Bab 5: cincin nikah

1.1K 48 0
                                    

P.O.V. Cahaya

Penatnya harini. Uruskan Armani di rumah ni ibarat menjaga 4 orang anak. Sejak dapat kaki memang suka berlari ke sana dan ke sini. Baru je aku kemas barang mainannya dan simpan ke dalam kotak. Tak sampai beberapa minit sudah seperti peperangan dunia ketiga ruang tamu dia buat jadinya.

Aku memandang Armani dari dapur.

Haih, anak ibu seorang ni. Kesayangan abah sangat. Sukar nak dimarahi mesti dibackup.

" Assalamualaikum," Suara Ahnaf pulang serentak Armani menjerit keriangan. Ahnaf tersenyum lebar seraya mengangkat si Armani ke udara. Terjerit suka Armani bila dilayan macam puteri raja.

" Selamat pulang, syurga. Saya dah siapkan baju tidur atas katil. Pergilah mandi dan berehat." Ujar aku. Ahnaf memelukku tanda terima kasih. Aku dapat rasakan badannya penat harini. Dia tak banyak bercakap selepas makan dan hanya menonton TV di ruang tamu.

Aku membawa potongan buah tembikai yang baru sahaja aku keluarkan dari peti ais. Kami bertiga enak menjamu buah sejuk ini dengan senyap.

" Comotnya anak abah ni. Sedap sangat lah tu ya ibu potongkan buah?" Tisu basah di meja Ahnaf ambil lalu dilapkan mulut Armani yang melekat.

Potong buah je. Bukan aku yang tanam buah ni.

Aku terperasan sesuatu di tangan Ahnaf. " Abang ada buka cincin ke masa mandi tadi?"

Ahnaf melihat di jari manisnya sebelum bangun dalam keadaan tersentak. Dia mencari-cari cincin itu di mana-mana. Di bawah sofa dan kawasan berdekatan dengan tempat dia duduk. Aku menolong dia cari. Namun hampa.

" Astagfirullahalazim! Mana hilangnya ni??" Terdengar suara dia mengeluh keras.

Kemudian, dia mencari di dalam bilik. Beberapa minit dia di bilik, dia keluar daripada rumah. Mencarinya di dalam kereta. Melihat keadaan dia yang kaget membuatkan aku tergeli hati. Sungguh sayang cincin rotan sempena cincin nikah kami dulu.

Aku menunggu dengan sabar sehingga dia pulang. Dalam hati berdoa agar cincin yang hilang itu dapat dijumpai.

Allahumma ya jami'an nasi li yaumin la raiba fihi, ijma' baiia wa baina dlallati fi khairin wa 'afiyah.

Ya Allah, wahai Tuhan yang mengumpulkan semua manusia di hari yang tiada ragu lagi padanya. Pertemukan aku dan barangku yang hilang dengan kebaikan dan 'afiyah.

" Sayang..."

Aku memandang ke arah pintu. Ahnaf menangis hiba. Aku pantas mendapatkannya. " Hilang..." Adu Ahnaf kesedihan. Aku pantas memujuknya. Serupa budak kecil aku tengok Ahnaf menangis kesedihan. Armani yang melihat abahnya menangis turut menangis sekali. Sudahnya dua-dua aku kena pujuk!

" Tak apa, abang. Cincin boleh dibeli. Kasih sayang kita susah nak cari," Kata aku.

" Satu-satunya cincin abang beli pakai mata hati. Waktu abang buta abang cari duit dan guna duit tu untuk belikan kita cincin nikah. Itulah harga sebenar titik peluh abang," Balas Ahnaf membuatkan aku tergigit bibir. Baru terasa sedihnya bila kehilangan sesuatu berharga yang bukan dari bentuk nilai mata wang tapi pengorbanan tenaga dan masanya.

" Yang awak ikut abah menangis sekali ni dah kenapa?" Ahnaf menoleh ke arah Armani yang galak menangis. Padahal tak tahu apa yang dia tangisi.

" Tak apa lah, bang. Harap-harap ada lah tu tercicir kat mana-mana. Tak pun esok abang cari kat madrasah. Kalau tak ada juga kita beli cincin baru yang sebiji macam abang punya" Pujuk aku lagi. Nampaknya Ahnaf akur tapi riak wajahnya menunjukkan yang dia tak puas mencari.

" Abang sayang cincin nikah kita. Itu je satu-satunya design yang ada pada waktu tu. Takkan ada bentuk yang sama lagi di mana-mana," Ujar dia lagi. Aku pula nak meleleh mendengar rintihan keanak-anakannya.

[ C ] | The eyes of our hearts 2: His Dark sideWhere stories live. Discover now