Bab 31: Flexing

804 31 0
                                    

Beria aku ajak Ahnaf untuk teman aku membeli barang dapur akhirnya setuju juga.

" Abah! Nak tu boleh?"

" Abah! Nak ni"

" Abah! Macam sedap je coklat ni,"

Aku menyengih apabila melihat wajah Ahnaf yang semakin mendatar apabila tiga beruk di belakang kami membuat bising memanggil-manggil Ahnaf dengan panggilan abah.

" Kenapa ya sayang kena ajak tiga lutong ni sekali?" Tanya Ahnaf sengaja memerli.

" Abang nak pegang Armani ke?" Soalan aku membuatkan Ahnaf memandang ke arah Jibril yang sedang mengendong Armani menggunakan baby carrier di hadapan badan. Seronok bila dikelilingi oleh pakcik-pakcik kacak.

Rasa macam hebat bila dikelilingi 4 pemuda kacak yang sibuk nak pakai kaca mata hitam walaupun di tempat berteduh. Hampir semua orang di pasaraya tersebut memerhatikan kami berjalan masuk.

" Abang tak percaya. Takut nanti Armani jadi pancake diuli-uli oleh mereka," Ahnaf membalas tidak serius.

Apa yang nak dirisau sangat? Selagi Armani tak bising dan merengek, kami akan ok sahaja. Aku terus menarik Ahnaf ke department susu. Susu di rumah dah habis untuk cereal Armani.

Ahnaf minta izin untuk ke bahagian basah bagi menjimatkan masa. Salah satu sebab adalah tak nak berlama-lamaan dengan mereka kalau tidak troli yang patutnya tak banyak barang menjadi tak cukup ruang pula.

" Hello, musuh lama," Aku memandang ke arah sebelah kanan aku. Terus aku memincingkan mata sekecil yang boleh.

" Hello, Saleha," Balas aku menyampah.

" Hey! It's Sally lah. Tak main lah nama-nama kampung!"

" Salah aku ke mak kau tak pandai pilihkan nama?" Aku mengangkat kening tinggi.

" Whatever. By the way, seorang je ke? Kesian kan dari zaman sekolah sampailah sekarang memang ditakdirkan hidup menyendiri," Sindir Sally dengan senyuman mengejek.

Aku hanya memandangnya dengan riak muka bosan sebelum sambung mencari barang semula.

Melihat aku yang malas nak layan, dia merengus halus. " Aku datang sini dengan encik tunang. Bulan depan kami nak langsungkan majlis perkahwinan kami. Jangan lupa datang ya?"

" Insha Allah. Kalau aku tak busy,"

" Kau nak busy apa? Bukan ada anak dan suami pun."

Oi makin panas pula telinga aku mendengar dia bercakap. " Apa eh kau tak puas hati lagi? Sakit hati eh sebab crush kau syok kat aku dulu? Maaf lah. I don't like boys. Only gentleman."

" Eleh. Gentleman pun tak pandang kau tau." Dia memandang ke serata arah sebelum menjerit pada seseorang.

" Baby, sini!" Dia melambai ke arah yang aku rasa itu mungkin encik tunang yang dia katakan. Aku menganalisis wajah itu. Hm nak dibandingkan dengan Ahnaf, semestinya suami aku lagi hensem.

" Ini lah bakal suami aku. Namanya Izzudin. Baby, inilah kawan sekolah I. Namanya Cahaya. Dia ni terkenal dengan sifat anti lelaki. Orang kata suka buat semuanya sendiri. Konon alpha lah gitu," Saleha memandang aku atas bawah dengan senyuman sinis.

Nasib baik ada iman lagi dalam diri kalau tak memang aku ludah campur kahak kat muka dia.

" I'll take it as a compliment so thank you," Balas aku tenang. Lalu aku sambung memilih beberapa air kotak jus besar untuk buat stok.

" The Legendary Cahaya Inara, right?"

Aku mengangguk sahaja. Tak pelik kot. Aku ni boleh dikatakan terkenal apa. Pelumba kereta wanita kot!

[ C ] | The eyes of our hearts 2: His Dark sideWhere stories live. Discover now