Aku memerhatikan Cahaya tidur dengan senyuman di wajah. Sungguh tenang lenanya sedangkan nyawa sudah berada di hujung tanduk." Take care wherever you go, angel. I'll be back soon." Aku mencium tepi kepalanya lalu memasangkan gelang berbuah sayap di pergelangan tangan kanannya.
Aku mendapatkan bonda di hadapan pintu utama. Dia membetulkan tali leher aku dengan segaknya. Macamni lah pandangan walid terhadap bonda setiap kali bonda mengemas pemakaiannya sebelum bergerak pergi kerja.
" Jagakan mereka untuk Ahnaf, bonda," Pesan aku pada bonda. Sewaktu Cahaya berpantang bonda akan menjaganya di Mansion. Nak tak nak bonda terpaksa duduk di dalam Mansion ini sekali.
" Ahnaf, hati-hati. Jangan buat sesuatu membahayakan sampai tak ingat anak isteri. Kita tak tahu bila Bashir akan muncul semula. Pergerakan dia ni macam ular. Lepas dah dapat mangsa, dia akan berdiam diri kekenyangan sampai tiba masa dia akan keluar untuk memburu balik," Kata-kata bonda aku hadam sepenuhnya.
Aku mengangguk akur. Tubuh bonda aku peluk seraya Koenigsegg Jesko berhenti di hadapan lobi. Beberapa buah jip yang akan mengekor sepanjang perjalanan sudah bersedia bagi memastikan kami selamat dari ancaman bahaya.
Zavian sebagai pemandu peribadi aku harini menurunkan tingkap dan menyapa mak saudaranya.
" Take care of my son, Zavian,"
" Bonda, Ahnaf bukan budak kecil lagi lah nak kena pesan dekat Zavian bagai. Ahnaf yang jaga dia tau kalau pergi mana-mana," Ayat macam matang tapi gayaku tak selari dengan kata-kata. Aku berkerut dan menghentak kaki manja. Ini membuatkan Zavian tersengih memandang aku.
" Kau sengih apa? Aku cucuk biji mata kau nanti." Ugut aku.
" Ahnaf, ingat pesan bonda. Kali ni je bonda bagi Ahnaf buat macam-macam. Lepas Bashir dah mati, tolong cuci tangan semula."
Aku mengukirkan senyuman sayu kepada bonda. " Bonda, bonda tak bagitahu pun Ahnaf akan buat perkara tu. Tak sanggup lagi Ahnaf nak menjalani kehidupan Ahnaf dengan Cahaya kalau Ahnaf masih dalam dunia gelap ni."
Kami segera pergi ke hotel milik keluarga Zavian untuk mengimplankan operasi mencari Bashir. Kali terakhir keberadaanya adalah semasa dia di hospital sewaktu Hamidah dibunuh. Macam mana dia boleh melepasi kawalan kami itu aku tak pasti. Dan itu membuatkan aku gerun melihat kelebihan yang dia ada untuk membunuh orang.
P.O.V. Cahaya
Aku mengintai dari bilik tidur lalu menoleh kiri dan kanan. Armani dibawah aku turut melakukan benda yang sama sepertimana aku buat.
" Armani, awak rasa kita selamat ke tak eh keluar dari bilik?" Tanya aku. Armani mendongak memandang aku.
" Jom, ibu!"
Hehehehe. Ini aku suka kalau bergandingan dengan Armani. Pasti buah fikiran kami sama.
" Nak pergi mana tu?" Suara yang amat kami kenali menerjah masuk ke dalam telinga. Aku menoleh dan melihat bonda bersama dulang sarapan untuk aku.
" Hehehe. Nak melawat kawasan je, bonda." Aku tersengih-sengih. Bonda menggeleng seraya mengajak aku ke satu tempat. Di tingkat paling atas bangunan kedua mansion, terdapat satu pintu kaca di mana dalamnya merupakan taman bunga yang sangat indah pernah aku lihat.
Aku terkesima manakala Armani sudah berlari mendapatkan tanaman bunga yang segar dan tumbuh dengan mekarnya.
Bumbung yang hanya ditutupi dengan kaca lut sinar dapat kami melihat pergerakan awan di atas kepala. Di tengah ruang taman bunga tersebut terdapat satu buaian dengan arca simen berbentuk kepak malaikat yang mengepak lebar.
YOU ARE READING
[ C ] | The eyes of our hearts 2: His Dark side
Romance• KESINAMBUNGAN THE EYES OF OUR HEART 1 • CAHAYA INARA X AHNAF HADI Pantai yang tak bersalah pun dipukul ombak, apatah lagi rumah tangga yang baru dibina mereka yang dipukul ombak orang ketiga yang meretakkan hubungan dikala budi yang harus dibala...