nak lawan aku, kau fikir seribu kali. Aku akan pastikan kau menyesal," Ujar aku sewaktu kami bertembung di hadapan mahkamah.
Badrul hanya tersengih sinis. " 9 tahun tak dengar khabar berita tiba-tiba masuk campur hal rumah tangga orang dan berlagak hero? Kau mungkin kenal Hamidah yang di sekolah menengah tapi kau belum lagi kenal Hamidah di hadapan kau ni. Dasar betina bertopengkan syaitan!" Herdik Badrul kasar.
Hamidah mengalirkan air matanya. Apa salah dia sampai begitu sekali diherdik Badrul? Sedangkan selama mereka bersama tiada apa yang berlaku di antara mereka. Dia juga tak tahu punca sebenar Badrul berubah 360 darjah.
Aku menggeleng kepala perlahan. Cakap banyak pun tak ada guna. Yang dia caci dan maki hamun tu adalah isterinya sendiri; mak kepada anak-anaknya.
" Aku yakin budak dalam perut tu bukan anak aku!"
" Badrul! Kau cakap apa ni?? Satu masa nanti kau akan menyesal. Jangan cakap ikut sakit di hati je. Otak mana??!" Aku bengang betul dengan Badrul yang tak habis-habis nak cakap benda mengarut.
" Kau bodoh, Cahaya! Nak tolong orang tapi orang yang salah."
" Kalau kau rasa kau betul, buktikan lah! Mana bukti yang kau cakap Hamidah salah?!"
Dia tidak membalas hanya merengus kasar. Ha tahu pun. Kau tak jawab sebab kau tahu kau salah.
Hamidah menghalang aku untuk mendekati Badrul. Dia risau akan keadaan kandungan aku yang lemah. Kalau Ahnaf tahu aku mencari pasal dengan kerbau mexico ni habis aku dimarahnya.
" Jomlah kita balik. Tak ada guna lagi kita bertekak dengan dia. Dia dah jumpa kebahagiaan yang dia nak. Kita tak payah nak menghalang," Dia menarik aku pergi daripada sini. Aku masih ingin tahu kata-kata disebalik Badrul.
Aku kenal mereka macam mana. Macam mana pula pasangan romantika yang manisnya tahap boleh potong kaki boleh berantakkan seperti ni?
" Hamidah, kau betul-betul ke tak ada sorokkan apa-apa daripada aku?"
Hamidah terkejut mendengar pertanyaan aku. Dia merasakan yang mulai sangsi dengan masalahnya.
" Kenapa kau tanya macamtu? Kau rasa aku yang jahat ke?" Mukanya berubah tegang.
" Bukan! Aku tak tuduh kau. Kalau ada benda yang Badrul buat, baik bagitahu peguam. Lebih elok kalau benda besar dibicarakan. Cepat habis, cepatlah masalah selesai. Kau pun akan bebas daripada cengkaman Badrul. Kau nak ke kena denda dan bayar pampasan kalau kalah?"
Hamidah menggeleng laju. Dari sekolah lagi Hamidah ni kategori sebagai book smart but street dumb. Perkara untuk hidup dia memang tak faham. Sebabtu nak survive di luar daripada zon selesanya susah. Selalunya dia yang dipijak dan dibuli. Bahasa mudahnya adalah seorang yang naif.
YOU ARE READING
[ C ] | The eyes of our hearts 2: His Dark side
Romance• KESINAMBUNGAN THE EYES OF OUR HEART 1 • CAHAYA INARA X AHNAF HADI Pantai yang tak bersalah pun dipukul ombak, apatah lagi rumah tangga yang baru dibina mereka yang dipukul ombak orang ketiga yang meretakkan hubungan dikala budi yang harus dibala...