Bab 6: Curi

1K 46 1
                                    

" Bu... Bu... Bu... ukak intu..." Armani menepuk-nepuk pintu bilik air di luar sementara aku sedang duduk di mangkuk tandas hanya memandang ke arah pintu dengan berkerut.

" Sabar, sayang... Bagi ibu sikit je lagi masa," Aku memeriksa batang tersebut dan terus menekup mulut. Memang rasa nak pitam sahaja bila melihat dua garis yang terhias di atas ujian kehamilan ini.

" Habislah aku," Aku mencengkam sisi kepala. Separuh hati gembira, separuh lagi merana memikirkan masa depan yang akan menjadi satu pertempuran yang hebat di antara Armani dan adik yang akan bakal lahir tahun depan.

" Bu..! Bu bu bu.. ibu!"

" Ya ya ya! I'm coming," Aku terus keluar dan mengangkat Armani turun ke tingkat bawah penthouse baru kami.

" Nak jumpa abah tak?"

" Nak!" Armani mengangguk laju. Senyuman menjadi lebar ketika perkataan abah disebut. Kami sama-sama bersiap untuk pergi ke madrasah. Abaya warna nude aku capai dan pakai. Bawal bidang 50 aku panjang supaya menutupi dada dalam gaya yang masih moden. Nak pergi rumah Allah, kena lah sopan.

" Armani, pick an outfit that you like. We're going to madrasah. Faster, baby,"

Armani terus berlari masuk ke dalam bilik dia dan membuka almari bajunya. Dia mendongak memandang bajunya yang tergantung sementara aku hanya memerhatikan dari belakang. Cara untuk didik anak membuat sesuatu pilihan. Biar mereka tahu apa seharusnya mereka perlu buat dengan hanya berfikir.

Jubah mini diambil berwarna coklat ditunjuk seakan-akan mahu sama dengan pakaian aku harini. Aku tersenyum sebelum mencapainya. Setelah menyiapkan Armani, aku mengikat rambutnya kemas sebelum bergerak menuju ke kereta. Disebabkan baby car seat tak ada, aku cuma memakaikan Armani tali pinggang. Kereta bawah 100km/j aku bawa. Lantaklah orang belakang nak hon sekalipun. Nyawa anak aku lagi penting daripada urusan hidup mereka.

P.O.V. Ahnaf

Sudah pukul 4 petang, sekarang ni giliran masa untuk aku mengajar mereka mengaji. Nak singkatkan masa pembelajaran disebabkan terlalu ramai dan azan asar akan berkumandang tak lama lagi, aku memecahkan kepada beberapa kumpulan. 5 kumpulan mengikut tahap pembacaan masing-masing. Dan satu kumpulan tersebut akan aku rujuk untuk satu hari dan begitulah berikutnya. Kumpulan lain akan membetulkan tajwid sendiri dan membetulkan apa yang salah.

Sambil mendengar bacaan mereka, mata aku memerhatikan anak-anak yang sedang membuat gelagat mereka. Ada yang main, ada yang betul-betul mengaji untuk membetulkan diri dan ada yang menghilang; mungkin ke tandas agaknya. Aku tak pasti sebab aku malas nak gunakan kuasa sebagai seorang cikgu untuk mehahan mereka duduk di satu tempat yang sama. Janji mereka tak buat perkara buruk sudahlah.

" Astagfirullah!! Apa kamu buat ni?!" Suara ustazah Soraya menjerit kekalutan membuatkan aku bangkit daripada tempat aku. Aku meminta agar kumpulan yang sedang merujuk dengan aku meneruskan pembacaan mereka.

Sampai di dalam pejabat, aku ternampak ustazah Soraya bersama Khairul yang sedang memegang satu dompet yang aku tahu milik ustazah tersebut. " Ada apa ni, ustazah? Kenapa Khairul di sini?"

" Ustaz, saya dapat tangkap Khairul mencuri duit saya. Saya perasan pintu bilik saya terbuka. Saya ingat saya terlupa jadi saya nak tutup semula tapi nampak dia sedang menyeluk masuk ke dalam beg tangan saya," Cerita ustazah Soraya mengejutkan aku. Aku memandang Khairul yang menunduk. Tak mungkin Khairul akan buat macam ni. Dia masih kecil. Anak yang baik.

" Khairul, ikut ustaz," Arah aku tegas. Dia mengikut aku dari belakang dan masuk ke dalam pejabat aku.

Pintu aku tutup lalu aku mencangkung menyamai paras kami. Aku memandang tepat ke wajahnya sedangkan dia melarikan mata ke arah lain. Wajah ditundukkan dan tangannya diletak di belakang badan.

[ C ] | The eyes of our hearts 2: His Dark sideWhere stories live. Discover now