Bab 1: Terima kasih, sayang

4.2K 70 2
                                    

Ahnaf mencari-cari seseorang dari tingkat atas sehinggalah ke tingkat bawah. Dia masuk ke dalam dapur dan keluar ke laman belakang rumah. Aku yang menyorok di sebalik tanaman pokok bonda dinampaknya sebelum mendekati dengan agak laju.

" Tidak!!"

Belum sempat aku mahu melarikan diri, tubuhku terasa ringan di atas udara. Ahnaf mencempung aku sehingga bawa masuk ke dalam bilik.

Inilah benda aku tak suka bila Ahnaf dah dapat penglihatannya semula. Tempat menyorok aku paling popular pun dia dah tahu. Susah lah lepasni kalau dia nak mengelak daripada Ahnaf lagi.

" Haritu janji nak selang seli jaga Armani. Harini giliran sayang pula mandikan dia. Abang nak pergi ke madrasah. Ke sayang yang nak mengajar budak-budak tu mengaji?"

" Bukan tak nak tapi abang punya pasal lah," Aku mencebik sedih dengan bibirku melorot kesedihan.

" Kenapa ni merajuk dengan abang ke?" Suara lembut Ahnaf memainkan peranannya untuk memujukku.

" Merajuklah sebab Armani sebut perkataan abah dulu daripada ibunya. Saya yang sakit lahirkan dia tapi abang yang dapat kredit. Menyampah!" Aku memusingkan tubuh membelakanginya. Aku perasan Ahnaf menutup mulutnya menahan ketawa. Alahai, suami saya ni sopan lah.

Dia memeluk belakangku sambil meletakkan dagunya di bahuku. " Bagilah abang chance. Kalau ikutkan sayang dah menang ke atas Armani sebab awak ibunya, sayang. Seorang syurga untuk anak. Apa-apa mesti ibunya yang akan didahulukan."

Maka didahulukan ibu sebanyak tiga kali adalah disebabkan tiga perkara yang terkhusus dengan seorang ibu iaitu kepenatan dalam mengandungkan bayi, kesukaran dalam proses melahirkan anak, serta ujian yang dihadapi semasa menyusukan bayi. Rujuk Mirqaat al-Mafatiih, Mulla Ali al-Qari.

Aku menoleh semula ke arah Ahnaf. Bibir muncung itikku masih sama. Ahnaf hanya memandang aku dengan senyuman manis tanpa rasa bersalah sekali. Walaupun memang bukan salahnya dan dia tahu dia dah berjaya mengumpan aku masuk ke dalam pujuk rayunya.

Terus aku mencubit manja perutnya. " Ilmu apa yang abang pakai untuk tundukkan saya yang kepala batu eh? Abang cakap sikit terus lentuk saya dibuatnya." Omel aku dengan kegeraman.

" Yang pasti ilmu alam rumah tangga waktu pergi kursus haritu. Alhamdulillah masih lagi jauh daripada mengamalkan ilmu hitam," Menyempat kau buat lawak ya, suami??

Ahnaf mencium mulutku bertubi-tubi. Wah senang betul cara awak nak pujuk saya eh? " Jangan muncung lama sangat. Abang gigit tak lepas nanti. Isteriku yang cantik bak bidadari, abang nak gerak dah ni. Jangan lupa jaga diri, jaga solat dan jaga Armani untuk abang ya? Kalau sayang nak keluar abang izinkan tapi fikirkan keselamatan. Sayang tu bukan boleh diagak. Dah dua pucuk surat saman sampai ke tangan abang sebab pandu had laju yang melampau."

Dah mula nak membebel abe ustaz ni. Geram je lah aku. Aku mampu mengukirkan senyuman tanpa bersalah sebelum menolaknya pergi dengan lembut.

" Abang tu pula jaga mata, jaga telinga dan jaga hati untuk saya."

" Sayang, tanpa awak sedar mata, telinga dan hati abang sentiasa ada di rumah sedang memerhatikan gelagat awak yang banyak akal ni. Tak ada masa lah nak tengok perempuan lain. Siapa je yang akan datang ke madrasah nak mengorat abang?"

Eleh. Macam aku tak tahu pula yang sering datang hantar anak ke sekolah agama tu ada yang janda-janda muda. Kadangkala yang menghantar adiknya ke madrasah pun boleh tahan ramai juga. Mata meliar tengok suami aku. Pernah sekali aku melawat dan melihat ada yang berborak sakan dengan Ahnaf di pintu masuk bersama senyuman gatal dan renungan tanpa kelip.

Suara Armani yang sudah berusia 1 tahun kedengaran di ruang tamu; pasti sedang mencari di mana ibu dan abahnya berada.

" Bah bah bah bah," Petah dan lantang betul suara si kecil ini bertutur. Aku merenung tajam si Ahnaf yang masih merenung Armani dengan pandangan cuak.

[ C ] | The eyes of our hearts 2: His Dark sideWhere stories live. Discover now