Bab 19: Mansion

967 45 2
                                    


Aku khaskan kiriman surat ini kepada malaikat yang dikirimkan tuhan untuk membantu aku meneruskan hidup yang aku telah berpaling arah, Cahaya Inara, jika kau dapat nota ini ketahuilah bahawa aku sudah tiada lagi di dunia ni. Aku tahu pengakhiran hidup aku bertukar tragedi dan menyayat hati. Membuka rahsia seorang penjahat ke muka pengadilan bagaikan menadah nyawa kepada malaikat maut.

Banyak perkara yang aku ingin perkatakan pada kau sejak kita bertemu semula. Aku minta maaf sebab kehadiran aku telah mengucar kacirkan hidup kau bersama Ahnaf. Aku tahu apa aku yang dah lakukan itu melampaui batas. Ya. Aku seorang yang tak mengenang budi. Aku seorang kawan yang jahat untuk kau. Mencarikkan kepercayaan kau terhadap kalimah sahabat yang sedia ada ini.

Aku faham kalau kau tak dapat nak maafkan aku. Aku tak mengharapkan kemaafan kau kerana aku tahu betapa besarnya dosa aku telah buat sampai kau dan Ahnaf kehilangan anak yang dinanti-nantikan.

Sejak aku bertemu dengan lelaki di belakang Badrul, aku secara tak langsung membawa diri aku sendiri ke lembah neraka. Permainan lelaki ini tidak boleh aku lari selain daripada menghadap dan menghabiskan segalanya.

Cahaya, aku tahu kau pasti bencikan aku tapi jangan kau bencikan anak-anak aku. Aku mohon sangat jagakan mereka kerana tiada lagi tempat untuk mereka bergantung lagi. Anak-anak ini sebenarnya bukan kepunyaan Badrul tapi Bashir. Sejak aku tahu dia mandul, aku mengambil keputusan begini sebab aku dicaci oleh keluarga mertua aku sendiri dengan menuduh aku yang mandul. Dengan cara ini aku dapatkan menutup mulut mereka terhadap aku.

Jagakan Khairul dan Kamarul sepertimana kau menyayangi anak kau sendiri. Jika kewujudan mereka menambahkan benci kau di hati, kau letakkan lah mereka di rumah anak yatim. Jangan kau dera mereka kerana aku ibu mereka.

Sudah sampai ke penghujung nota ini, aku berdoa dan bertaubat agar Allah dapat memaafkan diri aku kerana kealpaan dan kejahilan yang aku ciptakan. Aku akhiri pemergian ini dengan salam terakhir sahabat yang aku baru sedar aku ada.

Dari sahabat zalimmu,
Hamidah

Lipatan surat tersebut terjatuh daripada tangan Cahaya. Air mata wanita itu menitik kembali. Kamarul didukungannya dipandang dengan pandangan yang redup.

" Semoga umi ditempatkan ke syurgaNya, sayang." Ucapnya dengan sebak didada. Aku pantas mendakapnya lalu terus dia hamburkan tangisan di dada aku.

" Hamidah, abang... Sampai hati Bashir buat dia macamtu. Ini bukan salah, Hamidah!" Rintihan kuat Cahaya mengetapkan gigi aku dengan kuat.

Semakin membuak perasaan ingin membunuh Bashir dengan tangan aku sendiri. Mayat Hamidah yang tertutup dengan kain aku pandang. Keadaan mayat yang menyayat hati cara dibunuh dengan kejam itu membuatkan Cahaya mengelak daripada memandang sejak masuk ke sini.

Lehernya dikelar dengan pisau tumpul memandangkan garisan pada kelaran itu nampak tidak kemas dan tercarik-carik.

" Macam mana kita nak bagitahu Khairul yang uminya dah tak ada, abang? Saya tak sanggup," Cahaya memandang aku dengan pandangan berharap. Aku termati kata-kata.

Sejak Hamidah ditahan wad selepas bersalin, Khairul jarang bertemu dengan uminya kerana sekolah. Segala persekolahan Khairul aku masih mengambil berat cumanya bonda yang akan jadi pengantaraan.

" Sayang jangan fikir macam-macam. Biar abang yang uruskan mereka."

" Mereka ni anak Bashir jadi abang nak kita yang jaga atau berikan kepada keluarga Bashir?" Keluarga Bashir yang masih ada adalah ibu dan adik perempuannya.

" Abang fikir baik berikan kepada keluarganya. Biar mereka bertanggungjawab atas apa yang Bashir telah buat. Lagipun abang fikirkan tentang aurat sayang dan Armani bila mereka dah besar nanti. Susah," Aku memberikan kata putus. Cahaya mengangguk akur.

[ C ] | The eyes of our hearts 2: His Dark sideWhere stories live. Discover now