P.O.V. Ahnaf
" Woi! Lepaskan aku lah!" Aku cuba untuk meleraikan ikatan ketat mereka di kerusi ini. Dah habis berbakul makian aku lemparkan kepada mereka di hadapan aku.
" Kalau aku terlepas, memang mampus kau orang aku kerjakan! Cahaya?! Mana isteri aku pergi?? Dia pun bersubahat dengan kau orang eh?! Tak guna!" Amukkan aku tidak dapat membuatkan mereka takut malah hanya tersengih melihat aku terikat di atas kerusi ini.
" Shhh!! Your daughter is still sleeping next door. Don't make a fuss unless you want Armani to see how sexy her father is," Usik Jibran dengan sengihan.
Mana aku tak mengamuknya dah kalau pakaian aku ditanggalkan mereka. Hanya meninggalkan boxer dan singlet sahaja.
" Apa yang kau orang nak buat ha?! Tak ada kerja lain ke?! Daripada kau orang sibuk ikat aku di sini baik pergi cari si sial Bashir tu secepat mungkin. Aku nak semua ni habis awal! Aku dah tak tahan hidup dalam rumah ni! Menyesal aku dengar kata Zavian untuk tinggal buat sementara di dalam neraka ni! Argh!"
Jibril, Jibran dan Na'eem hanya berpandangan sebelum mengangkat bahu. Mereka terus mengikat mulut aku dengan kain lalu segera meninggalkan aku keseorangan dalam bilik tidur tetamu ini.
" Hmphh!!!" Aku menghentak tubuh aku tanda marah. Sial punya sepupu. Dasar tak ada perasaan!
" Abang," Mata aku terus terarah pada Cahaya yang baru masuk ke dalam bilik ini dengan sengihan tak bersalah.
Aku terus menjeling tajam. Dia yang perasan jelingan aku terus duduk di birai katil menghadap aku.
" Abang, sorry lah. Saya terpaksa. Abang janganlah marah eh?"
Sekali lagi aku menjeling tajam dia. Sekali dengan criminal side eye aku bagi. Tak nak cakap dengan dia lagi!
" Abang cakap je abang nak apa. Janji abang dah tak merajuk."
Aku hanya diam tanpa menoleh ke arahnya.
" Cakap lah abang! Cuba cakap supaya saya tahu apa yang abang nak. Dah bisu ke?"
Aku perlahan-lahan menoleh ke arahnya dengan mata yang memincing tajam ke arahnya.
" Oh sorry!" Ikatan di mulut terus dia buka.
" Abang nak keluar daripada sini."
" Selain daripada tu!"
" Tak nak!"
Cahaya menggaru kepalanya. " Kalau saya buatkan abang sambal sotong kesukaan abang??"
" Tak nak!"
" Habistu?"
" Sayang offer lah apa pun abang takkan termakan. Abang tak nak hadap lagi muka-muka keluarga yang tak ada perikemanusiaan ni-..."
" Nak baby?"
Terus aku terdiam sesuai Cahaya bertanya. Melihat aku yang terdiam membuatkan dia tersengih lagi lebar. Mana boleh macamni. Tak baik main offer-offer macamtu.
" Nak ke idok?" Cahaya mengangkat keningnya beberapa kali.
" Promise yang baby ikut muka sayang? Kalau tak abang nak refund,"
Dia ketawa kuat mendengar permintaanku. Tapi aku rasa aku tak buat lawak pun.
Aku terus menjuihkan bibir bawah ku ke depan. Dia pantas mencium bibirku yang masih terikat di atas kerusi ini. Aku membalas ciumannya. Tak boleh lepaskan peluang yang ada. Ini satu kenikmatan yang aku damba-dambakan.
" Dah tak marah saya?" Bisiknya.
" Tak mampu nak marah lightning angel abang ni," Aku membalas dengan suara dalamku.
YOU ARE READING
[ C ] | The eyes of our hearts 2: His Dark side
Romansa• KESINAMBUNGAN THE EYES OF OUR HEART 1 • CAHAYA INARA X AHNAF HADI Pantai yang tak bersalah pun dipukul ombak, apatah lagi rumah tangga yang baru dibina mereka yang dipukul ombak orang ketiga yang meretakkan hubungan dikala budi yang harus dibala...