22 September.
Tarikh harini yang aku rasa normal seperti hari lain. Aku bersiap untuk pergi melawat kedai yang baru kami buka perniagaannya.
" Good morning, Armani ibu," Sapa aku kepada Armani yang sudah wangi-wangi disiapkan oleh Ahnaf sendiri. Ahnaf disebelah sudah mengerling tajam.
" Ehem!"
" Selamat pagi, syurga," Bisik aku sebelum menghadiahkan ciuman di pipinya. Barulah senyuman manis itu terukir.
Aku menunggu juga kata-kata darinya pagi ini. Tapi nampaknya dia buat bodoh sahaja sambil menyuapkan Armani sarapan. Aku hanya mengabaikan lalu menyertai santapan pagi.
Bukan aku kisah tapi nak juga tengok ada orang hargai ke tidak hari kelahiran kita yang ke 30 ini. Lahh dah tua. Sesuai sangat dipanggil makcik.
" Nak pergi mana?"
" Saja nak tengok kedai. Dengar cerita macam ada orang sewa venue untuk event kereta lumba yang tengah diadakan harini menurut kata Naila," Naila ni orang kepercayaan untuk menguruskan perniagaan kecil-kecilan kami. Jadi aku akan dapatkan sebarang maklumat dan perihal kedai daripadanya.
" Tak payah lah. Panas ni. Hujung-hujung minggu ni lagi baik berehat. Self reward lah orang kata. Kad kredit abang kat awak kan? Pergilah enjoy. Bawa bonda sekali. Bukan kau orang suka women outing ke?" Ujar Ahnaf selamba. Aku mencebik senyap-senyap. Dah lah tak wish birthday, lepastu cakap serupa sugar daddy kita. Eww!
" Abang tak nak keluar dengan saya ke?"
" Abang jaga Armani di rumah je lah. Tahu-tahu lah dia kalau sekali dah meragam memang susah nak pujuk,"
Aku ingat lagi macam mana tantrum Armani tiba-tiba muncul apabila ternampak maskot mickey mouse di taman Putrajaya tempoh hari. Bagi dia maskot yang bermodal rendah agak menakutkan bagi anak kecil seperti Armani tapi aku perasan elok je anak orang lain berhuha huha tengok maskot tersebut.
Bermacam-macam cara nak memujuk Armani sehingga kekeringan idea. Jadi nak tak nak kami pulang awal sebabnya takut juga nak berlama di tempat awam. Menganggu orang lain yang sedang menjalani kehidupan masing-masing. Ada ibu bapa yang tiada common sense ni selalunya akan membiarkan anaknya tanpa memikirkan keselesaan orang lain. Lagi dimarahnya orang pula sebab konon-konon tak memahami dia yang ada anak. Ewah, ewah!
" Kena ke?" Aku meminta simpati agar aku tidak perlu pergi ke mana-mana selain daripada kedai.
" Ini satu arahan. Pergi dengan bonda. Have fun, sayang," Ahnaf mengenyitkan matanya. Pada masa yang sama bonda turun ke bawah sudah bersiap untuk keluar.
" Jom, Cahaya. Bonda dah siap. Segala kerja rumah harini biar Ahnaf yang buat,"
Aku tersenyum nipis menutup kehampaan yang aku rasa. Bukan tak suka keluar dengan bonda tapi bagi aku aku nak meluangkan masa pada hari lahir aku sendiri bersama Ahnaf dan Armani. Disebabkan Ahnaf tak cakap apa-apa waktu subuh, ucapan pun tak ada maka aku memilih untuk pergi sendirian ke kedai. Melayan perasaan bersama benda yang aku suka.
Dalam perjalanan nak ke Pavilion, aku hanya melihat pemandangan dari cermin tingkap kereta. Dalam hati terfikir akan Ahnaf. Tak ada tahun Ahnaf terlepas mengucapkan hari lahir buatnya walaupun pada zaman crush dahulu. Kalau boleh dia nak jadi orang pertama yang wish tapi sekarang berubah. Mama papa dan adik-adik yang menghubungiku dulu.
Tanpa sedar aku mengeluh. Bonda dengar tapi tidak diendahkan.
Bonda menarik aku ke satu tempat seperti tahu sahaja rancangan apabila sampai ke sini. Aku hanya mengikut kerana aku sendiri tak tahu nak buat apa di sini. Aku bukan kaki shopping. Tak terlintas dalam fikiran nak beli barang-barang berjenama yang ada.
YOU ARE READING
[ C ] | The eyes of our hearts 2: His Dark side
Romance• KESINAMBUNGAN THE EYES OF OUR HEART 1 • CAHAYA INARA X AHNAF HADI Pantai yang tak bersalah pun dipukul ombak, apatah lagi rumah tangga yang baru dibina mereka yang dipukul ombak orang ketiga yang meretakkan hubungan dikala budi yang harus dibala...