Sudah tamat tempoh berpantang Cahaya dengan jayanya walaupun Cahaya ada sikit-sikit melanggar pantang larang. Semua itu dengan keizinan aku sendiri. Hehehe.
Makin ramai pula saudara mara datang untuk melihat jodoh aku ini. Dari yang tua sehingga yang ke muda. Anak buah aku yang masih kecil sebaya Armani senang untuk bergaul menjadikan Armani ramai kawan. Tak ada lah rasa kekok bila Armani bermain keseorangan dalam rumah.
Kesian anak abah tak ada kawan nak main. Lepas semuanya selesai, abah bagi adik ramai-ramai ya?
" Abang, nak ikut pergi gym boleh?"
" Boleh, sayang. Awak pun dah lama tak jaga bentuk badan kan? Asyik nak makan je," Usik aku. Cahaya menjeling manja. Dia sudah bersiap memakai pakaian sukan. Selalunya dia akan melakukan workout di rumah sahaja jadi pakaian sukannya semua jenis ketat dan crop top. Jadi solusi untuk itu aku melarang sesiapa yang masuk ke dalam ruang gym bila Cahaya bersama.
" Sayang, awak ni seksi sangat. Geramnya abang. Rasa macam nak workout atas katil," Aku mencium belakang bahu yang terdedah sewaktu dia membuat plank.
Aku berada di atasnya membuat plank sama. Disebabkan tubuhku yang tinggi dan besar, muat sahaja tubuh genit ini di bawahku.
Pantas tangannya terus mencubit pipi aku. " Sejak bila bahasa jadi kotor ni? Dulu bukan main sopan santun je percakapan. The only person who can seduce their partner is me! Abang tak payah nak ambil alih kerja menggoda saya. Saya takkan tergoda walaupun saya sememangnya dah tergoda dengan abang yang serupa daddy mafia!" Kata dia. Ketawa aku pecah mendengar omelan yang berbentuk ugutan.
" Kenapa? Awak tak suka ke dapat suami alpha macam abang ni? Awak masih suka dengan husband innocent macam dulu?" Bisik aku telinganya.
Dia menoleh seraya tersengih. " Gila ke tak suka? Kalau hari-hari lagu ni saya yang sakit jantung sebab jantung tak berhenti-henti berdegup kencang tengok abang macamni,"
Kami kemudian melakukan workout couple di mana aku membuat high plank pushup manakala Cahaya membuat squat dengan memegang kaki aku di belakang. Set 30x3 dan berehat selama 30 saat setiap set.
Selepas itu kami melakukan alt lunges dan plank taps menghadap antara satu sama lain.
" Meh sini," Aku menarik dia ke arah pull up bar.
" Awak gayut belakang abang sini," Tangannya kutarik lalu memeluk aku dari belakang. Kakinya aku angkat seperti seekor kuala yang melekat di belakang ibunya.
" Abang, tak apa ke ni?" Dia cuak melihat aku nak buat salah satu workout paling core.
" You trust me, angel?"
Lama dia memandang aku sebelum dia mengangguk laju. Aku terus membuat pull up dengan cermat dan kelihatan senang. Cahaya kagum dengan kekuatan aku yang mampu mengangkatnya sekali.
" Sejak bila abang bina badan? Waktu kita kahwin abang sekeping je," Soal Cahaya. Kami sedang berehat buat seketika sebelum menyambung semula aktiviti kami.
" Sejak abang buta dah lama abang tak pergi gym. Workout sikit-sikit je mampu. Itu yang susut. Lepas je abang dapat balik takhta nak tak nak kena buat badan balik. Sekejap je ambil masa untuk naik balik otot-otot. Muscle memory abang berjalan dengan lancar. Takkan nak handle dengan badan sekeping kan?"
" Ini yang buat saya tergoda sangat ni," Cahaya menjilat bibirnya.
Aku terus menyambar bibirnya dengan bibirku. Kami berkucupan seketika sebelum aku melepaskannya. Cahaya mengelap sedikit air liur yang terkeluar di celahan bibir dengan jelingan manja.
" Kalau nak malam nanti saya bagi Armani pada bonda,"
Oh ini yang syiok ni.
" Sayang ni. Baru habis pantang dah buat abang turn on ni kenapa?" Aku memeluk pinggangnya sehingga tubuh kami berlaga.
YOU ARE READING
[ C ] | The eyes of our hearts 2: His Dark side
Romantik• KESINAMBUNGAN THE EYES OF OUR HEART 1 • CAHAYA INARA X AHNAF HADI Pantai yang tak bersalah pun dipukul ombak, apatah lagi rumah tangga yang baru dibina mereka yang dipukul ombak orang ketiga yang meretakkan hubungan dikala budi yang harus dibala...