P.O.V. Ahnaf
" Hati-hati ya, anak-anak. Jangan lambat datang kelas esok," Aku melambai-lambai ke arah anak-anak didik aku di madrasah. Mereka melambai semula dengan senyuman kerana dapat pulang bersama ahli keluarga yang datang menjemput.
Ada lagi berbaki 2 jam untuk aku pulang dan menjumpai dua buah hati aku di rumah; Cahaya Inara dan Cahara Armani. Masuk sahaja ke dalam, aku mendapati ada lagi seorang pelajar yang masih belum pulang sedang mengira duit syiling di atas lantai. Aku perasan memang selalu dia beli aiskrim di kedai runcit Mak Uda di sana.
Aku datang mendekati seraya memberikan senyuman saat dia mendongak memandang ke arah aku. " Assalamualaikum, Khairul. Kenapa tak balik lagi? Siapa yang datang jemput? Ke nak ustaz yang hantarkan?" Mereka menggelarkan aku ustaz di sini sebab aku yang mengajar mereka mengaji di sebelah petang sebelum masuk waktu solat asar. Kalau nak mengajar bab-bab sirah dan lain-lain tu aku tak mampu lah sebab bukannya aku pernah melanjutkan pelajaran aku ke Mesir atau ada sijil pelajaran aliran agama sebelum ni.
Aku adalah pelajar jurusan perubatan yang kini telah menyimpang arah ke bidang akhirat. Kalau setakat tajwid dan hafazan aku power lah.
" Waalaikumussalam, ustaz. Umi datang jemput nanti. Umi lambat sikit harini sebab umi kena jalan kaki dari rumah." Petah balasan si anak kecil berumur 8 tahun ini.
Aku berkerut. Setahu aku rumah Khairul berada 5km daripada sini kalau mengikut maklumat dirinya. Tak penat ke uminya datang dengan berjalan kaki?
" Memang selalu ke umi datang jalan kaki?" Aku cuba mengorek sesuatu daripada Khairul.
" Sebelum ni ayah yang datang. Bawa kereta. Tapi sekarang umi yang ambil Khairul,"
" Macamtu... Erm apa kata ustaz belanja aiskrim kedai Mak Uda nak?"
" Tak apa ke, ustaz?"
" Apa pula tak boleh? Sedekah hari isnin," Usik aku mengoyakkan senyuman di wajah Khairul. Kami sama-sama berjalan ke arah kedai Mak Uda. Dalam banyak-banyak aiskrim dari yang murah hingga ke mahal, Khairul hanya pilih aiskrim batang 50 sen di dalam peti ais. Aku mengambil dua aiskrim magnum; sama citarasa dengan Cahaya.
Aku mengambil aiskrim batang milo tersebut dan meletakkannya balik. Lalu diberikan aiskrim magnum tadi. " Ambillah mahal sikit. Nanti orang ingat ustaz kedekut," Gurau aku lagi sambil ketawa kecil.
" Mahal ni, ustaz. Tak pernah saya makan aiskrim mahal macamni." Ya Allah, sucinya hati kamu ni, Khairul. Sejuk perut umi kamu mengandungkan kamu bila kamu hidup secara bersederhana begini.
" Ambillah. Ustaz belanja. Ikhlas," Balasan aku membuatkan Khairul akur. Selepas membayar kami berjalan semula ke madrasah. Aku mengerling dan berfikir kenapa Khairul masih tak membuka bungkusan aiskrim itu sedangkan kalau kanak-kanak lain tak sampai sesaat aiskrim berada di tangan sudah terbogel aiskrim itu dibukanya.
Dari jauh aku boleh nampak sesosok tubuh wanita mengandung sedang berdiri di hadapan pintu masuk madrasah seperti mencari seseorang.
" Umi!!" Jerit Khairul sambil berlari mendapatkan uminya. Uminya menoleh dan Khairul terus mendakap tubuh itu. Aku perlahan berjalan dengan satu senyuman nipis. Dia membalas walaupun aku tak nampak di sebalik purdah itu.
" Umi, ustaz belikan Khairul aiskrim magnum,"
" Ya Allah, apa umi pesan jangan minta orang belikan kita sesuatu yang mahal," Suara uminya kedengaran tegas.
" Puan, jangan marah Khairul. Saya sendiri yang nak belanja dia." Ujar aku supaya tidak berlaku perselisihan faham. Dia mengangguk faham dan melarikan matanya daripada menatap aku.
YOU ARE READING
[ C ] | The eyes of our hearts 2: His Dark side
Romance• KESINAMBUNGAN THE EYES OF OUR HEART 1 • CAHAYA INARA X AHNAF HADI Pantai yang tak bersalah pun dipukul ombak, apatah lagi rumah tangga yang baru dibina mereka yang dipukul ombak orang ketiga yang meretakkan hubungan dikala budi yang harus dibala...